"Apa kata sebelum aku hantar kau balik, kita lepak dulu, nak tak?" cadang Isya.
"Aku taknak, tak ada mood nak lepak. Aku nak balik," balas Ayleen malas.
"Aloh, tak syok lah macam ni," ujar Isya pasrah.
"Ada masa nanti kita lepaklah. Aku memang nak balik je sekarang ni. Kalau kau nak lepak juga ajak Cyra,"
"Iyalah. Malas aku ajak dia. Asyik mengadap muka dia je. Dekat rumah muka dia takkan lepak pun muka dia. Baik aku duduk rumah," kereta Bmw milik Isya mula menyelusuri jalan raya. Orang dah taknak takkan nak paksa pula kan?
"Kau nak kata yang kau bosan lah ni? Sampai hati kau,"
"Tak cakap bosan tapi memang bosan. Sepanjang hari hadap muka kau,"
"Apa kau ingat aku tak bosan mengadap muka kau?" soalnya bengang.
"Korang kalau nak gaduh jangan dekat sini. Serabut dengar korang bergaduh,"
"Baru balik tak sampai separuh hari, serabut dah? Kau macam tak biasa,"
"Memang tak biasa. Sebab dah lama tak mengadap muka kau. Dulu rasa lega sekarang rasa macam nak marah pula,"
"Amboi mulut, kau jangan sampai aku tinggalkan kau dekat sini. Kau nak?"
"Buat kalau kau nak kena penampar aku. Cepat sikit bawa aku tak sabar nak balik ni," arahnya.
"Eh, dia arah kita pula. Ingat kita ni driver dia agaknya,"
"Diam dan fokus memandu, Isya," arahnya dengan suara datar. Malas mahu bergaduh lagi.
******
Sampai saja di hadapan rumah keluarga Ayleen, laju sahaja dia menapak masuk ke dalam rumah. Tanpa sempat dua rakannya menahannya. Mereka mahu pulang terus.Ayleen yang dari luar ternampak Puan Aylina berada di dapur, terus sahaja dia berlari ke arah Puan Aylina. Mahu melepaskan rindu.
"Umi!! Rindunya!!!" Ayleen memeluk Puan Aylina dari arah belakang.
"Ya allah, anak bertuah ni terkejut umi. Nasib baiklah umi tak ada sakit jantung. Kalau tidak, mati dah umi dekat sini." ujar Puan Aylina sambil mengusap dadanya.
"Apa umi ni cakap macam tu," balas Ayleen dalam keadaan sedih.
"Ni kamu bila balik sini? Tak bagitau umi pun nak balik, bertuah punya budak." Puan Aylina memukul bahu anaknya perlahan.
"Aduh, sakit lah umi. Ayleen saja nak surprisekan umi. Hehehe. Surprise tak?"
"Surprise sangat," balas Puan Aylina dengan jelingan.
"Umi ni tak payah lah marah-marah, nanti cepat tua tau. Ayleen dah bagitahu umi minggu lepas yang Ayleen nak balik, ini umi yang lupa agaknya." ujar Ayleen sengaja buat-buat sedih.
"Umi memang dah tua. Jadi tak ada masalah kalau nak marah kamu. Yelah agaknya, umi lupa. Orang tua kan."
"Umi ni asyik nak cari gaduh je dengan Ayleen. Ayleen agak dah mesti umi lupa."
"Biasalah dah berumur. Kamu nanti dah tua pun sama je macam umi,"
"Umi jangan samakan Ayleen dengan umi. Walid mana ni umi? Ayleen tak nampak pun," matanya melilau mencari keberadaan encik Faris.
"Walid macam biasalah dekat office dia. Sekarang waktu kerja,"
"Alah, lambat lagi ke walid nak balik? Ayleen rindu sangat dah ni dekat walid,"
![](https://img.wattpad.com/cover/323973428-288-k751344.jpg)
YOU ARE READING
[C] Mrs. Ayden Matin
RomanceKarya Pertama ; [New Version; 22/1/2024] 𝗔𝘆𝗱𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗶𝗻 × 𝗔𝘆𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗻𝗮 "Yo también te amo, honey," - Ayden Matin - 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁 ; 𝟭𝟭 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗘𝗻𝗱 ; 𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟯