Bab 33

415 27 6
                                    

Habis je kelas kimia cikgu Wani, aku terus gerak ke dewan untuk jumpa dengan kak Izzah dan lain-lain. Kelas memang tak ada cikgu after pukul 9 pagi, sebab nak uruskan majlis di dewan. AJK bertugas memang wajib di sana dan pelajar lain aktiviti bebas. 

Actually memang dibenarkan pergi raikan since dah habis exam kan, and best apa dapat rasa suasana macam tu, bolehlah ambil aura sikit. Tapi batch aku kan tak ngam dengan senior atas, jadi kebanyakan form 5 memang duduk dalam kelas je.

"Dah start ke?" soal aku pada AJK yang menjaga di luar dewan. Rata-rata mereka adalah pengawas tingkatan 4. Mereka hanya menggeleng.

Aku dari jauh hanya memerhati sahaja. Malas nak ganggu batch dorang reunion. Dan ada parents sekali, jadi kena behave sikit la.

"Eh Jiah, asal tak masuk? Semua ada tu." kak Syu yang entah dari mana tiba-tiba datang menegur.

"Takpelah, Jiah tunggu dekat luar dulu. Petang ni jadi kan?" soal aku.

"Jadi-jadi. Piqa dengan Izzah stay sampai esok." balas kak Syu pula.

Aku cuma mengangguk dan membiarkan kak Syu masuk semula ke dalam dewan. Tak lama lepas tu, majlis pun bermula. Dapat juga aku rasa debaran yang ada. Pelbagai jenis air mata ada. Air mata gembira. Air mata teruja. Tak lupa juga air mata kecewa. 

Tahun ni ramai juga dapat straigh A's. Ada 40 orang keseluruhannya. Semestinya kak Syu salah seorang calonnya. Dari jauh aku tengok dia naik pentas, fuh nak mengalir juga air mata ni. Sebab aku nampak macam mana struggle dia dulu. Kak Piqa dengan kak Izzah pula masing-masing dapat 8A manakala kak Sha pula dapat 7A. Apa pun keputusan, semuanya mantap belaka.

"Thank you do Jiah datang." kak Izzah selepas majlis dah bersurai. Parents mereka pun dah balik.

"Hek eleh macam jauh pula. Datang dewan je pun." balas aku sarkastik.

"So celebration jadi?" soalku pula.

"Of courseee... Aku booking table dah la. Movie pun dah beli ticket. Jom lah. Tapi si Sha kena gerak awal pula. Kau ada sesapa nak bawa tak untuk ganti?" soal kak Izzah pula.

"Bawa eh?" aku berfikir.

Nak ajak Aida memang kirim salam lah dia nak ikut. Lagi-lagi dengan senior. Kak Sha pula tak ada. Dah la dia pernah ada kes dengan aku dulu. Form 5 lain pun maybe out from the list kecuali Suraya? Tapi dia budak baik la, mesti tak setuju. So aku kena ajak someone yang tak ada kena mengena dengan dorang.

"Junior boleh ke?" soal aku.

"Tapi dia adik kak Dila." sambung aku lagi.

"Kisah pula aku adik siapa." jawab Kak Izzah.

"Okay nanti Jiah ajak dia. Korang gi la DM dulu. Katanya ada jamuan." kata aku.

"Jap. Betul ni cikgu Syafiza dah tahu?" soal kak Piqa pula.

Aku cuma menggangguk kemudian meninggalkan mereka. Ah tipu sunat. Kak Piqa pun tak soal banyak since dia tahu aku pun sebelum ni banyak keluar sekolah dengan kakak dia tu.

Kami sebenarnya plan nak keluar pukul 3pm, masa prep petang. Aku berani decide benda ni sebab aku tahu cikgu banyak tak ada petang ni sebab uruskan something dekat PPD. Training futsal pun cancel sebab cikgu Syafiza sendiri pun pergi kursus sehari dekat luar dan coach juga tak ada sebab ambil result anak dia dekat asrama. 

Aku lantas terus ke kelas tingkatan 1 untuk mendapatkan Yura. Even aku tak tahu dia kelas mana, tapi aku redah jelah.

"Farisha, tahu tak Masturah kelas mana?" soal aku semasa terserempak dengan budak dorm aku.

"Tu." tunjuknya ke arah kelas di hadapan aku.

"Okay thank you." kata aku kemudian terus masuk ke dalam kelas tersebut memandangkan kelas itu tiada cikgu.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now