Bab 24

400 28 8
                                    

"Thank you bawa makanan. Kau dah makan ke?" soal aku yang sedang menjamah nasi dan lauk ayam kari itu. Not a fan of kari, tapi okay lah untuk lapik perut.

"Dah tadi." Yura menjawab.

"Dengan siapa?" soalku lagi.

"Sorang je." jawabnya.

"Lahhh sorry tak boleh teman." aku pula rasa serba salah.

"Takpelah, kak Jiah kan tak larat." balasnya pula.

"Kau outing dengan siapa esok? Jom sekali" random question lagi. Mulut aku ni selalu la lagi laju daripada otak.

"Seriously kak Jiah ajak saya?" Yura nampak teruja.

Damn, lain macam excited budak ni. Aku tiba-tiba teringat conversation kitorang malam tu.

'... Tapi saya suka akak'

Fuhh nak tarik balik offer tadi macam tak boleh pula. Tak sampai hati nak tengok dia kecewa. Mungkin, aku akan buat ini yang terakhir.

"Engkau tak sudi tak apa." balasku acuh tak acuh. Mengharapkan dia sebenarnya dah ada plan sendiri. Biasanya budak form 1 baru ni dorang akan keluar dengan parents. Yela nak outing sendiri macam tak familiar lagi kan dengan kawasan sini.

"Sudi sudi. Apa pula tak sudi. Kak Jiah biasa pergi mana? Saya okay je mana-mana. Tapi..." percakapan Yura seakan terhenti.

"Tapi apa?" soalku laju memotong lamunannya.

"Tapi jangan lah ramai-ramai. Segan lah saya. Kita berdua je pun okay." sambungnya pula.

Ohhhh... What a good move dik. Cakaplah nak date!

Tapi wait, aku terlupa sepanjang aku masuk sini, aku mana pernah outing sorang lagi. Biasa outing dengan geng senior last year, and paling latest keluar dengan cikgu Syafiza.

So, aku mana tahu nak pergi mana? I mean how to book transport yada yada. Aku noob siot. Biasa orang lain yang manage. Tapi aku familiar sikit la kalau nak pergi aeon. Cliche place. Nak pergi Ipoh? Damn, not a good idea. Aku dah trauma.

"Aeon jelah kot paling senang." balasku acuh tak acuh. Masih mengharapkan dia withdraw ajakan aku.

Satu lagi benda aku lupa, aku kena inform cikgu Syafiza pula. Aduhh dah la hari ni konon tak larat, tiber esok nak keluar date. Memang kena dengar dia bebel dulu la jawabnya.

"Okay lah. Aeon pun okay. Cuma kalau mall jauh sikit, tak ada lah terjumpa yang lain kan?" jawab Yura pula. Macam ada maksud tersirat sikit. Seram pula aku. Dia nak buat apa dengan aku ni sampaikan perlukan privasi.

"Faham..." itu je mampu aku jawab. Kepala aku sumpah penuh dengan pelbagai kemungkinan. Aku kini dah berhenti makan. Tiba-tiba rasa tak lalu.

"So pergi naik apa eh?" soalnya pula.

"Ha itu yang masalah sekarang ni. I dont know to go there. Sebab macam tahun lepas, biasa keluar dengan senior je. Tak tahu langsung prosedur macam mana." aku cuba jujur. Atau lebih tepat, aku memberi alasan untuk tidak meneruskan planning ini.

"Its okay la. Saya call kakak saya, then I will let you know later. Maybe after isyak japgi?" katanya.

Ah budak ni nampak komited sangat ni. Confirm tak boleh tukar plan. Layankan jelah. Aku janji ni last aku ajak dia keluar.

"Okay good. Cuma jangan mention nama aku la." aku sempat memesan. Bukan aku tak kenal kak Dila tu, nampak je nerd, tapi bila dia tak suka, personaliti dia auto berubah 360 mat. Seram aku. Buatnya dia suruh Husna sabotage aku macam-macam, lama-lama koyak la gak asyik aku je kena.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now