Perkahwinan

9 0 0
                                    

Tengku Iskandar sudah mula berani menjemput Aeril dan Akim tanpa memberitahu Ainul Maisarah terlebih dahulu. Cafe Ainul Maisarah itu telah berpindah tangan dengan Tengku Iskandar. Ainul Maisarah hanyalah pekerja biasa saja.

Walaupun Ainul Maisarah terkejut dengan perkahwinannya dengan Tengku Iskandar, dia terpaksa juga menerima kerana Tengku Iskandar telah menguggut keselamatan anak-anaknya. Sungguh licik sekali Tengku Iskandar.

''Walid, Aeril nak itu,''
''Akim pun nak juga,''
Tersenyum manis Tengku Iskandar melayan Aeril dan Akim. Pada mulanya memang dia tak suka dengan Aeril dan Akim, tapi si kembar tu merupakan kelemahan Ainul Maisarah. Maka dilayannya saja kerenah si kembar. Gelaran walid tu, Tengku Iskandar sendiri yang pilih. Nak sesuaikan dengan gelaran Ainul Maisarah katakan. Walaupun Tengku Iskandar membenci Ainul Maisarah, dia tidak pernah menunjukkan perasaan tidak suka kepada Aeril dan Akim. Dia tahu dia tak sepatutnya lukakan hati kanak-kanak yang masih suci itu. Tapi hati Ainul Maisarah?

Sebelum menetapkan tarikh kahwin, Tengku Iskandar menanyakan latar belakang Ainul Maisarah terlebih dahulu. Dia mendapat tahu Ainul Maisarah tidak mempunyai keluarga lagi. Walaupun dia berasa sedih, tetapi ada sedikit rasa kegembiraan. Baginya hal ini memudahkan lagi urusan perkahwinan mereka kerana dia tidak perlu mendapatkan persetujuan Ainul Maisarah. Cukuplah dia memaksa Ainul Maisarah untuk berkahwin dengannya. Keluarganya setuju saja dengan pilihan Tengku Iskandar. Tetapi ibunya masih lagi berbagi hati dengan perkahwinan anak sulungnya itu.

''Aku nak kau pilih baju ini,'' Ainul Maisarah mencebik melihat baju pilihan Tengku Iskandar itu. ''Tapi awak... Baju tu ketat. Awak nak ke bakal isteri awak ditatap oleh para kaum adam masa akad nikah nanti?'' Dengan penuh kesabaran dia berkata. Takut juga dia Tengku Iskandar menyinga. ''Hmmm. Pilihlah mana kau suka,'' Tengku Iskandar fikir ada betulnya juga kata Ainul Maisarah itu. Tak suka tapi tak nak juga dia kongsi bakal haknya dengan orang lain fikirnya.

Sehari sebelum, Tengku Iskandar keluar dengan rakan-rakannya untuk meraikan hari terakhir dia sebagai bujang. Rakan-rakannya juga menyediakan Tengku Iskandar perempuan. ''Tak sangka kau kahwin juga,'' kata Adam disambut ketawa yang lain. ''Dulu aku ingat kau ni membujang saja sampai tua. Rupanya kau yang dulu kahwin, kahwin dengan ustazah lagi,'' perkataan ustazah sengaja ditekan Owen. Tersenyum sinis saja dia dengan rakan-rakannya itu. ''Kau rasa janda tu cantik tak kalau buka semua?'' Zafril sudah mulakan otak kuningnya. Tengku Iskandar sendiri tak pernah terfikir kesitu, dia bukannya ingin sentuh wanita itu pun. Dia nak wanita yang dianggap berlagak baik itu terseksa. Perkahwinan itu cuma ingin menyakitkan hati Ainul Maisarah saja. Dia hanya mengangkat bahu sambil menunjukkan muka malas. Kata-kata adiknya mula bergema difikirannya. "Abang sangat beruntung."

Hari yang dinantikan telah tiba. Perkahwinan Tengku Iskandar diadakan sederhana, hanya saudara mara terdekat saja dipanggil. Maklumlah Tengku Diana tidak berkenaan dengan Ainul Maisarah lebih-lebih lagi dengan status dia. Sebelah Ainul Maisarah pula hanya anak-anaknya saja menjadi wakil. Ainul Maisarah disolekan sikit oleh Tengku Syazwani. ''Akak ni cantiklah walaupun beranak dua,'' puji Tengku Syazwani ikhlas. Tengku Syazwani dan Tengku Ahmad saja yang ramah dengannya. Ibu mertuanya sendiri tidak melayannya. Anak-anaknya juga diabaikan oleh Tengku Diana. Dia agak terasa, tapi siapalah dia dalam keluarga itu. Perkahwinan ini pun dia terpaksa menerima demi anak-anaknya. Bukan dia tidak cuba menolak tetapi lelaki itu amat degil. Dia juga serba salah dengan Tengku Iskandar disebabkan kecuaian dia telah menyebabkan Tengku Iskandar tidak berjaya deal dengan Tan Sri Borhan.

''Aku terima nikahnya Ainul Maisarah binti Awal dengan mas kahwinnya RM100,0000 tunai,'' sengaja Tengku Iskandar memberinya duit hantaran sebanyak itu. Itu merupakan taktiknya memalukan Ainul Maisarah. Bukan dia tak tahu mulut yang datang ke majlisnya itu. Tengku Iskandar datang menghampiri Ainul Maisarah. Air mata Ainul Maisarah yang bertakung akhirnya jatuh jua saat mencium tangan Tengku Iskandar. Saat Ainul Maisarah menaikkan kepalanya, Tengku Iskandar terus mencium dahinya. ''Wanginya perempuan ini,'' bisiknya dalam hati.

Selesai saja Tengku Iskandar bernikah terus saja dia membawa Ainul Maisarah dan si kembar ke rumahnya. Sempat juga dia dan Ainul Maisarah mendengar gossip liar sebelum balik. Tetapi kedua-duanya tidak mengendahkan.

"Anak sudah dua tapi hantaran bagai
anak dara.''
''Aku rasa mesti dia pakai bomoh pikat si Is itu.''

Ainul Maisarah tebalkan saja mukanya. Malunya tak terkata. Tapi lain pula dengan Tengku Iskandar, walaupun itu isterinya dia tak kisah langsung pun orang mengutuk isterinya. Lagi suka adalah.

Peristiwa tadi terhenti berlayar dikepalanya apabila Tengku Iskandar memberikan arahan. ''Dah sampai, bawa barang kau keluar,'' bukan dia nak tolong si Ainul Maisarah itu. ''Ini bilik Aeril dengan Akim, manakala bilik maid dekat bawah tu bilik kau. Dekat rumah ini ada peraturan, kau jangan sesekali buka purdah atau tudung kau depan aku. Aku tak hingin nak tengok muka kau. Kau juga jangan nak sibukkan hal aku, faham tak?'' Ainul Maisarah sekadar mengganguk saja.

Nasib baik Aeril dengan Akim sudah tidur awal kalau tak mesti mereka persoalkan arahan Tengku Iskandar itu dekat Ainul Maisarah. ''Kalau itu kemahuan awak, baiklah.'' Ainul Maisarah malas bertengkar dengan Tengku Iskandar itu. Lagipun perkahwinan itu atas dasar benci Tengku Iskandar, bukannya cinta. "Ya Allah, kau lembutkanlah hati suamiku."

WanitaKuWhere stories live. Discover now