Bab 63

755 36 12
                                    

Kami ambil masa dalam 15 minit juga nak sampai klinik yang paling terdekat. Sebab sini pekan kecil, memang susah nak jumpa klink 24 jam. Jadi terpaksa pergi ke bandar untuk cari klinik yang masih beroperasi.

Sampai sahaja di klinik, Haiza turun bersama cikgu Wani manakala aku diminta untuk tunggu dalam kereta. Sebenarnya cikgu Syafiza yang beria tahan aku. 

"Tahulah rindu. Jangan obvious sangat." sempat aku perli dia selepas cikgu Wani dan Haiza keluar. Aku duduk bahagian tempat duduk penumpang di belakang, jadi berani lah  nak bersuara. Kalau dekat depan, memang auto kena physical attack.

Oh ya, cakap pasal ni, aku baru sedar yang love language cikgu Syafiza bukanlah physical touch, tapi physical attack. Haihh redha jelah, nak buat macam mana.

"Kenapa tak bagitahu you actually involved dengan camp ni?" aku menyoal seraya kereta berjaya masuk dalam kotak parkir.

"Saya baru je dapat arahan ni siang tadi." cikgu Syafiza menjawab.

"Ouhhh kira cikgu Wan tak dapat datang la ni? Bagus-bagus." balas aku pula.

"Apa yang bagus?" dia menyoal pula. Alahai, iya kan jelah. Benda ni bukan untuk dipersoalkan.

"Tak ada pun." balas aku. Malas nak interpret perasaan aku yang happy sebab tak payah dengar cikgu Wan bebel esok. Aku yakin dia akan bagi amanat masa hujung camp nanti. Biasalah, nama pun kem pemantapan sahsiah.

"Dah makan ke?" soalan random keluar dari mulut aku.

Dia pandang aku pelik.

"Aduhh tanya pun tak boleh." aku merungut.

Cikgu Syafiza ni memang gitu. Bila keluar soalan lazim macam tu, dia akan ingat aku ada udang di sebalik batu. Padahal aku just tak  nak situation jadi awkward je.

"Jom hospital." cikgu Wani tiba-tiba muncul.

"Doktor advise untuk ambil injection terus tapi sini tak ada. So dia buat referal letter ke hospital besar." kata cikgu Wani lagi sebelum sempat ditanya.

Cikgu Syafiza cuma mengangguk kemudian bergerak ke destinasi seterusnya. 

Selepas sampai, sekali lagi aku berdua dengan cikgu Syafiza dalam kereta. Kami parkir agak jauh sebab itu sahaja ruang parkir yang kosong. Dan disebabkan proses yang agak lama, aku dan cikgu Syafiza ambik keputusan untuk turun dari kereta dan tunggu di luar. Kami duduk di kawasan bertangga yang berjauhan sedikit dari bangunan hospital. Privacy sikit.

Kami ambil tempat di bahagian tembok tepi bukit. Walaupun view dia agak tak menarik pun, tapi rasa tenang betul dibuai angin malam yang menderu ni.

"Macam mana dia boleh jadi macam tu? You did something huh?" soalnya tiba-tiba.

"Hey not me. Maybe sebab checkpoint lumpur tu kot. Haiza kata dia allergy." aku menjawab.

"Lumpur? Mandi lumpur or what?" dia seakan terkejut.

"More than that. Kena rendam whole body." balas aku pula. Since memang dia pun baru sampai, dan tak tahu-menahu aktiviti kitorang, jadi aku cerita lah serba-sedikit apa yang berlaku.

"Serius lah? Bahaya tu. Bukan semua orang okay dengan certain liquid. Entah air apa pun kita tak tahu." dia memberi respon.

"So awak okay tak? Any rashes?" kali ni dia sudah membelek-belek muka dan tangan aku. Ni kalau bukan dekat public, badan aku pun dia dah check kot.

"So far okay je." balas aku  pula sambil tersengih. Rasa terhibur dengan kekalutan dia di samping happy sebab nampak dia prihatin dekat aku.

"Wait Damia..." panggilnya. Aku dah cuak. 

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now