Bab 27

434 29 14
                                    

"Fuh story ah. Kau memang tak cukup satu eh?" Aida menyerang aku sebelum sempat aku melabuhkan punggung ke atas katil. Amalinda yang berada di sebelah katil aku turut sama menyibuk.

"Apa yang tak cukup satu ni?" Amalinda mula menyibuk.

"Bongok lah kau ni!" aku tampar bahu Aida kuat. Aku kata dah jangan mention benda-benda gini.

"Jambu ek? Hari tu bukan main tak nak mengaku." Amalinda mengusik.

"Apa pula jambu-jambu ni. Tak kuasa aku." jawab aku masih cuba untuk berselindung. 

Berselindung? So dia jambu aku ke? Tak la. Kami takda official declaration pun. Dia pun takda pula request jadi jambu aku. So we are friend? Entahlah, aku pun confuse.

Tapi bersyukur juga dia lupa pasal 'tak cukup satu' tu.

"Kau kalau ada ada jambu, bagitahu je. Tak ada lah orang lain rembat jambu kau nanti." pesan Aida.

"Kenapa? Kau nak ke?" soal aku.

"Malas aku." Aida tarik muka dan kembali ke katilnya.

Aku dan Amalinda bantai ketawa. Kitorang faham sangat Aida ni memang jenis tak berkenan ada jambu. Even dengan junior pun dia tak mesra. Senang cerita dia ni selective gak la berkawan. Kau akan nampak dia ni mingle around classmates and dormmates. Pastu geng Diana semua tu.

Tak lama lepas tu aku bergerak ke bilik air untuk mandi. Sebabkan aku balik daripada outing tadi pun dah lambat, jadi masa untuk aku bersiap agak limited. Kena turun awal sebab malam ni ada prep malam.

Malam itu macam biasa, nama aku kena announce lepas solat isyak. Kena pergi lounge, jumpa Husna. Dua kes ya kali ni. Satu sebab balik outing lambat, lagi satu tak ada masa Al-Mulk semalam.

Dan macam biasa lagi, kena dengar Husna membebel dulu 30 minit sambil dia attack dengan pelbagai soalan yang aku kadang tak sure perlu jawab atau tak. Dah la muka aku ni memang blacklisted, kalau aku jawab salah nanti jadi kes lain pula. Jadi kebanyakan masa aku angguk jelah sampai habis masa prep. Sukahati je dia ni guna waktu prep aku tanpa izin. Nasib la takda homework penting sangat.

"Jiah, cikgu Syafiza panggil kau. Kat sana." kata Husna sambil menunjukkan ke arah belakang lounge.

Aku balas dengan muka menyampah. Apa lagi la nak kena libatkan aku dengan issue ni. Ni mesti Husna report dengan cikgu Syafiza sebab aku langgar dua peraturan.

"Ya?" tegur aku apabila sampai di meja belakang lounge. Aku berpeluk tubuh tanda takda mood. Jumpa dekat public ni aku terpaksa behave.

"Macam mana semalam? Aida cakap apa?" soalnya perlahan. Muka masih serius melihat beberapa helai kertas di hadapannya.

Aku tanpa sedar melepaskan nafas lega. Pasal ni rupanya. Ingatkan dia nak marah sebab aku belum berubah.

"Takda cakap apa. Dia tak nak tahu apa-apa. Dia just suruh saya balik dorm sebab Husna cari malam semalam. Sebab tu dia datang cari semalam." jelas aku. Cikgu Syafiza menggangguk sahaja.

"Pasal kita?" soalnya pula.

"Dia tahu gitu jelah." jawab aku.

"Panggil dia jumpa saya." arah cikgu Syafiza.

"Ala kenapa pula? Tak payah la." aku cuba mematahkan cubaan dia sekali lagi melibatkan Aida. Dah elok-elok budak tu diam, kenapa sibuk nak panggil pula?

"Ada benda saya nak cakap. Panggil je. Sekarang." katanya tegas.

"So saya nak kena ada sekali ke?" tanyaku inginkan kepastian.

"Tak payah. Balik terus dorm." katanya pula.

Dorm? So aku tak boleh datang bilik dia dah?

"Pasal yang Husna inform saya, pergi mana je sampai lambat balik?" soalnya pula.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now