𝕭𝖆𝖇 𝟔𝟏

1.4K 57 0
                                    

Ayleen yang sedang duduk di luar rumah dipandangnya dari jauh. Rindunya pada wanita itu. Ingin sahaja dia peluk tubuh itu tetapi bukan sekarang. Sekarang bukanlah masa yang tepat untuk dia kembali.

"You tercegat apa lagi dekat situ? Kesayangan depan mata tu, tak rindu?"

"Kenapa you tolong I?"

"Eh, I tak boleh nak tolong you ke? Kalau macam tu I minta diri dulu," dia mula mengorak langkah ingin berlalu pergi tetapi sempat ditahan oleh tangan besar Ayden.

Wanita itu terkedu. Ayden sentuh dia tidak bertapis! Laju dia menarik tangan dari dipegang lelaki itu. Haram!

"So-sorry, I tak sengaja," dia tahu dia sudah keterlaluan. Dia sendiri pun tak sedar.

"It's okay. Sekarang you nak masuk ke tak? Kesian I tengok isteri you tu,"

"She's pregnant?" soal Ayden inginkan kepastian sebab dari tadi dia nampak mulut isterinya terkumat kamit seperti sedang bercakap dengan seseorang.

"You dah ada kat sini kenapa tak tanya dia sendiri?" wanita itu balas dengan soalan.

"I takut. Kalau dia taknak tengok muka I macam mana?"

"Boleh tak you jangan terlalu fikir ke depan? Benda you tak cuba lagi. You should try first and then you can give conclusions,"

"I tak rasa sekarang masa yang sesuai. I taknak dia tertekan kalau sekarang dia tengah pregnant,"

Wanita itu menjeling lelaki dihadapannya itu. Rasa nak cekikkan aje Ayden ni.

"Bila lagi masa yang sesuai? You masih tak faham? She needs you! Dia perlukan seorang suami disisi dia. You nak tinggalkan dia untuk berapa bulan pula? Lima bulan atau setahun?"

"I tak rasa I diperlukan. I rasa I tak layak untuk jadi suami di—

"You nak dia tawar hati? You nak tengok  dia bahagia dengan orang lain? Itu ke yang you nak?" wanita itu laju mencantas percakapan Ayden.

Ayden sudah meraup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Dia serabut.

"Kita balik dulu. Nampak serabut betul tu. I taknak you pula yang tertekan," ajaknya. Ayden tidak membantah, dia hanya mengikut.

******

"Cyra, are you crying? Did someone hurt you?" soal Isya cemas.

"Tak layak ke aku untuk dicintai? Aku sayang dia,"

"Haydar buat kau? Apa yang dia dah buat dekat kau?" soalnya garang.

"Haydar tak salah. Aku yang salah. Semua salah aku, Isya,"

"Can you stop crying? Cuba cerita pada aku satu persatu. Aku tak faham," ujarnya sambil mengelap air mata di pipi Cyra.

"Aku salah, aku pentingkan diri sendiri. Kalau aku tak buat perangai semua ni tak akan berlaku,"

"Arabella, relax. Breathe in, breathe out," Cyra sekadar mengikut. Selepas terasa sedikit tenang dipandang Isya sekejap.

"Feel better now?" Cyra mengangguk.

"Okay, sekarang aku nak kau cerita from A to Z,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now