Setelah Tengku Iskandar menyiapkan dirinya ke pejabat, dia bergegas menghidupkan enjin keretanya. Keretanya meluncur laju di jalan raya. Dia tak boleh terlepas peluang itu. Dia harus dapatkan projek berjuta-juta itu. Projek tersebut amat penting untuk mengukuhkan kedudukan syarikat yang telah ditubuhkan oleh atuknya itu serta mengukuhkan namanya di dalam bidang perniagaan.
Setelah hampir 20 minit Ainul Maisarah dan anaknya berjalan kaki, akhirnya mereka hampir sampai jua. Ainul Maisarah telah memegang tangan anaknya di sebelah kiri dan kanan tetapi deringan telefonnya menghentikan tindakannya itu untuk menjawab panggilan itu dan mendapatkan telefonnya didalam beg tangan. Hal itu menyebabkan Aeril dan Akim melintas jalan tanpa Ainul Maisarah.
Bunyi hon yang kuat serta bunyi brek kereta telah menyebabkan dia sedar akan kehilangan Aeril dan Akim di sebelahnya. ''Aeril! Akim!'' Jeritan dia itu menyebabkan Aeril dan Akim memandangkan ke arahnya. Ainul Maisarah bergegas berlari ke tengah jalan itu untuk mendapatkan anaknya. ''Kenapa Aeril dengan Akim lintas jalan dulu?! Kenapa buat umi risau,'' jelas dahinya berkerut kerisauan. Tak sanggup dia rasakan kehilangan permata hatinya itu.
Tengku Iskandar berasa sangat geram dengan tindakan budak yang melintas jalan itu. Sudahlah dia bergegas ke pejabat. Tapi amarahnya tidak dapat ditahan. Tengku Iskandar terus keluar dari keretanya. ''Kau dua kalau nak mati jangan minta langgar aku lah! Semak betullah budak ni,'' Tengku Iskandar menjeling ke arah wanita yang berpurdah itu. Itu mesti mak budak dua ni fikirnya. Aeril dan Akim hanya diamkan diri saja. Memang salah mereka dua pun. Lagipun umi mereka ajar mereka untuk tidak melawan kata orang tua. ''Encik, maaf. Anak saya tak sengaja tadi.'' Dah salah anaknya nak buat macam mana terpaksalah meminta maaf dari lelaki itu walaupun lelaki tu acuh tak acuh saja. Tambahan lagi cara lelaki itu menegur anaknya agak keterlaluan tapi mengenangkan itu memang salah anaknya, terpaksalah dia mengalahkan diri.
''Kalau kau tak pandai jaga anak tak payahlah susahkan orang and one more thing, aku ni Tengku Iskandar,'' panas barannya memang tak dapat dibendung lagi. Apalah sangat gelaran berbanding adat kesopanan. ''Encik, ops Tengku, saya tahu anak saya salah tapi tak baik Tengku cakap macam tu. Saya sudah minta maaf tadi kan,'' geram Ainul Maisarah dia tahan saja. Jelas suaranya ditahan. ''Aeril, Akim salam pakcik. Minta maaf sekarang,'' Tengku Iskandar hanya melihat saja sifat Ainul Maisarah yang sedang menegur anaknya itu. Matanya juga tidak terlepas mencari mata Ainul Maisarah untuk memandangnya. Cantik.
''Pakcik, Aeril dengan Akim minta maaf. Kami tidak sengaja tadi,'' kata Aeril takut-takut sambil dia dan Akim menghulurkan tangan untuk bersalaman. Akim menganggukkan saja kepalanya. Dia biarkan saja abangnya bercakap. Terubat sikit marah Tengku Iskandar melihat Ainul Maisarah sekeluarga. Perjumpaannya dengan Tan Sri Borhan dilupakannya sebentar. Tengku Iskandar menyambut tangan kecil kembar tersebut dengan muka ketatnya. Dalam hati bukan main puji melambung budak itu comel. ''Lain kali, pandang dulu kiri kanan sebelum melintas,'' kata Tengku Iskandar agak lembut berbanding tadi.
Deringan telefon Tengku Iskandar mengejutkan Ainul Maisarah yang hanya berdiri kaku di sebelah Aeril dan Akim yang meminta maaf itu. Tengku Iskandar juga rasa terkejut. ''Ada apa ni Farah?" Farah rasa nak saja memaki hamun Tengku Iskandar sekarang. ''Tengku lupa ke Tan Sri Borhan datang sini. Dia sudah tunggu setengah jam Tengku. Dia sudah balik sekarang,'' kata Farah berhati-hati. Dia pasti dia yang akan tanggung akibat daripada Tengku kesayangannya itu. ''Apa?! Kau tak buat kerja ke?! Asal kau tak tahan dia betina?!'' Tebak Farah memang tepat sekali. ''Saya sudah tahan Tengku tapi dia cakap dia tak nak tunggu lagi,'' kedengaran mengeluh Farah lepas habiskan ayatnya. Tengku Iskandar biarkan saja telefon itu sambil memandang Aeril dan Akim serta Ainul Maisarah dengan rasa marah. Ainul Maisarah kebingungan melihat riak wajah Tengku Iskandar itu.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...