Arahan Gila

19 1 0
                                    

Tanpa sedar air mata Ainul Maisarah menitis perlahan. Dia bukannya biasa ditengking sebegitu. ''Umi, kami minta maaf. Umi janganlah nangis,'' sayu saja anak-anaknya memujuk Ainul Maisarah. Dia tak boleh lemah. Dia harus kuat demi anak-anaknya. Dia mengelap air matanya yang mengalir ke pipi dan memberikan senyuman kepada anak-anaknya. Terlambat pula anak-anaknya disebabkan tadi. Jauh di lubuk hatinya berasa risau akan kata-kata Tengku Iskandar. ''Itu mainan perasaan aku saja kali,'' katanya untuk menyedapkan perasaannya.

Setelah Ainul Maisarah menghantar anak-anaknya ke tadika. Dia bersiap ke kafe. Ainul Maisarah membuka kedainya sendiri selepas dia berkahwin. Tapi semenjak kematian suaminya, perniagaan tidak begitu lancar. Kurang tumpuan pelanggan berkunjung ke situ. Dia sebenarnya tidak begitu pandai menguruskan perniagaan. Semasa suaminya hidup, suaminya yang banyak membantu walaupun sakit. Kini dia telah kehilangan sebelah sayapnya. Dia kena juga teruskan perniagaan itu demi masa depan anak-anaknya.

Tengku Iskandar telah membatalkan semua mesyuaratnya dan tidak masuk ke pejabat disebabkan dia masih sakit hati dengan kejadian yang menimpa. Dia telah memikirkan berbagai cara untuk mendapatkan kembali kepercayaan Tan Sri Borhan itu.

Tengku Iskandar menghubungi rakan-rakannya. Dia harus dapatkan pertolongan daripada mereka berempat iaitu, Sham, Zafril, Adam dan Owen. Mereka berempat memang rapat sejak sekolah rendah lagi, bahkan perangai mereka dua kali lima saja. Walaupun status keluarga mereka berbeza tetapi itu bukan penghalang untuk mereka terus berkawan. Tapi mereka semua merupakan anak hartawan.

''Kau apa hal nak jumpa ni Is? Bukan selalunya kau berkepit dengan perempuan ke?'' Kehairanan Adam dengan Tengku Iskandar yang tetiba ingin berjumpa dengan mereka waktu malam. Sebab selalunya Tengku Iskandar banyak habiskan masa dengan perempuan. Sham, Zafril dan Owen memandang Tengku Iskandar yang seperti memikirkan sesuatu sebelum memulakan bicara. ''Aku nak korang tolong aku siasat pasal seorang perempuan ni,'' dengar saja perkataan perempuan terus mereka bersemangat. Kaki perempuan katakan. ''Ni mesti barang baik ni,'' Zafril, Sham dan Adam mengangguk bagi menyokong Owen. Bukan mereka tak tahu citarasa Tengku Iskandar itu. Tengku Iskandar tersenyum sinis, ''Dia pakai purdah dan ada dua orang anak yang kembar dalam lingkungan lima atau enam tahun.'' Terkejut rakan-rakannya dengar sebelum meletuskan ketawa.

''Kau asal tukar selera ustazah pula Is? Bukan kau suka ke perempuan yang seksa seksi, ni asal tetiba pula. Ada anak lagi tu. Sah kau ni gila Is,'' Tengku Iskandar hanya tersenyum. ''Perempuan tu dengan anaknya rosakkan rancangan aku. Gara-gara mereka aku kehilangan projek berjuta tau tak? Mana aku tak geram, aku bertekad nak balas balik dekat dia apa aku rasa sekarang ni,'' jelas nampak sangat dia berdendam dengan Ainul Maisarah. Rakan-rakannya menelan air liur saja. Kalau Tengku Iskandar sudah kata A, A saja lah.

''Mana maklumat dia?'' Tanya Zafril setelah lama mendiamkan diri.

''Aku tak kenal perempuan tu,'' jawab Tengku Iskandar acuh tak acuh saja.

Terkejut yang lain dengar. Sah kawan mereka sudah gila. ''Kalau maklumat tak ada, gambar ada tak?'' Sekarang ni dunia teknologi semua boleh dijejak jika ada gambar. Cukuplah gambar. ''Aku tak ada gambar dia,'' jawab Tengku Iskandar kesal. Mana tidak, dia lupa ambil gambar pula. ''Kau ni gilalah Is. Macam mana kami nak cari dia kalau macam tu?'' Geram juga Sham dengan sahabat mereka itu. Pandai sangat suruh cari tapi satu pun tak ada. ''Yang aku tahu dia ada anak kembar, dan aku hampir langgar anak dia dekat kawasan Cempaka. Cuba korang cari tadika dekat situ. Sekurangnya dapatlah korang dapat maklumat anaknya,'' sedap mulutnya saja mengarah. Nasib baik kawan. Susah senang bersama katakan. ''Lepas korang cari maklumat dia, aku akan bagi habuan selepas balik cuti,'' katanya kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya apa lagi, gembira tak terkata. Mereka tahu Tengku Iskandar akan bagi habuan yang memuaskan mereka. Tengku Iskandar sengaja ingin memberikan semangat kepada rakan-rakannya itu. Janji tetap janji.

WanitaKuWhere stories live. Discover now