Malu pula Ainul Maisarah mengenangkan hal semalam. Terasa masih sakit lagi celah kakinya akibat Tengku Iskandar. Dia tersipu malu bila mengenangkan dia dan Tengku Iskandar bersatu semalam. Tapi dia merasa takut sekali lagi, dia takut kali ini dia benar-benar sudah tidak bernilai lagi.
Perkahwinannya dengan bekas suaminya sebelum ini hanyalah atas kertas. Kenapa atas kertas? Sebab Ainul Maisarah dinikahi oleh ayah kandung Aeril dan Akim semasa mereka berumur 3 tahun. Ainul Maisarah adalah pengasuh Aeril dan Akim sebelumnya. Dia tidak pernah bersama dengan bekas suaminya kerana suaminya agak uzur kerana sakit kansernya. Ibu kandung Aeril dan Akim pula meninggal ketika melahirkan mereka. Selepas hampir 3 bulan menikah dengan bekas suaminya, bekas suaminya meninggal dan dia membesarkan mereka dengan hasil perniagaan cafe.
Ainul Maisarah keluar dari bilik mandi perlahan-lahan. Dia membuka almari suaminya untuk mencari baju. Ainul Maisarah tertarik untuk menggunakan kemeja suaminya. Bajunya yang di atas diambil untuk dibawa keluar.
Dia melihat Tengku Iskandar masih baring atas katil. Apabila dia ingin memegang tombol pintu, dia terasa dipeluk dari belakang. Dia terkejut dan membalikkan wajahnya. "Awak buat apa ni," Tengku Iskandar membiarkan saja soalan isterinya dan mencium wajahnya. Dari tadi dia perhatikan isterinya itu. Cantik. Bau harum isterinya juga menusuk hidungnya.
Dia sudah gila. Gila dengan keharuman isterinya. "Kau bomohkan aku eh," amboi tak sedar diri betullah mamat ni. Terkejut Ainul Maisarah dengan sangkaan suaminya itu. "Apa awak cakap ni," sedikit berkedut dahinya.Tengku Iskandar memandang geram wajah isterinya itu.
Tengku Iskandar sengaja na ingin mengusik isterinya itu tapi peristiwa semalam mengingatkan dia dengan beribu satu soalan. Dia lepaskan pelukannya. "Kau tipu eh dah kahwin? Aeril dengan Akim itu anak siapa kau culik suruh berlakon jadi anak kau," tanyanya hairan. Terdiam Ainul Maisarah dengan pertanyaannya.
"Ke sebab kau ni lama tak dengan laki, itu kau jadi macam tu eh?" Geram dia dengan Ainul Maisarah yang mendiamkan diri itu. Belum sempat Ainul Maisarah menjawab, terdengar ketukan pintu dari luar oleh Aeril dan Akim dari luar. Ainul Maisarah apa lagi, dia cepat-cepat meninggalkan Tengku Iskandar tanpa jawapan.
Tengku Iskandar berdengus tak puas hati. Niatnya semalam ingin menyakitkan hati isterinya tapi lain pula ceritanya. Dia masih keliru dengan darah itu. Tapi dia simpan dulu pertanyaan itu dan bergegas bersiap ke pejabat.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...