Setelah seminggu berlalu dari kejadian lepas. Hubungan Tengku Iskandar dan Ainul Maisarah agak membaik. Tengku Iskandar jarang balik lambat dan tidak sering memarahinya. Kadang-kadang Tengku Iskandar akan makan malam bersama-sama.
Tengku Iskandar masih belum mendapatkan jawapan isterinya. Dia pada mulanya ingin memaksa Ainul Maisarah menceritakan semuanya tetapi kekasih lamanya yang kembali merumitkan kepalanya.
Afrina tidak berputus asa datang ke pejabat Tengku Iskandar walaupun Tengku Iskandar menolaknya. Selepas kejadian minggu lepas berlaku, Tengku Iskandar tidak tertarik berhubung dengan perempuan lain. Dan dia hanya melihat isterinya saja yang menawan. Tambahan lagi, isterinya sekarang tidak berpakaian seperti dulu di rumah. Isterinya sangat cantik dimatanya. Layanan isterinya juga terlihat ikhlas.
Puas Tengku Iskandar memejamkan matanya tetapi gagal. Bau haruman isterinya masih lekat di bantal dan katilnya. Suara isterinya malam kejadian juga masih terngiang-ngiang di kepalanya. kejadian malam itu masih segar di ingatan Tengku Iskandar. Dia selalu mencari kesempatan mendekati isterinya itu tetapi tidak diteruskannya kerana dia ego untuk melayan isterinya baik. Dia masih ingat lagi alasan dia mengahwini isterinya. Dia ingin memalukan dan melayan isterinya buruk. Tetapi perasaannya kini sukar untuk ditafsir.
Tengku Iskandar turun ke bawah untuk minum sebelum melihat bilik isterinya di bawah masih bercahaya. Dia memang sengaja lalu bilik isterinya untuk mengintai isterinya. Perlahan-lahan dia menolak bilik isterinya itu. Terpegun seketika dia melihat bilik isterinya yang kecil tetapi kemas dan wangi. Sepanjang mereka berkahwin belum pernah lagi Tengku Iskandar masuk ke bilik isterinya itu.
Sosok wanita yang sedang melukis itu menarik perhatiannya. Ainul Maisarah tidak perasan kehadiran suaminya. Dia tekun melukis. Sekali lagi Tengku Iskandar mengenal sisi lain isterinya itu.
Ainul Maisarah merasa ada orang memadangnya. Terkejut dia melihat suaminya berdiri di hadapan pintu sambil memadangnya.
"Ehem, Tengku," terhenti lamunan Tengku Iskandar mendengar suara lembut isterinya. Dengan pantas Tengku Iskandar menutup pintu bilik isterinya. Terbantut niat Tengku Iskandar meminum air.
"Ainullll," sekali lagi Ainul Maisarah terkejut. Bukan apa, selama mereka berkahwin tidak pernah Tengku Iskandar memanggil namanya selain semasa akad nikah. Tanpa segan terus Tengku Iskandar mendekati isterinya yang masih terkejut melihatnya itu.
Dia gila. Dia memang gila. Menolak tepi segala egonya. Dia menarik Ainul Maisarah ke pelukannya. Dia suka mencium bau badan isterinya itu. Seminggu dia menahan rasa memeluk isterinya itu. Bingung Ainul Maisarah melihat suaminya tetapi membiarkan saja dia begitu.
"Jom tidur," sekali lagi Tengku Iskandar buat kerja gila. Dia membawa Ainul Maisarah ke katil dan memeluknya. Dia tidak kisah tidur di bilik Ainul Maisarah yang kecil dan berkatil bujang itu. Matanya mula mengantuk dan terlelap.
Ainul Maisarah tidak dapat melelapkan matanya. Dia memandang saja wajah Tengku Iskandar yang sedang tidur. Dia tidak tahu perasaannya sekarang. Dia tidak tahu harus berasa syukur atau takut. Takut dia terlalu menaruh hati dan harapan kepada suaminya.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...