Bunyi hentakan kasut tumit tinggi kedengaran dari jauh. Semua mata memandang ke arah gerangan itu. Sampai sahaja di hadapan meja Fyna, matanya liar memandang sekeliling seperti mencari seseorang.
"Cik Nadia buat apa dekat sini? Ada appointment ke? Ada perkara penting ke sampai cik kemari?"
"Saya nak jumpa dengan bos awak. Dia ada dekat dalam?"
"Maaf cik Nadia, Tuan Ayden tak ada di sini untuk seminggu. Kalau cik Nadia nak juga jumpa dia, minggu depan baru dia ada,"
"Dia pergi mana ye? Boleh saya tahu?"
"Dia outstation, ke mana dia pergi tu, saya rasa tak perlu kut untuk saya beritahu. Minta maaf ye cik Nadia,"
"It's okay. Terima kasih. Kalau dia dah masuk nanti tolong beritahu dia yang saya nak jumpa dia ye," kata Nadia sebelum melangkah pergi dari office itu.
******
Lima hari sudah berlalu, setiap malam dia akan duduk di balkoni bilik sambil melihat langit. Dia rindukan suaminya.
Sudah berkali-kali dia cuba telefon lelaki itu, tapi satu panggilan pun langsung tidak pernah Ayden jawab. Chat pun tidak berbalas.
Terselit juga rasa kecewa, tapi dia tahu Ayden bukan kisah pun kalau dia kecewa. Dia cuma mahu mendengar suara suaminya itu. Dia rindukan semua pasal Ayden. Dia sudah gilakan suaminya sendiri.
Keluhan keluar dari mulut merah merekah itu. Dada langit ditatap menghilangkan rasa sedih yang sudah bertapa dihati.
Dia menguap kecil, mata mula terasa mengantuk. Dia bangkit untuk masuk ke bilik, pintu balkoni ditutup rapat. Badan terus dihempas di atas katil. Mata dipejam rapat.
Tidurnya terganggu dek kerana terasa ada satu beban berat yang sedang melingkar ditubuhnya. Dia terus mencelikkan mata, memandang gerangan yang sedang memeluknya.
"Arghhhhh!" kerana rasa terkejut dia terus menolak kuat tubuh itu bersama dengan jeritan nyaring.
"Apa masalah kau ni? Tak nampak aku tengah tidur?"
"Ayden? Awak ke tu?"
"Bukan, ini jelmaan dia,"
"Ishh... awak ni buat saya terkejut je. Saya ingat saya mimpi tadi. Harini bukan baru masuk enam hari ke? Kata pergi seminggu. Macam mana awak tahu saya dekat sini?" tanya wanita itu bertubi-tubi.
"Kau ni banyak mulut pula. Aku nak tidur, letih,"
Ayleen mengangguk, dia memandang suaminya yang mula memejamkan mata untuk tidur. Faham lelaki itu masih penat dengan kerja. Malas dia ahu mengganggu.
Ditenung wajah suaminya sambil tersenyum. Dagu ditongkat menggunakan tangan. Hilang semua rindu yang terpendam selama lima hari.
Dia turut berbaring di sebelah Ayden. Tubuh itu dipeluk erat. Akhirnya, dia tertidur lena.
******
"Hai Ara, you busy tak harini? I ingat nak ajak you keluar."
"Nak pergi mana pula? Jogging lagi?" soal Cyra sengaja mahu mengusik Haydar.
YOU ARE READING
[C] Mrs. Ayden Matin
Roman d'amourKarya Pertama ; [New Version; 22/1/2024] 𝗔𝘆𝗱𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶𝗻 × 𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗻𝗮 "Yo también te amo, honey," - Ayden Matin - 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁 ; 𝟭𝟭 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗘𝗻𝗱 ; 𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟯