Bab 57

570 38 5
                                    

-Cikgu Syafiza's POV-

Ahh telefon bunyi pula. Janganlah ada adhoc job. Banyak kerja tak settle lagi ni.

"Hello?" ucapku selepas menjawab panggilan tersebut. Wani call.

"Fiza. Aku nak pergi klinik ni. Ada budak injured. Kau jaga bilik warden jap." kata Wani. Bunyi macam cemas. Nampaklah terpaksa lah aku tinggalkan kerja sekejap. Biasa kalau malam banyak report nak kena fill up. Sekarang pun dah pukul 10 lebih.

"Klinik? Okay nanti aku cover." balasku. No choice.

"Eh kau ada nampak Damia Nazihah tak? Aku ingat nak bawa dia sekali ni." kata Wani pula.

"Ha Damia? Dia sakit juga ke?" aku dah pelik. Damia yang dari tadi depan aku ni aku pandang. Nampak sihat walafiat je ni.

"Bukan. Dia ada sekali dengan budak injured ni petang tadi. Masturah. Budak house dia juga rasanya. Petang tadi aku jumpa dorang dekat sick bay, tapi dah lepas timing pergi klinik. Malam ni baru budak tu minta bawa pergi klinik sebab sakit sangat katanya. Nampak teruk juga lah kalau tengok gaya dia berjalan." jelas Wani panjang lebar.

"Ouh bawa jelah sekali. Nak aku panggil ke?" soal aku.

"Tu aku tanya ni. Kot-kot kau boleh cari dia segera. Sebab budak ni kata dah cari kat dorm tak ada, itu yang dia minta kawan dia bawa jumpa aku." kata Wani lagi.

"Dia tak ada dekat dorm?" aku pura-pura menyoal. Tak nak nampak sangat Damia sebenarnya ada dengan aku.

"Ya. Kau boleh tolong tak cari dia cepat. Kalau dia ada, senang aku nak bawa jumpa doktor." pinta Wani pula.

"Sekarang ke?" aku menyoal lagi.

"Iya." balasnya.

"Okay-okay, kejap aku turun." kata aku sambil shut down komputer riba di depan aku

"Bye..."

"Kenapa dengan Yura?" laju aku menyoal Damia.

"Kenapa apa?" soalnya pula.

Aku jadi geram. Dia macam sembunyikan sesuatu tapi masih pura-pura tak tahu.

"Kenapa pula Yura boleh injured and why it's involving you? And macam mana cikgu Wani boleh tahu dulu?" aku menyoal lagi untuk mengetahui kebenaran.

Sebelum-sebelum ni aku ingat dia just ada kerja regarding house je dengan Yura, so aku malas masuk campur sangat. Dan ada juga sesekali aku jenguk, nampak biasa sahaja. Habis tugasan, dua-dua balik kelas masing-masing. Tak ada apa yang mencurigakan. Malam-malam pun habis sahaja prep malam, Damia memang terus datang jumpa aku. Kecuali ada hari-hari yang mungkin dia perlu join meeting house atau small discussion dia.

Ke selama ni dorang memang jumpa belakang-belakang?

"Dah lah. Tak payah jawab. Pergi duduk dekat lounge sekarang." aku lantas mengarah.

Kaki aku laju pergi ke dorm 4 dan pesan sesuatu kepada Aida. Kemudian, aku turun ke bawah blok dan terus ke bilik warden. Sesampainya aku di sana, ada Masturah di sofa dan Wani di bahagian belakang. Nampak kelam-kabut mencari fail.

"Weh mana fail emergency case?" Wani menyoal selepas nampak aku masuk.

Aku lantas masuk dan bantu Wani cari dokumen yang diperlukan. Kes-kes macam ni memang perlu isi borang khas dan buat laporan nanti. Sebagai bukti hitam putih.

"Klinik mana kau nak pergi ni?" soal aku.

"Tak tahu lagi. Kena cari." Wani menjawab.

"Pergi hospital je terus. Kerajaan. Senang sikit." kata aku.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now