Ainul Maisarah merebahkan tubuhnya disebelah si kembar. Penat tak terkata dia melayan tetamu serta anaknya. Menitis air matanya apabila mengenangkan nasib kedainya kelak. Dia telah mencuba meminjam daripada bank tetapi permohonannya ditolak kerana tiada sumber yang kukuh dia mampu membayar balik duit itu.
Setelah Tengku Iskandar menerima maklumat tentang Ainul Maisarah daripada rakannya petang itu, dia tak habis-habis senyum sampai ke telinga. "Janda kau rupanya perempuan. Ainul Maisarah." Lagi senanglah kerja Tengku Iskandar nak mengerjakan Ainul yang tidak bersalah.
Nampaknya rancangannya mengenakan perempuan itu bakal berjaya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa geram sangat dengan perempuan itu. Walhal perjumpaan dengan Tan Sri Borhan sedikit sebanyak disumbangkan oleh dirinya sendiri. Lebih lagi apabila bapanya, Tengku Ahmad membangkitkan isu perkahwinan. Walaupun umurnya 28 tahun tapi dia langsung tak fikir akan berkahwin setelah apa yang dilaluinya. Dia mengeluh sejenak mengenangkan kenangan lamanya.
Bersemangat pula Tengku Iskandar ke pejabat. Mana tidak dia bersemangat, sebab hari ini dia bakal memulakan operasi membalas dendamnya. Bagi Tengku Iskandar, perempuan semua sama. Mereka hanya tampak lemah diluar tetapi sangat berbisa. Dia akan pastikan perempuan itu derita.
Ramai para gadis memandang ke arah seorang jejaka yang baru keluar dari kereta Audi itu. Mana tidak gadis memandang Tengku Iskandar seorang yang berbadan tegap, ketinggian 182cm dan berkulit kuning langsat. Kehadiran dia telah membuat pengunjung cafe Ainul Maisarah bising.
Cermin mata yang dipakainya dibiarkan saja, dia memilih satu meja dia cafe itu. ''Aku taknak kau ambil pesanan, mana bos kau si janda tu,'' pekerja Ainul Maisarah melayankan saja kerenah tetamu tak diundang itu. Nak melawan takut kena balik, maklumlah customer always right. "Puan, ada customer nak awak ambil pesanan,'' Ainul Maisarah hanya menganggukan saja kepalanya. "Mungkin orang itu orang yang saya kenal kot," bisiknya didalam hati.
Seperti yang diberitahu oleh pekerjanya, pelanggan itu membelakanginya. ''Selamat datang Encik...'' terkejut dia melihat gerangan itu. ''Asal pandang aku macam nak terkam je,'' Tengku Iskandar sengaja menyakat Ainul Maisarah. ''Tengku nak pesan apa ni,'' tanya Ainul Maisarah nak tak nak je. ''Aku nak kau la janda,'' terdiam Ainul Maisarah dengan gelaran itu. Itulah hakikatnya bahawa dia adalah seorang janda. ''Kedai ni aku akan beli,'' terdiam Ainul Maisarah mendengar ucapan Tengku Iskandar itu. Banyak persoalan yang bermain di minda dia.
"Kau ni janda tak sedar diri betullah. Aku nak tolong kau, bukannya pandai nak berterima kasih," kata Tengku Iskandar dengan sinis memandangkan Ainul Maisarah terdiam dengan bicaranya tadi. Tengku Iskandar sengaja mencurahkan minyak ke dalam api. ''Saya tak akan jual kedai ni Tengku,'' jawab Ainul Maisarah. Air matanya ditahan. Sakit hatinya sekarang. Sesungguhnya insan itu menyakitkan hatinya. ''Janda, kau dengar sini elok-elok. Kau tu bawa sial tau tak? Kau tu punca aku tak dapat projek berjuta-juta, setakat kedai kau beribu ni apalah sangat.'' Tengku Iskandar nak Ainul Maisarah rasa apa yang dia rasa bila perniagaan tak berjaya.
''Saya minta maaf, janganlah ambil kedai saya ni, Tengku.'' Air mata yang ditahannya mengalir jua. Ini kali kedua dia mengalirkan air mata didepan Tengku Iskandar. "Tu baru sikit je perempuan. Lepas ni lagi teruk kau aku kerjakan.'' Luahnya dalam hati.
Tengku Iskandar tersenyum sinis saja memandang Ainul Maisarah. Tengku Iskandar keluarkan cek dan menulis nilai RM55,000 serta diserahkannya kepada Ainul Maisarah. "Aku rasa duit ini cukup untuk aku beli kedai ni, hutang kau bukannya banyak sangat pun. Kau sanggup tengok kedai ini ditarik bank lepas tu kau dengan anak-anak kau tidur merempat,'' kali ini Tengku Iskandar sengaja menggunakan si kembar kerana dia tahu Ainul Maisarah akan mengalah jua. Kedai tu tak ada apa-apa pun sebenarnya. Dia cuma ingin sakitkan hati Ainul Maisarah sahaja.
Lama Ainul Maisarah termenung sebelum kembali ke alam nyata. Baginya Tengku Iskandar betul, biarlah dia cari pekerjaan lain dan sara anaknya. Ainul Maisarah perlahan-lahan mengambil cek itu. ''Esok jumpa aku dekat Destiny Holding SDN. BHD,'' itulah pesanan terakhir Tengku Iskandar kepada Ainul Maisarah. Ainul Maisarah hanya diam membisu. Dia tak tahu keputusannya adalah betul atau tidak.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...