Kahwin

14 0 0
                                    

Mengeluh panjang Ainul Maisarah melihat hutang kafenya daripada pembekal. Dia harus usahakan sesuatu juga, jika tidak bank akan tarik balik apa yang dia ada sekarang. Dia tak kisah jika balik ke kampung halamannya tapi anak-anaknya dari kecil lagi tinggal dekat bandar dan tak biasa dengan suasana kampung. Dia inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Lagipun kafe itu ditubuhkan dengan duit hantaran kahwinnya, baginya itulah kenangan dia dengan arwah suaminya.

Sham, Zafril, Adam dan Owen keluar bersama pada waktu makan tengahari mereka. Jarang mereka keluar bersama waktu tengahari. Mereka bukan tak ada pekerjaan, masing-masing merupakan CEO dan COO syarikat. ''Aku rasa itulah tadika yang Is cakapkan,'' kata Owen pasti. Yang lain menganggukan kepala. Mereka juga pasti. Mereka memerhati kepada kembar yang kebetulan baru keluar itu. Dan kelihatan wanita berpurdah menjemput kembar tersebut. Terkejut bukan kepalang mereka melihat wanita itu, walaupun mukanya ditutup tapi matanya jelas cantik. Badannya juga tidak seperti sudah beranak dua walaupun dia menggunakan pakaian yang labuh dan longgar tapi bentuk badannya masih terlihat mungil.

Mereka berempat agak terpikat dengan wanita itu. Jarang sekali mereka terjatuh hati dekat wanita bertutup litup, tapi apabila mengenangkan wanita itu isteri orang serta milik Tengku Iskandar secara tak sah, mereka terus mengundur diri.

Setelah seharian mereka berempat memerhati Ainul Maisarah, mereka berempat membuat keputusan untuk berjumpa dengan Ainul Maisarah keesokan harinya. Ainul Maisarah rasa tak sedap hati pula. Terniang-niang suara kasar Tengku Iskandar dikepalanya. Dia rasakan ada orang memerhatikannya sejak tengahari lagi. Tapi pantas dia menggelengkan kepalanya. "Tak mungkin dia sebegitu kejam."

Akhirnya sampai juga Tengku Iskandar di banglo tiga tingkat Tengku Ahmad dan Tengku Diana, orang tuanya. Setiap sebulan sekali Tengku Iskandar harus menjenguk ibu dan bapanya setelah dia berpindah ke rumahnya sendiri. Itulah permintaan yang harus ditunaikannya untuk tinggal bersendirian. Keluar dari rumah ibu dan bapanya merupakan jalan keluar dia untuk kebebasan.

''Akhirnya sampai juga anak mummy ini,'' jemput Tengku Diana apabila mendengar ada bunyi kereta dihalaman rumahnya. Tengku Iskandar hanya menunjukkan giginya dan menyalami tangan ibunya. Dekat luar memang dia jahil tapi bila balik saja rumah orang tuanya terus berubah perwatakannya. ''Daddy mana.''

''Mana lagi kalau tak dekat ruang tamu sana,'' jawab Tengku Diana. Tengku Iskandar menghampiri bapanya dan menyalaminya. Tengku Ahmad memandang tajam ke arah anaknya. Faham benar Tengku Iskandar renungan bapanya itu. Bukan dia tak tahu bapanya hilang kepercayaan dekat dia disebabkan hilang projek Tan Sri Borhan itu. ''Kenapa Is datang lambat semasa perjumpaan dengan Tan Sri Borhan?'' Belum menyempat Tengku Iskandar duduk terus diajukan soalan panas. Ibunya hanya memerhatikan saja perbualan anak beranak itu.

''Masa tu Is bangun lambat,'' sengih-sengih Tengku Iskandar jawab bak kerang busuk. Dalam hati dia bukan main lagi menyumpah Ainul Maisarah. ''Daddy rasa baik Is hentikan kerja malam Is tu, jangan ingat daddy tak tahu Tengku Iskandar bin Tengku Ahmad,'' bukan Tengku Ahmad tak tahu anaknya perangai macam apa dekat luar sana. Tengku Iskandar memandang ibunya untuk meminta pertolongan tapi Tengku Diana hanya menggelengkan kepalanya untuk menyokong Tengku Ahmad. Adakah didikan agama mereka kurang selama ini? ''Daddy nak Is kahwin dengan Zahra. Dia tu baik,'' disebabkan Tengku Iskandar terkejut dengan permintaan bapanya itu, dia tetiba bangun. ''A big no daddy. Dia tu bukan pilihan Is,'' tegasnya. Bukan dia tak tahu Zahra tu macam mana.

Geram saja Tengku Ahmad dengan anaknya itu. ''Habis tu Is nak bergelumang dengan dosa selamanya? Is tu sepatutnya sudah ada anak. Adik Is pun sudah kahwin.'' Ya, adiknya Tengku Syazwani. Bahkan adiknya sudah mempunyai cahaya mata. ''Zahra not the best for me, daddy. I know who is the best for me. I'll marry but not with Zahra.'' Tersenyum Tengku Ahmad dengan perjelasan anaknya itu. Harapnya hati anaknya terbuka untuk perempuan dan berhenti mempermainkan mereka. Kisah lalu anaknya cukup berat bagi Tengku Iskandar.

Sebal pula Tengku Iskandar dengan perkataan kahwin itu. Ditambah lagi dengan dendamnya dekat Ainul Maisarah. ''Siapalah kau lepas ni perempuan, kau tunggu aku.''

WanitaKuWhere stories live. Discover now