Hari ini adalah hari dimana Ayleen akan menjadi milik Ayden sepenuhnya. Impian yang Ayleen nanti nantikan dulu. Mimpinya yang dahulunya sekadar angan-angan kini menjadi satu kenyataan.
Ayleen duduk di depan meja solek. Tangan dilekapkan di dada. Ingin menghilangkan debaran di dada.
'Lepas kahwin bahagia ke kami? Sudahlah Ayleen kau kan hanya isteri sementara dia. Lupakan semua angan-angan kau tu Ayleen,' kata Ayleen sendiri.
"Hai Ayleen angau ke? Sukalah tu dah nak kahwin dengan crush dia."
Ayleen yang tadi termenung terkejut selepas disergah oleh Cyra.
"Ishh.. kau ni terkejut aku. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tidak melepas aku. Ni kau datang sorang je ke? Mana Isya?" Ayleen memandang sekeliling bilik mencari keberadaan kawannya seorang.
"Dia on the way, katanya terus ke masjid. Cantiknya kawan aku pakai tudung."
"Ayleen kamu dah siap ke belum? Lambat pula nanti sampai ke masjid," tegur Puan Aylina.
Akad nikah akan diadakan di masjid berdekatan pada pukul 9 pagi.
"Sudah umi, kejap lagi Ayleen keluar ye," Dia bangkit dari bangku, nafas ditarik sedalam dalamnya dan hembus perlahan. Dia nervous.
Cyra membantu Ayleen turun dengan berhati-hati. Kereta milik keluarga Ayleen ditujunya. Pintu kereta penumpang di bahagian belakang dibuka, dia terus masuk ke dalam perut kereta.
Mengambil masa lebih kurang 15 minit, untuk sampai di masjid. Mereka terus melangkah memasuki masjid.
Tidak lama kemudian, pengantin lelaki pun sampai di masjid. Pengantin lelaki terus melangkah duduk di hadapan wali hakim.
Mereka memilih untuk memakai baju berwarna putih untuk majlis akad nikah. Warna yang cantik dan bersih. Sesuai dengan kulit mereka.
Majlis akad dimulakan dengan khutbah nikah. Sebelum memulakan lafaz akad nikah, imam akan membuat khutbah nikah. Imam atau lebih mudah dikenali iaitu tok kadi, kebiasannya membuat khutbah nikah berkaitan dengan bab perkahwinan, hukum hakam, tanggungjawab suami isteri, nafkah, cerai, rujuk dan taklik dan sebagainya. Khutbah nikah jugak akan dibaca di hadapan pasangan mempelai bersama-sama dengan beberapa orang saksi dan ahli keluarga.
Selesai khutbah nikah, mereka teruskan dengan lafaz akad nikah.
"Bismillahirrahmanirrahim."
"Aku terima nikahnya Ayleen Medina binti Faris dengan mas kahwinnya sembilan ratus ringgit tunai,"
"Sah?" soal encik Faris kepada saksi-saksi yang ada.
"Sah... Sah... Sah..." balas tiga orang saksi disitu.
"Alhamdulillah," ucap encik Faris. Tangan diangkat lalu doa dibaca.
Dengan hanya sekali lafaz, Ayleen Medina Faris sudah menjadi hak miliknya sepenuhnya. Air mata yang jatuh laju dia lap menggunakan tisu, tidak mahu merosakkan make up di wajahnya.
Seterusnya, encik Faris meminta pengantin lelaki untuk membaca taklik.
Ayden sudah meminta izin untuk menunaikan solat sunat selepas nikah sebelum melakukan agenda seterusnya.
Setelah itu, Ayden mengatur langkah ke arah Ayleen bagi upacara pembatalan air sembahyang. Dia duduk di hadapan gadis yang sudah sah menjadi isterinya.
"Bismillahirrahmanirrahim," ucap Ayden perlahan.
Ayden mengambil cincin yang ada pada mak mertuannya, Puan Aylina. Cincin emas bertakhta berlian disarung pada jari manis milik Ayleen. Ayleen juga membuat perkara yang sama seperti Ayden lakukan padanya.
YOU ARE READING
[C] Mrs. Ayden Matin
RomanceKarya Pertama ; [New Version; 22/1/2024] 𝗔𝘆𝗱𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶𝗻 × 𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗻𝗮 "Yo también te amo, honey," - Ayden Matin - 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁 ; 𝟭𝟭 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗘𝗻𝗱 ; 𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟯