Sudah sebulan Tengku Iskandar dan Ainul Maisarah berkahwin tapi hubungan masih sama. Mereka seolah-olah bukan suami isteri. Walaupun begitu, Ainul Maisarah mengikut saja perintah Tengku Iskandar. Dia masih berkerja mengurus cafe kerana Tengku Iskandar memang tak berminat pun dengan perniagaan itu. Kekadang Tengku Iskandar tidak balik ke rumah.
Acapkali niat Ainul Maisarah ingin menanyakan keberadaannya terbantut kerana ingat pesanan Tengku Iskandar pada hari pertama pernikahan mereka.
Tengku Iskandar sengaja tak pulang ke rumahnya. Dia malas nak hadap muka Ainul Maisarah itu, bagus dia layan kekasih gelapnya. Tengku Iskandar benar-benar sudah terpesong.
''Awak sudah makan?'' Itulah soalan yang sering ditanyakan Ainul Maisarah kepadanya. ''Kau tau tak aku rimas dengar suara kau, bagus kau diam saja!'' Tengking Tengku Iskandar sambil menolak kepala Ainul Maisarah. Kehidupanya berubah 360 darjah. Dia tak sangka Tengku Iskandar begitu kejam. Tengku Iskandar selalu menaikan suaranya kepada Ainul Maisarah.
Tengku Iskandar terus keluar selepas memaki hamun Ainul Maisarah, dia sudah lali dengar tangisan wanita itu. Walaupun Ainul Maisarah dihina dan ditengking, sekalipun dia tidak pernah tinggikan suara dekat Tengku Iskandar. Malahan Ainul Maisarah juga tidak pernah melepaskan geram dekat anak-anaknya.
Tengku Iskandar yang terlihat perwatakan Ainul Maisarah melahirkan rasa kesian. Tapi bila mengenangkan kisah lampau ditambah lagi dengan peristiwa Ainul Maisarah, egonya diteruskan. Dia tahu Ainul Maisarah isteri yang baik. Buktinya, wanita itu tidak pernah membuka tudung atau purdah di rumahnya atas sebab arahannya sebelum ini. Ainul Maisarah juga selalu meminta izin jika dia keluar dan sentiasa balik awal menyediakan makanan di rumah. Pada hujung minggu, Ainul Maisarah tidak pernah keluar.
Jam sudah pukul 3:45 pagi tapi Tengku Iskandar masih belum balik juga. Itulah rutin Ainul Maisarah selepas kahwin, dia akan tunggu Tengku Iskandar sampaikan kekadang dia akan tidur di atas sofa sambil memakai pakaian tertutup dan berpurdah. Tanpa sedar Tengku Iskandar rugi tidak melihat isterinya sendiri.
Bunyi enjin kereta menyedarkan lamunan Ainul Maisarah. Dia berlari anak membukakan Tengku Iskandar pintu.
Terkejut dia melihat Tengku Iskandar memeluk erat pinggang perempuan lain. Sakit hatinya, Tengku Iskandar sepatutnya tahu halal dan haram. ''Awak kenapa bawa perempuan ni,'' Tengku Iskandar sengaja mencium perempuan disisinya itu didepan Ainul Maisarah. ''Perempuan dengan lelaki berduaan dalam bilik, kau rasa buat apa? Aku rasa kau lebih arif tentang ini,'' dengan serta merta Ainul Maisarah menolak tubuh perempuan itu daripada Tengku Iskandar dan ditariknya keluar. Dia tak nak suaminya terus terpesong. Lagipun dia boleh melayan suaminya sendiri. Walaupun dia tahu Tengku Iskandar tidak mencintainya, tapi dia tak sanggup melihat suaminya itu dengan perempuan lain. Terkejut Tengku Iskandar dengan kekuatan dari tubuh kecilnya itu. ''Awak jangan sesekali buat maksiat dekat sini,'' walaupun dia marah masih ditahannya suara.
Tengku Iskandar yang merasakan geram dengan perbuatan Ainul Maisarah itu telah menyebabkan dia menarik Ainul Maisarah ke dalam pelukannya. Ainul Maisarah meronta-ronta dari pelukannya. ''Kenapa takut ni, kau taukan aku nak apa,'' perempuan yang dibawanya tadi telah dihalaunya dan diberikan wang. ''Jangan buat macam ni abang, saya tak sedia,'' semakin erat pelukannya. Ainul Maisarah tak kisah panggilannya yang tersasul itu, yang penting dia dapat lepaskan diri kalau tidak bocorlah rahsia dia. Dia bukan nak berahsia tapi Tengku Iskandar yang tidak mengenalinya.
''Kau ingat aku kisah, wahai isteriku yang mathali, kau tahukan hukumnya menolak?'' Tengku Iskandar masih mahu bermain kata-kata dengannya. Ingatkan ayatnya itu menghentikan rontaan Ainul Maisarah malahan rontaan Ainul Maisarah makin kuat pula. ''Kau asal takut sangat, ini bukannya kali pertama kau pun,'' geram pula dia dengan Ainul Maisarah. ''Ini kali pertama saya, Is.'' Kata-kata itu hanya mampu diucapkannya dalam hati.
Semakin kuat rontaan isterinya, semakin Tengku Iskandar memeluknya erat. Dapat dia merasakan pinggan Ainul Miasarah yang ramping. Sebelum ini dia selalu melihat Ainul Maisarah berpakaian longgar jadi dia tidak tahu bertapa ramping dan kecil saiz badan isterinya. Bau harum dari badan isterinya juga membuat jantungnya bergetar. Dari hari upacara akad nikah lagi dia suka hidu bau isterinya itu. Tetapi sayang dia ego. Dia tak ingin menikmati indahnya sebuah perkahwinan.
Ainul Maisarah bukan tidak mahu melayan suaminya. Tetapi dia takut. Takut disakiti dan berharap akan perkahwinan itu kekal.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...