𝕭𝖆𝖇 𝟏

13.1K 222 0
                                    

Ayleen Medina, seorang gadis berumur 24 tahun. Seorang yang ceria dan agak kasar. Masih belum berpeluang untuk bekerja dan sedang menganggur. Masih menunggu untuk mendapat kerja yang diinginkan. Cita-citanya dari dulu mahu menjadi seorang guru tetapi tidak kesampaian setelah dilarang keras oleh walid. Kata walid, nanti sesat budak-budak yang diajarnya. Risau.

Ayleen yang baru sahaja menamatkan pembelajaran diluar negara akhirnya, pulang semula ke tanah air. Ayleen yang masih dalam penerbangan, melihat pemandang dari balik tingkap sebelum sampai di airport.

Ayleen mengeluarkan telefon berjenama iPhone miliknya dari dalam beg sandang.

"Hello Isya. Kau dah sampai ke belum ni? Aku dah nak sampai airport ni,"

"Urmm ak—"

"Kau jangan cakap yang kau tak gerak lagi?! Aku malas nak lama-lama dekat airport ni," cantas Ayleen tanpa sempat Isya mahu membalas.

"Lah, kau dah sampai ke? Sorry Ayleen, aku tak gerak lagi. Kau salahkan Cyra, dia  lambat bangun tapi sibuk nak ikut. Kau tunggu ajelah sekejap. Lain kali pasang bodyguard. Kau anak orang kaya kut,"

"Kau boleh tak stop membebel? Lebih baik kau datang sini cepat! Aku dah tak sabar nak balik ni,"

"Baiklah Ayleen, aku dah on the way ni. Aku letak dulu,"

"Inilah orang zaman sekarang, janji Melayu betul!" gumam Ayleen sendirian. iPhone dicampak masuk semula ke dalam beg sandang. Geram!

******

Ayleen hirup udara segar di tanah airnya. Sudah sekian lama, Ayleen tidak menjejakkan kakinya di tanah air kerana terlalu sibuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Sempat Ayleen berjalan-jalan di sekitar kawasan airport, bagi menghilangkan rasa bosan yang sedang melandanya kini. Sudahlah telefonnya habis battery, makin bertambah bosanlah dia.

Sedang Ayleen sibuk berjalan sambil mata melilau di kawasan sekitarnya, tiba-tiba  terasa tubuh badannya sakit akibat rempuhan yang berlaku.

"Aduh, sakitnya badan aku," desisnya.

Ayleen mengusap badannya yang terasa sengal, sempat dia kerling gerangan yang melanggarnya.

"Eh, awak tak nampak saya ke? Lain kali nak main telefon biar kena dengan tempat ye,"

"Hey girl, are you blind?" soal lelaki itu dengan wajah ketatnya.

"Saya atau awak yang buta?" Ayleen balas dengan soalan semula.

"You? Lain kali nak jalan tengok depan,"

"Awak nak salahkan saya pula ke?" soal Ayleen, masih tidak mahu mengalah.

"Dah memang salah kau, girl," balas lelaki itu. Masing-masing tidak mahu mengalah.

"Tapi memang salah awak. Awak main telefon tak pandang kiri kanan. Awak tak reti nak minta maaf ke? Tak belajar adab?" sinis Ayleen bertanya.

"Kau nampak aku main telefon tadi?"

Ayleen angguk sedikit.

"Then, kenapa kau tak cuba elak atau kau memang sengaja?"

"Sengaja? Apa awak ingat saya minat sangat ke dengan awak sampai saya kena sengaja langgar awak?"

[C] Mrs. Ayden MatinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang