Keesokan harinya...
"Mama ada nampak Ayden tak? Ayleen cari dalam bilik tak ada,"
"Ayden baru lagi keluar. Dia ikut atuk kamu pergi dusun kutip buah. Kamu nak makan?"
Ayleen mengangguk di tarik kerusi dan melabuhkan punggung di situ. Perut tengah lapar ni.
"Nasi lemak! Siapa yang masak ni? Mama ke?" soalnya teruja.
"Nenek kamu yang masak. Katanya kamu dah lama tak makan nasi lemak,"
"Ouh, mama tak makan? Umi mana ni?"
"Mama dah makan, kamu makan lah. Umi kamu pun ikut pergi ke dusun," Datin Fiera hanya memerhati menantunya yang nampak berselera.
Rasa macam ada sesuatu tetapi dia hanya diam. Takut tak betul pula tanggapannya itu.
Seusai siap makan sarapan pagi, Ayleen melangkah keluar duduk di pondok kecil berdekatan rumah itu.
"Assalamualaikum Ayleen.Lama tak jumpa," tegur Zariq.
"Waalaikumussalam Zariq. Awak buat apa datang sini?"
"Ini mak saya suruh hantarkan kuih dekat nenek Abiyah. Saya tak tahu pula yang awak ada sekali dekat sini. Baru balik?" soal Zariq sambil menghulur bekas berisi kuih didalamnya.
"Haah, baru balik semalam. Terima kasih. Nanti saya beri pada nenek,"
"Awak macam mana? Okay lepas kahwin? Mesti bahagia kan?"
Ayleen yang mendengar soalan itu tersenyum kelat. Bahagia ke dia?
"Okay je. Bahagia sangat. Hahaha. Cuba awak kahwin, nanti boleh rasa sendiri bahagia ke tak,"
"Siapa yang nak dekat saya ni. Dah berumur, tak ada rupa pula tu,"
"Berumur? Berapa umur awak? Nampak muda je. Tipu tak ada orang suka, saya tengok awak ni handsome je, rupa pun boleh tahan,"
"Yelah tu. Umur saya tahun ni dah masuk 31 tahun dah. Tua lah tu,"
"Biar tua asalkan masih handsome. Betul tak?"
"Hahaha, ada ada je awak ni. Kalau ada rupa tapi tak ada yang suka tak guna juga,"
"Tipu tak ada orang suka. Ini mesti awak jual mahal. Awak mesti memilihkan orangnya. Orang kata, terpaling tersakiti tapi dia yang menyakiti,"
"Nak cari teman hidup mesti kena memilih nak hidup sampai mati. Awak dah kahwin mesti faham,"
"Semoga awak cepat jumpa jodoh. Ataupun awak nak saya tolong carikan?" soalnya sambil mengangkat kedua dua belah keningnya.
"Siapa gerangan yang rugi dapat saya tu?"
"Tak baik cakap macam tu. Saya ada sorang kawan nama dia Arisya," minta maaf Isya aku jual kau sekejap. Harapnya lakulah.
"Tak apalah, rasa belum bersedia nak jalankan tangunggjawab yang satu tu. Ada jodoh nanti sampailah kad kahwin saya pada awak,"
"Jangan lambat lambat nanti kena kebas,"
Mereka berdua tertawa nampak gembira sahaja, tetapi dalam tak sedar mereka sedang diperhatikan.
"Rasa dah lama sangat kita berbual. Say minta diri dulu. Assalamualaikum," ucap Ayleen sebelum beredar dari situ.
Zariq menunduk sebelum menjawab salam. Dia hanya memerhati pemergian wanita itu sehingga bayangan itu hilang dari pandangannya.
"Gembira nampak," tegur satu suara. Ayleen laju memandang gerangan yang sedang bercakap dengannya.

YOU ARE READING
[C] Mrs. Ayden Matin
RomanceKarya Pertama ; [New Version; 22/1/2024] 𝗔𝘆𝗱𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶𝗻 × 𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗻𝗮 "Yo también te amo, honey," - Ayden Matin - 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁 ; 𝟭𝟭 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗘𝗻𝗱 ; 𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟯