𝕭𝖆𝖇 𝟔𝟕

1.9K 48 1
                                    

Setahun Kemudian...


Langkah dibawa menuju ke bendang berhampiran rumah. Sudah lama tidak menetap di kampung.

"Kenapa bawa saya datang sini?"

"Saja, tenangkan fikiran. Awak seronok duduk sini?"

"Tak," balasnya cukup ringkas. Zharif terdiam.

"Kau tak suka duduk kampung? Tak biasa?"

"Kalau semuanya berkaitan dengan awak semua jadi tak seronok,"

"Masih marahkan saya?"

Isya diam. Dia sendiri pun tak ada jawapan untuk soalan itu.

"Kalau masih marahkan saya kenapa awak ikut saya balik kampung? Awak masih sukakan saya ye?"

"Tak payah perasan. Bukan awak yang ugut saya? Kalau ikutkan hati memang taknak jejak dekat sini langsung," langkah dihayun mahu pulang ke rumah keluarga Zharif semula.

"Mana Zharif? Tadi bukan dia ke bendang dengan kamu sekali?"

"Ada dekat luar. Kenapa?"


"Dia tak makan dari pagi. Suruh dia masuk kita makan sekali,"

Tanpa banyak kata Isya melangkah keluar  mencari susuk Zharif. Nampak sahaja tubuh Zharif, dia mula bawa langkah mendekati sebelum langkahnya terhenti di pertengahan jalan.

"Abang Zharif?! Bila abang balik sini? Balik tak bagitahu Hana pun," ujar gadis itu dengan suara manja.

"Hana buat apa datang kemari? Nak jumpa dengan bonda ke?"

"Ini Hana ada bawa lauk kesukaan abang. Tak sangka pula abang balik, rezeki abang dapat merasa air tangan Hana," dihulur bekas berisi lauk daging masak hitam didalamnya.

Isya perhati tingkah dua manusia dihadapannya itu. Naik menyampah pula dia lihat gadis itu. Zharif pun satu, tak nampak ke dia tercangak dekat depan dia?

"Eh, Isya. Kenapa berdiri dekat situ?"

Isya hadiahkan jelingan buat si jejaka. Langkah dibawa masuk ke rumah semula.

"Bonda dengar macam ada suara perempuan tadi. Ada orang datang ke? Siapa?"

"Entah, dengar tadi dia sebut macam Hanat, eh Hana," berkerut seribu dahi puan Zaitun. Dia salah dengar ke?

"Mana dia? Zharif?"


"Zharif dekat luar tengah berbual den—

"Ini bonda Hana hantar tadi," ujarnya sambil menghulur bekas itu pada puan Zaitun.

"Kamu nak makan? Dari pagi tak makan kan?"

Zharif mengangguk, dilabuhkan punggu di atas kerusi. Nasi yang dicedok bonda diambil.

Bengang pula Isya lihat Zharif yang nampak begitu berselera menjamah makanan yang dimasak Hana itu.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now