𝕭𝖆𝖇 𝟒𝟐

1.7K 77 3
                                    

Sudah hampir masuk tiga bulan mereka hidup sebagai suami isteri. Kehidupan mereka tidak ada yang berubah, masih sama. Ayden tetap dengan perangainya. Tak ada yang berubah.

Isterinya yang sednag mengelamun didekati. Entah apa yang sedang difikirkan oleh wanita itu agaknya.

Pap!

Meja itu ditepuk agak kuat membuatkan Ayleen teesedar dari lamunanya. Wajah suaminya ditatap sekejap sebelum menunduk semula.

"Ayleen,"

Dia angkat wajah memandang suaminya yang turut merenungnya.

"Apa?"

"Ikut aku. Aku nak bawa kau dekat satu tempat,"

"Nak pergi mana? Baru pukul tujuh pagi. Malaslah,"

"Bila aku bagi arahan boleh tak kau ikut?"

"Iyalah, bagi saya tukar baju sekejap,"

"Cepat sikit. Aku tak suka menunggu,"

"Tak suka menunggu tak payah ajak orang keluar senang," balas Ayleen sebelum bergerak ke tingkat atas.

"Aku tak pekak lagi tau," lantang suara itu membalas. Ayleen diatas sudah buat muka. Memang sengaja nak bagi kau dengar pun.

Ayleen hanya mengenakan sweater berwarna baby blue dengan palazzo pants. Sama warna dengan baju suaminya.

Suasana dalam kereta sepi tanpa suara mereka. Hanya suara Dj radio menjadi peneman sepanjang perjalanan

"Nak bawa pergi mana?" soal Ayleen memecahkan kesunyian antara mereka.

"Diam boleh tak?"

"Tak boleh diam selagi awak tak beritahu saya,"

"Bila sampai nanti kau tahulah,"

Ayleen mendengus geram. Ayden disebelah sudah tersenyum.

Sampai sahaja mereka di hadapan mansion, Ayden terus keluar dari perut kereta. Berkerut seribu dahi Ayleen selepas melihat tempat yang dibawa oleh suaminya.

"Tempat apa awak bawa saya ni?"

"Diam dan ikut aku," arah lelaki itu..

"Nak buat apa dekat sini? Dahlah buruk macam rumah hantu,"

"Haah, memang rumah hantu. Aku bawa kau ni sebab nak bagi hantu makan kau,"

"Ingat saya takut ke? Hantu? Saya rasa hqntu yang takut dengan saya," balasnya belagak. Dia melangkah mendekati pintu mansion.

Tiba-tiba pintu terbuka dengan sendirinya. Dia yang terkejut terus memeluk tubuh suaminya. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Ehem," deheman itu menyentakkan Ayleen. Terus dilepaskan pelukan pada tubuh Ayden.

"Rasanya tadi ada orang kata dia tak takut. Itu baru sikit,"

Ayleen disebelah sudah menjeling. Dia suka malukan diri sendiri.

"Memang tak takut pun. Terkeju aje,"

Dia terus melangkah masuk meninggalkan Ayden diluar. Terganga terus mulutnya selepas melihat banyak senjata api di dalamnya. Glock 19 disentuhnya.

Ayleen pandang wajah suaminya lama. Meminta penjelasan dari lelaki itu

Ayden yang perasan akan pamdnagan itu terus mendekati isterinya.

"Tak payah fikir bukan bukan pasal aku. Aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau,"

"Macam mana saya boleh tak fikir bukan bukan. Ni senjata api banyak kut,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now