𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 melangkah pergi ke ruang tamu itu. Dia berjalan mendekati abangnya yang sedang elok duduk di sofa di hadapan televisyen.
Ayleen memandang ke arah abangnya yang sedang menonton drama melayu. Berkerut dahinya merenung kearah Mikael.
'Biar betul abang aku layan drama melayu? Abang aku ke ni?'
Lama Ayleen memandang ke arah abangnya. Mikael yang rasa dirinya sedang diperhatikan mula memaling memandang adiknya disebelah.
"Dik, aku tahu aku handsome tak payah duk tenung aku macam nak tembus. Nanti bini aku jealous pula," tegur Mikael.
"Perasan buduh kau, aku tenung kau sebab pelik. Bukan sebab muka kau tu,"
"Apa yang pelik? Aku pakai baju terbalik ke? Muka aku ni senget ke?" soal Mikael sambil memegang wajahnya.
"Bukanlah, kau mana pernah nak tengok cerita melayu. Aku rasa kau paling allergic dengan drama melayu. Duduk kampung terus layan eh? Tukar selera pula ke?" soal Ayleen sambil menjungkit sebelah keningnya.
"Kau tahu tak aku bosan duduk sini. Aku rasa kalau tambah seminggu lagi boleh gila aku. Lagipun apa salahnya tukar selera? Best jugak layan cerita andai itu takdirnya,"
"Kau layan cerita tu? Cerita 60 episode tu? Serious ahh? Apa yang best sangat cerita tu? Setiap episode ulang benda yang sama je aku tengok. Lelaki tu tak habis-habis minta maaf lepastu buat lagi. Dasar lelaki dayus! Yang bini dia pun, tak habis-habis mengandung. Lelaki tu pun sama, buat anak pandai, lepastu bila bini mengandung suruh gugurkan pula," ujar Ayleen dengan nada geram.
𝘈𝘬𝘶 stress!
"Lek ahh, cerita je pun. Over je kau ni,"
Ayleen mencebik bibir.
"Ni bini kau mana? Tak teman suami dia tengok drama melayu ke, hahaha," masih dalam nada mengusik.
"Dia dekat dapur tolong orang masak. Bukan macam kau duk terperap je dalam bilik. Masa makan reti pula keluar bilik. Patut orang mengata," perli Mikael.
Padan muka kau Ayleen, nak kenakan orang sangat kan.
Ayleen memandang tajam ke arah abangnya, Mikael.
"Malas aku borak dengan kau. Tak habis habis cari pasal,"
Ayleen bangkit dari duduknya, baru sahaja dia mahu melangkah pergi tetapi langkahnya mati selepas ditegur oleh satu suara tua. Terus dia duduk semula di tempatnya.
"Ini kamu nak kemana pula? Bilik? Sungai? Jumpa jantan?"
Ayleen hanya memandang ke arah nenek Abiyah. Soalan nenek Abiyah dibiarkan berlalu sepi tanpa jawapan. Dia tahu nenek Abiyah sedang memerlinya.
Puan Aylina yang baru datang ke ruang tamu memandang ke arah mak dan anaknya.
"Kamu bila nak kahwin? Umur dah 24 takkan nak membujang sampai tua?" tanya nenek Abiyah sambil melangkah ke arah sofa berdekatan.
"Banyak lagi dia kena belajar, mak. Bukan senang nak jadi isteri, nak kena urus suami, jaga makan pakai suami lagi. Lina tak nak anak Lina kahwin, lagipun umur tu masih muda untuk dia berkahwin," balas Puan Aylina bagi pihak anaknya.
"Kamu memang tak nak kahwin ke Ayleen?" tanya nenek lagi.
"Belum masanya lagi nek, kalau ada jodoh kahwin la saya nanti. Nenek orang pertama yang saya akan jemput,"
"Ini lah budak zaman sekarang, tahu berzina aje. Benda yang berdosa tu juga la nak ikut. Benda yang baik elok tu tak nak pulak diikutnya. Heran juga aku. Naik motor berdua duaan lah, naik kereta berdua. Tak tahu agaknya benda tu tak elok, tak pun saja buat tak tahu. Lepastu, marah kalau orang mengata itu ini, padahal diri sendiri punca sebab mendatangkan fitnah pada orang lain," bebel nenek Abiyah panjang lebar.
YOU ARE READING
[C] Mrs. Ayden Matin
RomanceKarya Pertama ; [New Version; 22/1/2024] 𝗔𝘆𝗱𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶𝗻 × 𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗻𝗮 "Yo también te amo, honey," - Ayden Matin - 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁 ; 𝟭𝟭 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗘𝗻𝗱 ; 𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟯