𝕭𝖆𝖇 𝟐𝟔

1.9K 79 2
                                    

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Terpancul wajah Dato Andres dengan riak wajah terkejut. Ketat habis muka.

"What are you doing, Ayden Matin?" soal Dato Andres tegas.

Tubuh terus dijauhkan dari Ayleen. Wajah Dato Andres dipandang buat seketika sebelum berpaling ke arah Ayleen semula.

"Any explaination, Ayden Matin?" soal Dato Andres lagi.

Ayden hanya diam tidak membalas. Dia hanya menatap wajah Dato Andres dengan pandangan yang cukup tajam.

"Ayden Matin, I'm talking to you right now?!" jerit Dato Andres kuat.

Ayleen yang terkejut sehingga terhinjut kedua bahunya. Tidak pernah dia melihat orang marah sampai begitu sekali. Dia takut.

Semua yang berada di tingkat bawah, mula bergerak naik ke tingkat atas selepas mendengar jeritan Dato Andres itu.

Niatnya mahu masuk ke dalam mini library room hanyalah untuk mengambil telefonnya yang tertinggal, selepas dia membaca buku di sini tadi. Tidak sangka pula, dia dapat lihat kejadiaan ini didepan matanya.

Berlari-lari anak Datin Fiera pergi ke arah suaminya. Puan Aylina dan encik Faris turun masuk ke dalam bilik itu.

Puan Aylina dan encik Faris terkejut selepas melihat anaknya juga turut berada di dalam bilik itu.

"Kenapa ni abang? Apa yang berlaku?"

"Awak tanya apa yang anak awak buat."

Datin Fiera mendekati anaknya. Dia ingin memujuk anaknya itu.

"Ayden, pandang mama. Apa yang Ayden buat sampai papa marah? Bagitahu mama, Ayden," desak Datin Fiera.

Tanpa banyak bicara, Ayden terus keluar dari bilik itu. Sempat dia kerling gadis yang sedang menunduk sambil bersandar pada dinding.

"Papa belum habis lagi dengan kamu, Ayden. Papa nak kamu bertanggungjawab,"

Langkahnya terhenti, wajah bengang Dato Andres dipandang sekilas.

"Sentuh pun tak, buat apa nak bertanggungjawab? Perlu ke?" soalnya sambil tersenyum sinis. Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.

'Weh, dia tinggalkan aku sorang dekat sini. Habislah aku,' Ayleen mengangkat wajahnya semua mata sedang memandangnya ingin penjelasan dari gadis itu.

"Ayleen, umi nak penjelasan daripada kamu. Apa yang berlaku?" soal Puan Aylina sambil melangkah mendekati anaknya.

Ayleen diam tidak berkutik.

"Apa yang berlaku ni? Apa yang bising-bising tadi mama?" tanya Alesya yang baru datang dari tingkat bawah. Alesya turut memandang ke arah Ayleen.

"Kamu pergi masuk bilik. Jangan keluar selagi mama tak suruh," arah Datin Fiera.

"Tapi...

"Masuk bilik mama kata,"

"Ish, iyalah,"

Setelah banyak kali didesak, akhirnya Ayleen membuka mulut menceritakan segala kejadian yang berlaku tadi.

Ayleen kerling wajah Dato Andres. Kecut perutnya lepas lihat lelaki itu merenung dengan renungan yang cukup tajam.

Aaden yang dari tadi memerhati mula melangkah pergi dengan senyuman sinis.

******

Seminggu sudah berlalu, selepas kejadian yang berlaku di rumah Dato Andres.

Sudah beberapa kali Datin Fiera meminta maaf kepadanya atas apa yang dilakukan oleh anaknya, Ayden. Dia rasa nak marah dengan sikap Ayden. Salah anaknya, tetapi mak dia pulak yang kena datang merayu minta maaf.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now