''Aeril, Akim cepat bersiap. Nanti lambat masuk sekolah,'' Ainul Maisarah berpesan kepada anaknya sambil memakai purdahnya dimuka. Kedua-dua anaknya hanya menganggukkan kepala saja. Umi mereka itu cukup tegas dengan mereka berdua. Bukan boleh dibuat main kalau sudah kena tegur. Garangnya mak-mak bukannya boleh dibuat main.
Ainul Maisarah menyarungkan kasut sebelum menghantar anak-anaknya ke Tadika Cempaka yang berhampiran rumah. Pintu dikuncinya terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan ke tadika tersebut. Perjalanan yang selama 20 minit menggunakan jalan kaki itu merupakan rutin harian Ainul Maisarah dengan anak-anaknya. Dia malas menggunakan kenderaan memandangkan tadika tersebut dekat.
''Umi penatlah jalan kaki,'' kata Aeril lembut. Ainul memandang wajah anaknya itu dengan penuh kasih. Dia hanya membiarkan saja rungutan Aeril itu. Bukan dia tak biasa dihujani rungutan sebegitu oleh Aeril dengan Akim. Akim hanya memandang saja Aeril yang menunggu jawapan daripada umi mereka. ''Aeril sayang, Aeril dengan Akim kenalah bersenam sikit tau. Aeril dengan Akim ni makin membesar je umi tengok,'' Ainul Maisarah menjawab setelah lama juga membiarkan rungutan Aeril itu. Dia memandang wajah Aeril dengan Akim yang geram itu dengan senyuman. Serentak Aeril dan Akim menyebut nama uminya. ''UMIIIIIIIIIII,'' Ainul Maisarah hanya ketawa melihat kembar berusia enam tahun itu.
Telefon Tengku Iskandar berbunyi menunjukkan ada orang menghubunginya. Jarang orang menghubunginya awal pagi jika tak ada hal penting, lebih-lebih lagi pekerjanya. Nombor ditelefon dipandangnya, pembantu peribadinya merangkap kekasih gelapnya menghubunginya. Tengku Iskandar malas ingin menjawab kerana matanya masih mengantuk disebabkan lambat balik semalam. Tapi mengenangkan Farah tidak pernah menghubunginya awal pagi kerana memang sudah masak dengan perangainya membuatkan Tengku Iskandar tertanya-tanya alasan Farah menghubunginya. Panggilan pertama diabaikan oleh Tengku Iskandar sebelum panggilan kedua dijawabnya.
''Kau asal call aku betina?'' Kalau Farah tidak mengenangkan duit yang diberikan oleh Tengku Iskandar memang lama sudah dia mengherdik Tengku Iskandar itu. Kalau mahu badannya saja barulah dia boleh dengar perkataan sayang dari mulut buaya itu. Berapa ramai wanita yang telah jadi mangsanya termasuklah Farah. Tapi itu tak penting, yang penting perjumpaan yang bakal disampaikan. ''Tengku, Tan Sri Borhan datang sini. Dia nak jumpa Tengku sekarang,'' kata Farah dengan berhemah. ''Apa dia! Kenapa baru cakap sekarang?! Cakap dekat dia aku sampai kejap lagi.'' Amboi sedapnya hati menunding jari kepada orang lain. Tengku Iskandar terus menutup panggilan sebelum sempat Farah menjawab. Farah kegeraman dengam sikap Tengku yang gila itu. ''Aku tak boleh kehilangan projek ini. Aku kena cepat,'' bicara Tengku Iskandar dalam hati sambil turun dari katilnya.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...