BAB 29

529 29 16
                                    

[Cikgu Syafiza's POV]

"Haihhh, macam mana Aida pula boleh tiba-tiba datang ni" aku mengeluh sesudah Damia keluar.

Aku tak nak lah dia fikir bukan-bukan. Tapi better aku diam dulu, tengok apa respon dia dulu.

Tiba-tiba pintu bilik sekali lagi diketuk. Aku terkejut lantas tangan laju mencapai tudung. Trauma betul kalau tiba-tiba seseorang menjenguk ke dalam. Jangan kata Damia bawa Aida datang sini pula.

"Ouhh Husna. Ada apa?" soal aku seraya melihat Husna di hadapan pintu.

"Cikgu, ada nama-nama yang tak ada dekat dorm. Nak saya cari ke?" soalnya.

Haish. Husna ni bagus dah sebab dia buat kerja dia, tapi kalau selalu sangat ni susah juga. 

"Tak apa, simpan nama tu, esok malam baru panggil. Sekali dengan kalau ada student langgar peraturan outing." balasku pula. Bukan malas nak kumpul semua pelajar untuk roll call, tapi memikirkan Damia dengan Aida entah ke mana. Risau ada orang lain dengar perbincangan mereka.

Balik sahaja Husna, aku masuk semula ke dalam bilik dan tunggu Damia balik. Hampir 30 minit juga aku tunggu sebelum aku ambil keputusan untuk tidur. Sengaja aku biarkan pintu tidak berkunci dan lampu terbuka kalau-kalau Damia balik lewat.

Esoknya aku jumpa semula dengan Damia. Budak manja ni kan, entahlah berapa kali nak pesan, ada je benda bukan-bukan dia buat. Tak ada dekat dorm tu aku boleh maafkan lagi sebab dia datang bilik aku je pun, tapi sampai balik outing lewat ni aku kena say something la juga. Dah la keluar dengan orang lain.

"Damia, balik dorm?" soal aku seraya Aida duduk di hadapan aku.

Sebabkan Damia punya respon pasal isu semalam agak tak memberangsangkan, jadi aku nak tanya Aida sendiri. Aku nak make sure dia tak ada wrong understanding towards kitorang.

"Damia? Dia kat luar sana. Dengan budak form 1 rasanya." balas Aida pula.

Aku terkedu, tersentak, segala ter la. Tak cukup lagi ke outing tadi Damia?

Aku dah tak keruan, rasa macam nak keluar dan confront depan mereka. Tapi tak boleh, sangat tak profesional. Lagipun ada Aida. Aku kena berlagak biasa.

"Damia cakap apa semalam?" soal aku. 

"Cakap macam tu jelah. Like you guys rapat. Dia selalu lepak sana. yada yada" balasnya.

Haish, sama je macam budak Damia tu. Jawapan atas pagar. Aku rasa budak form 5 ni kena diajar cara jawab soalan dengan matang dan mengikut kehendak soalan. 

Tapi apa-apa jelah, aku malas nak ambil port sangat dah pasal semalam. Benda pun dah jadi. Sekarang aku tak boleh duduk diam sebab Damia dekat luar tu sedang berdua-duaan dengan perempuan lain. Ah cannot brain.

"Awak tahu dia pergi mana semalam?" soal aku. Saja nak ubah topik supaya aku boleh bawa masuk Damia dalam perbincangan.

"Semalam? Sabtu?" soal Aida pula.

Aku cuma mengannguk.

"Dia duduk dorm je rasanya. Sebab petang dia ada training kan?" jawab Aida pula.

"Mana saya tahu. Awak ketua dorm, awak patut tahu dulu daripada saya." kata aku pula.

"Oh. Err saya tak ada lah tahu semua benda cikgu." katanya lagi.

"Pergi panggil dia sekarang!" arah aku tegas. Saja aku nak ajak bincang dengan Damia sekali. Dalam masa yang sama agak lega juga sebab dapat berhentikan pertemuaan sumbang mereka. Eh?

Dia minta izin nak outing sendiri semalam pun dah buat hati aku luluh, inikan pula kalau aku nak pergi tengok mereka bermesra depan mata aku. Aku yang awalnya cadang nak belanja dia makan masa outing tadi terpaksa batalkan. 

"Dari mana?" aku terus tembak dengan soalan yang aku dah tahu jawapan.

"Dari sana." jawabnya sambil tunjuk ke arah court.

Nasib baik dia jujur, tenang la sikit. Sekurang-kurangnya dia still boleh cerita kan? Tapi aku banyak point kesalahan dia la malam tu. Sebab dia keluar tanpa pengetahuan. Even keluar sekolah pun dah salah, ni bila tak inform siapa-siapa, aku mestilah risau. Buatnya mak dia datang cari dia, aku nak jawab apa? Hm. Macam-macam la perangai dia ni.

Pastu tak habis berdebat dekat lounge, sambung pula dekat bilik warden. Tapi kali ni aku pula yang rasa serba salah, sebab tiba-tiba libatkan Aida pula. Tapi tak apa, dah settle dah. Malam pun dia datang bilik macam biasa, even diakhiri dengan benda tak best sikit.

Ahh aku bukan apa, aku bukan jealous pun dengan si Izzah tu, tapi kenapa dia mesra-mesra macam tu? Takkan dia tak jaga hati aku sikit pun? Dah la tadi dia duduk berdua dengan orang lain yang aku tak pasti status mereka, and then dia mesra dengan Izzah through phone pula.

Haih la Damia. Kenapa macam ni eh?

Siapa budak tu entah. Aku tak nak syak bukan-bukan. Aku pun kalau boleh tak nak control dia. Tapi kalau aku diam, dia tak akan tahu hati aku sakit tengok dia dengan orang lain. Patut ke aku jujur?

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now