Thank you yang support saya!❤ Enjoy guys!
__________________________________
Ayden yang baru sampai di muka pintu memandang ke arah Datin Fiera yang turut memandangnya. Datin Fiera merenung tajam seraut wajah di hadapannya.
'Apa pula salah aku kalini, haih,' keluh Ayden.
"What do you want from me? Just told me," soal Ayden pasrah.
"Ayden tak tahu atau pura-pura tak tahu?"
"Terus terang je lah mama. Mama nak apa? I'm tired right now," jujur Ayden.
"Duduk dulu, mama ada benda nak bincang dengan kamu,"
Tanpa banyak kata, Ayden terus duduk di sofa berhadapan dengan Datin Fiera. Dia memandang ke arah tangan mamanya, terdapat satu sampul di tangan wanita tua itu. Apa benda pula ni?
Sampul itu terus diberi kepada Ayden. Datin Fiera nak anak dia tengok sendiri apa yang ada di dalam sampul itu.
Ayden tanpa teragak-agak terus membuka sampul itu. Terdapat beberapa keping gambar di dalamnya. Satu persatu gambar dikeluarkan. Dia tersenyum melihat gambar itu. Gambar itu adalah gambar ketika dia mengangkat Ayleen selepas dia terminum air yang ada pil di dalamnya.
"Ayden kata Ayden pergi reunion but this photo? Mama nak dengar dari mulut Ayden sendiri. Apa semua ni?"
Dato Andres yang baru turun dari tingkat atas meluru ke arah anaknya. Pipi anaknya terus ditamparnya. Datin Fiera yang terkejut terus mendekati suaminya. Ingin menenangkan suaminya itu. Ayden menyetuh pipinya yang terasa pijar, akibat tamparan daripada papanya.
"What are you doing Ayden? Kamu nak memalukan keluarga? Kamu tahu aku tatang kau macam minyak yang penuh, ini balasan kau pada mama papa? Macam ni ke Ayden?" tengking Dato Andres.
Ayden hanya tersenyum ke arah kedua-dua ibu bapanya. Tak dengar penjelasan tiba-tiba tampar orang. Ingat dia akan berdiam diri? Tidak sama sekali.
"Bagitahu mama Ayden, siapa perempuan tu?" tubuh anaknya digoncang perlahan.
"Mama serious nak tahu siapa perempuan dalam gambar ni? Mama jangan menyesal,"
"Just tell me who she is?!" marah Datin Fiera
"Dengar baik-baik. Perempuan dalam gambar ni anak perempuan encik Faris. Dengar kan? Anak encik Faris!" ulang Ayden, kut-kut mamanya tak dengar ke lebih baik dia ulang.
Datin Fiera menekup mulut, selepas mendengar itu. Dia tidak percaya itu anak rakan baiknya.
"Masih tak percaya? Ayden boleh bawa perempuan tu datang sini,"
"Tak perlu, aku nak kau kahwin dengan dia. Ambil dia sebagai isteri," arah Dato Andres dan terus berlalu pergi.
Ayden tercengang selepas mendengar arahan dari Dato Andres. Apa ni? Wajah Datin Fiera dipandang seketika.
"Ikutlah cakap papa tu. Kamu buat macam tu pandai pandai kamu lah tanggung. Mama setuju dengan cadangan papa, kahwin dengan dia," Datin Fiera turut pergi meninggalkan anaknya yang masih bingung.
"No, Ayden taknak kahwin dengan dia. Nothing really happened, mama,”
"Mama bagi Ayden dua pilihan. Kahwin dengan Ayleen atau kahwin dengan Nadia. Which one?"
Ayden merenung tajam kearah Datin Fiera sebelum berlalu pergi. Bilik tidur dituju.
Ayden masuk ke dalam bilik. Tuala yang tersangkut di ampaian di ambil, tandas ditujunya. Dia mahu segarkan badan dan juga otaknya yang masih blank dengan apa yang baru berlaku tadi.
YOU ARE READING
[C] Mrs. Ayden Matin
Roman d'amourKarya Pertama ; [New Version; 22/1/2024] 𝗔𝘆𝗱𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶𝗻 × 𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗻𝗮 "Yo también te amo, honey," - Ayden Matin - 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁 ; 𝟭𝟭 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗘𝗻𝗱 ; 𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟯