𝕭𝖆𝖇 𝟒

3.1K 99 2
                                    

Sampai sahaja di luar kawasan rumah, laju langkahnya dibawa memasuki rumah sambil bernyanyi girang. Tidak sedar akan ada mata yang sedang memerhatinya sejak dia pulang ke rumah.

Bahhh!!!

"Astaghfirullah, ya allah mak Siti ni terkejut Ayleen. Nasib baik Ayleen meninggal lagi. Sudahlah belum cukup amalan yang nak dibawa kesana nanti," balas Ayleen dalam nada yang dibuat-buat sedih.

"Nasib baik sedar diri, tak payah mak Siti nak tegur. Ada apa-apa yang berlsku ke harini? Mak Siti tengok Ayleen gembira betul harini, sampai tak perasan mak Siti ada dekat sebelah kamu,"

Ayleen melenggokkan tubuh badannya seolah seperti gadis miang. Langkah dibawa mendekati mak Siti seraya tangan memeluk lengan mak Siti erat.

"Geli lah mak Siti tengok kamu ni Ayleen, macam perempuan miang. Ini mesti ada cerita yang kamu nak beritahu kan?" tembak mak Siti. Sudah tahu dengan perangai anak majikannya itu.

"Eeee... apa mak Siti ni, Ayeen baru nak happy, mak Siti buat Ayleen sedih semula. Malas kawan mak Siti," wajah ditala ke arah lain.

"Alahai, comel je merajuk anak mak Siti ni. Cepat cerita dekat mak Siti, apa yang buat Ayleen gembira semacam ni?"

"Tadi Ayleen keluar dengan kawan Ayleen. Lepastu ada sorang lelaki ni dia terlanggar Ayleen kuat, sakit badan Ayleen," sempat Ayleen mengadu pada mak Siti. Mahu meminta simpati dari wanita tua itu.

"Dia langgar Ayleen? Ayleen ada sakit dekat mana-mana tak? Nak mak Siti amik ubat tak?" soal mak Siti bertalu-talu.

Tangannya bergerak memusing tubuh badan anak majikannya mencari ada kecederaan di mana-mana bahagian tubuh badan atau pun tidak.

"Ayleen okay la mak Siti, Ayleen tak tahu nak jawab mana satu ni. Hahaha," tertawa Ayleen melihat kerisauan mak Siti padanya.

"Ayleen gembira sebab jatuh ke?" soal mak Siti hairan.

"Mak Siti la ni, Ayleen tak habis cerita, mak Siti dah kacau."

"Mak Siti risau la Ayleen kene langgar, kalau Ayleen cedera nanti apa mak Siti nak jawab dekat umi kamu? Bagitahu mak Siti sekarang!"

Tidak mahu memanjangkan cerita, Ayleen teruskan dengan menceritakan tentang kejadian yang telah berlaku tadi.

"Lelaki yang langgar Ayleen tu handsome, tapi kawan dia pun handsome juga. Mak Siti nak tahu lelaki tu, lelaki yang Ayleen pernah cerita pada mak Siti. Mak Siti ingat tak?" soal Ayleen.

"Lelaki yang bergaduh dengan kamu tu ke? Yang dekat airport tu?" soal mak Siti inginkan kepastian.

Ayleen laju mengangguk.

"Aik, bukan haritu marah sangat ke dekat dia? Konon kata nak pukul lah, nak hempuk dia lah. Sekarang jatuh hati pula?"

"Itu haritu punya ceritalah mak Siti. Hati manusia boleh berubah-ubah,"

"Gatalnya Ayleen ni. Lelaki tu nak ke dekat Ayleen yang selalu bangun lewat ni? Bukan setakat tengah hari, petang baru bangun," gurau mak Siti. Main kasar eh mak Siti.

"Tak baik la mak Siti ni, support la sikit,"

"Mak Siti tengah support la ni. Teringat pula mak Siti masa kamu cerita kejadian tu pada mak Siti. Kemain kata musuh sampai mati. Sekarang lain pula jadinya, hahah. Kelakarlah kamu ni," terhibur mak Siti dengan perangai Ayleen.

"Yang lepas jangan dikenang. Yang penting mak Siti doakan Ayleen dapat pikat hati mamat tu,"

Mak Siti hanya mengangguk sambil tersenyum dan terus berlalu pergi masuk ke dalam rumah.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now