Selesai mereka bersarapan, mereka melangkah ke ruang tamu. Datin Fiera mahu berbual sebentar dengan mereka. Sofa di ruang tamu diduduki mereka.
"Ayden kamu jangan lupa esok kita kena balik Pahang. Ayleen kamu dah kemas barang-barang kamu?" tanya Datin Fiera.
Ayden mengerutkan dahi. Balik Pahang? Kenapa dia tak tahu?
Ayleen menganggukkan kepalanya. Padahal dari semalam, dia tidak pindahkan pakaian yang ada di dalam luggage masuk ke dalam wardrobe. Senang kerja dia.
"Pahang? For what?"
"Nenek Ayleen masih ada kan. Kita pergi melawat dia tiga empat hari. Lagipun, dah lama kita tak balik Pahang, apa salahnya kan? Katanya, ada buat majlis doa selamat,"
Ayden memandang Ayleen yang dari tadi asyik tersenyum. Geram je dia tengok gadis itu. Dia sudshlah tidak boleh melihat gadis itu gembira.
Ada masalah hati.
"Ayden, kamu kenapa? Angau tengok bini sendiri ke? Tak puas lagi ke tengok malam tadi?"
Selepas ditegur, laju Ayden memalingkan wajah ke arah lain. Ayleen pula yang memandang ke arah suaminya.
Dia bangkit dari duduknya lalu melangkah pergi dari situ. Malu kantoi dengan mamanya .
"Ayleen jangan terasa hati dengan sikap anak mama tu. Dia dari dulu memang macam tu, tak pernah berubah. Mama yakin Ayleen boleh tundukkan seorang Ayden Matin. Mama percayakan kamu,"
Ayleen sekadar mengangguk. Tundukkan seorang Aayden Matin? Bukanya mudah.
"Ayleen minta diri dulu, ma. Nak tolong kemaskan apa yang perlu,"
"Pergilah,"
Dia tersenyum nipis sebelum menunduk sedikit tanda hormat dan terus berlalu pergi.
Gadis itu menolak daun pintu bilik mereka. Matanya tertacap pada satu figura yang elok terbaring di atas katil bersama ipad di tangannya.
Ingatkan masuk bilik awal sebab nak kemas pakaian, rupanya sedap landing atas katil. Hampeh
"Tenung apa? Aku tahu aku handsome," tegur Ayden.
Ayleen mula buat muka menyampah. Suaminya ini memang tak habis habis angkat bakul.
"Awak tak kemas baju lagikan, Ayden? Pergilah kemas barang awak. Kalau kemas esok nanti kelam kabut pula,"
"Tolong kemaskan, engkau isteri. Apa gunanya ada isteri tapi tak jalankan tanggungjawab?"
"Saya tak siap kemas lagi barang saya. Awak kemas sendiri, barang awak bukan barang saya,"
"Tak payah menipu, Ayleen. Baju dalam lugguge, kau tak pernah keluarkan lagi dari semalam. Pemalas,"
"Kalau awak rajin sangat, kemaslah sendiri baju awak tu. Cakap orang, padahal dia pun sama je,"
"Aku suami atau kau suami? Aku nak bagi pahala tapi kau lebih memilih untuk dapat dosa. Bagus kau ni, lain dari yang lain. Teruskan,"
"Saya tak tahu awak nak bawa pakaian yang mana. Nanti awak bising pula yang baju ni tak kenalah seluar ni tak kenalah. Awak kan cerewet. Lagi satu takkan saya nak sentuh seluar dalam awak? Tak malu ke?"
"Malu? Benda normal aje pun,"
"Lupa, Ayden Matin mana ada perasaan malu kan? Mungkin normal bagi awak tapi bukan saya. Jadi awak kemas sendiri,"
"Assalamualaikum umi. Umi nak ta-
Iphone ditangan Ayden laju dirampas. Butang merah ditekannya.
YOU ARE READING
[C] Mrs. Ayden Matin
RomanceKarya Pertama ; [New Version; 22/1/2024] 𝗔𝘆𝗱𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶𝗻 × 𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗻𝗮 "Yo también te amo, honey," - Ayden Matin - 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁 ; 𝟭𝟭 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗘𝗻𝗱 ; 𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟯