Tengku Iskandar memilih untuk balik awal hari ini sebab pening memikirkan isteri dan bekas kekasihnya yang muncul semula.
Keretanya perlahan-lahan dimasukkan ke perkarangan rumah sebelum dia membuka pintu untuk masuk ke rumah. Rumahnya begitu sepi, dia tak tahu jika sebelum ini rumahnya sepi begini pada jam sebegitu. Dia melirik jam pada dinding yang menunjukkan pukul 9 lebih. Jarang dia balik sebelum pukul 10. Kadang-kadang dia memang tak balik dan bermalam di apartmen peribadinya. Kakinya melangkah perlahan-lahan menaiki tangga sebelum mendengar bunyi launan suara wanita membaca al-Quran diiringi suara kanak-kanak. Dia tahu itu pasti isteri dan anaknya. Dia menjenguk diam-diam melalui celah pintu. Hatinya lembut melihat situasi itu. Dia tak tahu isteri dan anak-anak selalu membaca al-Quran jam sebegitu. Tersentap hatinya. Dia yang sepatutnya membimbing mereka.
Selepas itu dia masuk ke biliknya dan membersihkan diri.
Setelah tepat jam 10 Ainul Maisarah memberhentikan bacaan al-Quran dan menidurkan anak kembarnya. Perlahan-lahan dia keluar untuk turun ke biliknya sebelum dia dikejutkan dengan wajah Tengku Iskandar yang menunggunya di hadapan pintu.
"Asal terkejut, tak pernah tengok orang hensem ke," seloroh Tengku Iskandar. Pada mulanya Tengku Iskandar ingin turun ke bawah untuk minum tetapi dia perasaan isterinya terjengket-jengket keluar dari bilik anaknya. Ainul Maisarah menghembus nafasnya perlahan. "Awak sudah makan? Saya boleh panaskan lauk kalau awak nak," setiap hari Ainul Maisarah sentiasa masak lebih untuk makan bersama suaminya. Tapi sekali pun suaminya tak pernah mencuba masakannya. "Aku nak kau boleh," sengaja Tengku Iskandar berkata sebegitu untuk melihat wajah cuak isterinya. "Comel pula pipinya itu."
Ainul Miasarah tak tahu nak menjawab apa dan tersenyum malu saja. "Aku tak nak makan, kau pergilah masuk bilik kau. Rimas pula aku nampak kau ni," sengaja Tengku Iskandar menyakitkan hati isterinya itu. Ainul Maisarah tersenyum sahaja walaupun hatinya sedikit perih. Dia bukannya tak biasa dilayan suaminya sebegitu. Dia meminta untuk turun sebelum jarinya ditarik oleh suaminya. Tengku Iskandar mencium lembut mulutnya untuk seketika. Tengku Iskandar sengaja menciumnya untuk mendapatkan kepastian. Isterinya benar-benar kekok berciuman dengannya. Dia melepaskan mulut isterinya yang lembut dan merah itu. Tanpa kata dia meninggalkan isterinya disitu saja.
Ainul Maisarah terpegun dengan tindakan suaminya dan turun ke bawah bersama jantungnya yang berdebar. Dia bahkan tidak berasa sebegini dengan bekas suaminya. Dia kahwin dengan suaminya kerana keadaan dia yang daif memaksanya untuk sanggup menjaga kembar dan mengahwini bekas suaminya bagi mengelakkan kejadiaan tidak diingini.
Tengku Iskandar turun ke bawah setelah beberapa minit isterinya turun. Dia berhenti sekejap apabila dia melihat isterinya membuka telekung dan kain purdahnya dan meletakkan atas kerusi dapur. Isterinya panaskan lauk dan terlihat isterinya makan. Dia terkejut melihat isterinya baru makan jam 10 lebih. Setahu dia isterinya balik dari kafe jam 7. Dia memang tak benarkan isterinya balik lambat dari jam itu.
Deheman mengejutkan Ainul Maisarah, cepat-cepat dia bangkit dari tempat duduknya dan ingin menyarungkan semula telekungnya dan mengikat kain purdahnya. Dia masih ingat lagi kali pertama jejak kaki ke situ, suaminya menyuruhnya untuk sentiasa berpurdah dan bertudung. Jadi dia sentiasa peka terhadap arahan suaminya itu. "Tak payah la kau guna telekung dengan purdah itu dalam rumah. Aku dah tengok seluruh badan kau," terhenti perbuatan menyarung telekung dan mengikat kain purdahnya. Tersipu malu wajah Ainul Maisarah mendengar teguran Tengku Iskandar. Tengku Iskandar memandangnya wajahnya dalam tanpa sedar. "Awak nak makan?" Sekali lagi Ainul Maisarah menanyakan soalan yang sama walaupun dia tahu suaminya tak akan jawab ya.
"Yaaa," jawapan yang ringkas dan padat. Terkejut dan teruja Ainul Maisarah menyediakan pinggan yang diisi dengan nasi untuk suaminya.
Inilah kali pertama suaminya makan di rumah. "Kau kenapa makan lambat," suapan pertama masakan isterinya membuka matanya besar. "Sedap betul dia ni masak," bicara hatinya. "Sebab saya tunggu awak balik," Ainul Maisarah menjawab dengan tenang dan menyuap nasi ke mulutnya. "Kalau aku tak makan kau tak makan ke selama ni?"
"Selepas awak jawab tidak saya akan makan, tapi kalau awak tak balik saya akan makan pagi esok je," Ainul Maisarah tersenyum ke arah Tengku Iskandar sambil melihat suaminya itu menghabiskan masakan yang dia sediakan. Dia mengambil pinggan suaminya kosong itu dan mencucinya di singki. Tanpa sedar Tengku Iskandar memandang sayu belakang isterinya yang mencuci pinggan itu sebelum meminta diri untuk naik ke atas semula.
Kenyang perut Tengku Iskandar. Bukannya dia belum makan di luar, tapi sengaja nak cuba masakan isterinya itu. Bila dia teringat balik jawapan isterinya tadi, dia berasa agak kesian dengan sikap isterinya. Tapi sayang api kebencian masih membara dalam hatinya. Ditambah lagi kekasih lamanya muncul kembali.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...