Tengku Iskandar telah pergi ke kelab malam. Dia ingin meraihkan kejayaannya malam itu. ''Kau memang bodoh janda,'' gelaknya tanpa menghiraukan orang sekeliling. Sesekali matanya menangkap bayangan susuk tubuh seseorang. ''Tak mungkin itu dia,'' Tengku Iskandar menyedapkan hatinya sendiri. Wajah yang Tengku Iskandar nampak tadi seperti masa lalunya yang menyakitkan. Untuk tidak memikir wajah itu kembali, tanpa membuang waktu, Tengku Iskandar terus mencari temannya malam itu dan dibawa balik ke rumah.
Kini, Ainul Maisarah telah pun berdiri dihadapan Destiny Holding. ''Patutlah belagak sangat laki tu,'' gumannya sendiri. Dengan langkah yang malas dia masuk juga ke dalam. ''Boleh saya jumpa Tengku tak?'' Farah memandang dari atas ke bawah penampilan gadis didepan matanya itu. ''Kau siapa nak jumpa dia?'' Terketar-ketar Ainul Maisarah nak jawab, mana tahu itu teman wanita Tengku Iskandar. Takut juga dia dicop perampas.
''Saya bukan siapa-siapa. Tengku yang suruh datang,'' menghembus nafsa lega dia apabila Farah mendail nombor ke pejabat Tengku. ''Kau boleh masuk sekarang tapi ingat jangan kau sentuh dia,'' kata Farah berbaur ugutan. Dah tutup macam tu Farah tak rasa dia akan sentuh Tengku Iskandar, dia sengaja saja takutkan Ainul Maisarah.
Ainul Maisarah yang ketuk pintu itu masuk apabila Tengku Iskandar memberinya kebenaran untuk masuk. ''Jom ikut aku,'' belum sampai seminit dia masuk Tengku Iskandar telah membawanya ke cafe yang seberang bangunan pejabat itu. Ainul Maisarah yang masih keliru itu terus mengikuti saja langkah Tengku Iskandar yang laju.
''Drama is begin Ainul Maisarah.''
''Awak bawa saya pergi mana ni, saya tak boleh lama sangat,'' jujur Ainul Maisarah luahkan perasaannya. ''Kau diam je la! Banyak tanya pula,'' diherdiknya Ainul Maisarah. Kalau sudah benci, yang baik pun dianggap buruk. ''Saya nak jemput anak-anak saya Tengku,'' bermacam-macam fikiran Ainul Maisarah dengan perangai Tengku Iskandar. ''Kau dengar sini elok-elok, bila aku cakap A ertinya A. Aku tak suka orang melawan. Lagi satu aku nak kau jumpa orang tua aku,'' agak perlahan tutur bicara Tengku Iskandar tapi masih kasar bahasanya. Ainul Maisarah terkejut dan bingung. Dia ingin bertanya kepada Tengku Iskandar tetapi dia berjalan sahaja tanpa memandang ke belakang. Ainul Maisarah akur saja dan berharap Tengku tidak menyakitkan dia. Dia takut lelaki itu akan mengasarinya.
Terlihat ada tiga sosok manusia di meja yang dituju Tengku Iskandar. ''Mummy, daddy and adik tersayang, tujuan Is suruh berkumpul sebab Is nak kenalkan bakal isteri Is, Ainul Maisarah,'' terkejut semua yang berada disitu termasuklah Ainul Maisarah. Ibu bapanya dan adiknya terkejut disebabkan setahu mereka Tengku Iskandar berkepit dengan perempuan seksi, tapi tetiba bawa bini mathali la pula. Walaupun begitu, Tengku Ahmad berasa bersyukur sekurang-kurangnya ada yang boleh membimbing anaknya itu. Tapi lain pula cerita isterinya, Tengku Diana. Dia kurang selesa dengan penampilan bakal isteri anaknya itu.
Selepas makan tengahari bersama keluarga Tengku Iskandar, ibunya telah meminta satu permintaan. ''Mummy rasa tak haramkan tengok wajah bakal menantu mummy ni,'' Ainul Maisarah yang masih dalam keadaan terkejut itu memandang Tengku Iskandar untuk meminta pertolongan. Dia tak berasa selesa dengan permintaan wanita yang masih nampak muda dan anggun itu. Dia tak kisah Tengku Diana melihat wajahnya tapi dia tak sanggup menjadi menantu keluarga itu dan masih terkejut dengan semua yang berlaku dengan sekilap mata.
Tengku Diana dan anak perempuannya berjalan beriringan dengan Ainul Maisarah ke dalam bilik kosong. ''Bukalah purdah sekarang,'' dia tertanya-tanya bagaimana wajah bakal menantunya yang ingin dikahwini anaknya itu. Bahkan Tengku Syazwani juga tak sabar melihat wajah kakak iparnya itu. Mata kakak iparnya saja sudah cantik tapi belum pasti lagi seluruh mukanya. Perlahan-lahan Ainul Maisarah dmembuka purdahnya, Tengku Diana dan Tengku Syazwani terpegun melihat kecantikannya. Hidungnya mancung, bibir merah bak delima. Pipinya juga kemerah-merahan disebabkan kulit yang putih, muka memang bebas jerawat. Sebiji pun tak ada. ''Cantiknya Kak Ainul,'' puji Tengku Syazwani. Ainul Maisarah membalas dengan senyuman ikhlas sehingga terserlah lesung pipitnya di sebelah kanan. Sekali lagi Tengku Syazwani dan ibunya terpegun.
''Abang untung sangat,'' puji Syazwani. Terkejut Tengku Iskandar dengan ayat adiknya. ''Dapat janda untung juga ke,'' bisik hatinya. ''Mummy daddy, boleh tak perkahwinan dijalankan hujung bulan ni.'' Sah Tengku Iskandar gila. Ainul Maisarah memandang Tengku Iskandar untuk menghentikan kerja gila itu. ''Kenapa cepat sangat ni?'' Tanya Tengku Diana, suaminya hanya mendengar saja. Tetapi hati Tengku Ahamad sikit terusik dengan mata Ainul Maisarah, kerana dia seperti tidak suka dengan pernikahan itu. ''Sebab nak halalkan yang haram,'' jawab Tengku Iskandar selamba. ''But mummy, daddy she's widow,'' tanpa segan silu dia memberitahu Tengku Ahmad dan Tengku Diana. Dia sengaja ingin memalukan Ainul Maisarah yang tak bersalah. Ainul Maisarah sudah mula menundukan wajahnya kerana berasa malu walaupun gelaran itu tidaklah kotor. Tetapi persepsi orang luar sering memandang serong kepada golongan tersebut.
''Dah tak ada gadis dara lagi ke luar sana Is? Ni kalau ahli keluarga lain tahu ni malu daddy dengan mummy.'' Suara Tengku Diana sudah naik seoktaf kerana perangai anaknya itu. ''Buat-buat tak tahu je la dengan mereka,'' jawab Tengku Iskandar tanpa berfikir panjang. Biar kau merana kena kutuk perempuan. Itulah difikirkannya. Wajah Tengku Diana jelas menunjukkan reaksi tidak suka. Tapi Tengku Iskandar cepat-cepat terus bangun menyalami tangan ibu bapanya sebelum mengajak Ainul Maisarah balik sekali.
''Kenapa nak kahwin dengan saya? Saya taknak kahwin dengan awak,'' kata Ainul Maisarah jujur selepas keluar. ''Aku kahwin dengan kau sudah cukup baik tau janda, kau ingat ada ke jantan dekat sana nak kan kau yang janda tu?'' Pahit lidah Ainul Maisarah menelan air liur mendengar bicara Tengku Iskandar. Bolehkah dia hidup bahagia dengan lelaki itu? Tapi hati dia langsung tak rela untuk berkahwin.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...