4 Penyiasat

10 0 0
                                    

Mereka berempat masuk ke kafe itu. Kalau bukan sebab Tengku Iskandar tak ada maknanya mereka habiskan masa cuti mereka pada hujung minggu dengan mencari maklumat Ainul Maisarah. Datang pelayan perempuan kepada mereka.

''Assalamualaikum, encik berempat ingin makan apa ya?'' Tanya Ainul Maisarah lembut. ''Indahnya ciptaanmu Tuhan, lembutnya suara dia''. Adam terpegun dengan kelembutan suara Ainul Maisarah. Mereka berempat tidak menjawab tapi hanya memerhati mata Ainul Maisarah, Ainul Maisarah berasa tidak selesa dan ingin menyuruh pekerja lelaki pula ambil pesanan tapi tindakannya terhenti apabila Owen memanggil namanya. ''Are u Ainul Maisarah binti Awal?'' "Eh macam mana kenal saya pula ni". Persoalan itu hanya dikepalanya saja.

"Ya, saya,'' jawab Ainul Maisarah lembut. ''So I'm Owen, then they are my friends. Zafril, Adam and Sham." Jawab Owen sambil tunjukkan empunya nama. Ainul Maisarah hanya mengangguk saja. Setelah selesai memperkenalkan diri, mereka berempat membuat pesanan dan meminta Ainul Maisarah untuk duduk berbual dengan mereka. Ainul Maisarah pada mulanya menolak tetapi dikatakan ada benda penting disampaikan barulah dia duduk bersama dengan mereka.

''Jadi syarikat awak ni bakal ditarik bank jika hutang awak kepada pembekal tidak dilunaskan?" Ainul Maisarah menganggukan kepalanya walaupun dia terkejut kerana mereka mengetahuinya. Setahu dia, tak ada orang yang tahu bahkan pekerjanya. ''Kenapa awak bertanya? Dan apakah tujuan awak berempat?" Tanya Ainul Maisarah sopan. Dia takut mereka terasa pula. "Kami ingin beli kedai awak ni, rasanya awak tak ada duit nak lunaskan hutang ini." Adam mulakan watak antagonisnya. Mereka berempat tahu pasal kedai tersebut kerana Zafril merupakan pemilik tapak bangunan situ.

Ainul Maisarah gelisah apabila hal itu dibangkitkan. Bukan mereka berempat saja yang ingin membeli kedainya bahkan beberapa hartawan lain. ''Saya akan berusaha cari duit untuk melunaskan hutang kedai ini, tapi saya tak akan sesekali jual kedai ini kepada awak atau orang lain,'' sayu saja suaranya. Matanya jelas menunjukkan dia sedih bagi mereka berempat. Mereka berempat memandang antara satu sama lain. Pandangan mereka berempat terhenti apabila si kembar mula memanggil uminya. ''Umi, Akim nak ais krim. Abang pun cakap dia nak tadi,'' Ainul Maisarah memandang Akim itu. Senyuman diberikan. Walaupun tak nampak. ''Sayang, umi ada tetamu ni. Lepas ni kita makan ais krim ya sayang,'' Akim dan Aeril tersenyum gembira sebelum berlari anak masuk ke tempat mereka semula.

"Anak ke Puan?" Soalan kurang cerdik daripada Adam, Adam sengaja tanya untuk kepastian kerana Ainul Maisarah seperti seorang gadis sunti. "Ya, Encik." Ainul Maisarah melayan sajalah soalan itu. "Apa sebab Puan taknak jual kedai ini?" Zafril menyoal kembali untuk mendapatkan jawapan. ''Sebab saya beli kedai ini dengan duit hantaran saya. Lagipun kedai ini satu-satunya kenangan dengan suami saya,'' ketika ini Ainul Maisarah berasa lemah sekali. Mereka berempat tersenyum, "Mana suami Puan," berat mulut Ainul Maisarah ingin menjawab. "Suami saya pergi ke tempat lain. Dia pergi dunia kekal.''

''Bila suami Puan balik? Kami ingin berbincang dengannya,'' jawab Zafril yang kurang mengerti dengan jawapan Ainul Maisarah. ''Suami saya tak akan balik lagi, dia sudah meninggal,'' bagaikan sudah digam mulut mereka berempat mendengar jawapan Ainul Maisarah. Nampaknya Tengku Iskandar dapat membalas dendam.

Hampir dua jam Owen, Zafril, Sham dan Adam berbual dengan Ainul Maisarah akhirnya mereka pulang. Ainul Maisarah memang memikat hati sesiapa saja walaupun berpurdah.

Semasa dalam perjalanan balik di dalam kereta, ''Aku rasa aku nak berubahlah, aku nak cari perempuan bak Ainul Maisarah,'' tak ada angin tak ada ribut tetiba Adam menyampaikan hasratnya. Yang lain hanya tersenyum. Sebab mereka tahu tak akan lama Adam punya taubat. ''Apalah salah Ainul dekat Is tu kan? Aku tengok baik je perempuan tu. Lainlah kalau perempuan yang sebelum ni,'' mereka hanya mengangkat bahu mendengar Sham berkata begitu.

WanitaKuWhere stories live. Discover now