Bab 20

413 24 2
                                    

"- Nama-nama ni jumpa saya dekat belakang sana. Fatin Haziqah dorm 1, Suhaina dorm 3, Nuriyah dorm 2, Ros dorm 2 dan Damia Nazihah dorm 4"

Ah ni yang malas ni.

Aku kembali masuk ke dalam lounge. Memandangkan manusia masih ramai berkerumun di pelbagai ruang lounge dan Husna pun tiba-tiba pergi sembang dengan geng hicom dia, jadi aku ambil keputusan untuk duduk dulu.

Aku masih kaku berpeluk tubuh di tepi almari itu. Sesudah ruang lounge itu semakin kosong, baru aku angkat punggung dan berdiri. Aku kemudian membuat sedikit regangan kerana sudah lenguh. Termasuk perjumpaan tadi, sudah lebih dua jam aku duduk.

"Cepat sikit oi..." jerit Husna yang sudah sedia berada di ruang belajar bahagian belakang. Aku menjeling. Dari jauh aku turut lihat Suhaina yang baru masuk semula ke dalam lounge. Mungkin tadi dia betul-betul pergi tanya Cuna kot kenapa dia nak pindah.

"Aku dapat nama korang daripada exco disiplin masa dorang rounding al-Mulk semalam. Korang pergi mana tak ada dekat dorm?" soalnya tegas.

Ah sudah! Dah kenapa pula ada rounding malam-malam ni. Aku hanya berdiam diri sahaja. No comment.

Malam tadi lepas habis prep dekat bilik cikgu Syafiza, aku terus stay sana sampai pagi. Sempat lah marathon 3 episod kdrama sorang-sorang sebab cikgu Syafiza tiba-tiba kena turun untuk slot penutupan. Tapi tak seindah begitu je ya, before dapat tengok kdrama tu aku kena siapkan dulu denda 100 ground tissue aku tu. Ingatan kuat betul cikgu Syafiza ni. Baru ingat aku terlepas daripada lenguh tangan.

Belum masuk kena dengar nasihat menggunung dia lagi. Biasalah, pasal study. Sejak-sejak kantoi tak ingat ground tissue tu, memang dia banyak bagi aku pop quiz. Pastu dia nampak lah tu prestasi aku cam menurun sikit. Normal lah kan? Awal tahun kot.

"Suhaina? Kau selalu kan tak join al-Mulk? Pergi mana? Dah form 5 nak besar kepala pula?" soal Husna lagi. Kali ini ditujukan kepada Suhaina, budak dorm dia.

Suhaina tidak membalas malah wajahnya selamba sahaja. 

Suhaina ni aku boleh kategorikan sebagai pelajar bermasalah juga la kot. Dia ni sebenarnya geng dengan Meera dan Zatul, dorm 1, aka budak futsal aku gak. Dorang memang jenis liar sikit and selalu tak follow peraturan. Sekali dengan Diana tu la, itu yang dulu berani tak ikut training masa aku tiba-tiba kena handle tu. 

Cuma masa form 4 maybe dorang tak liar sangat since ada senior. Dan aku rasa maybe ada yang sengaja pisahkan Suhaina ni dengan geng dia, then letak pula dengan house captain. Memberontak lah member.

"Aku join Al-Mulk la. Cuma dekat dorm lain je." jawab Suhaina selepas beberapa kali didesak oleh Husna.

"Apa kau dah tak ada dorm?" Husna membalas pula.

"Suka hati aku lah!" balas Suhaina. Padan muka Husna juga lah, benda boleh settle biasa je, nak juga gaduh mulut.

"Tolong lah Suhaina. Aku baru assign adik angkat kot. Takkan kau nak tunjuk contoh macam ni? Jangan sebab kau, house kita banyak demerit eh? Ni pengawas house kita yang rounding, kalau pengawas lain? Bertambah demerit kita." kata Husna pula. Masih dengan nada tinggi.

"Tak habis-habis dengan merit. Bukan boleh bawa mati pun." aku pula bersuara. Lama dah aku simpan. House Syahbandar ni terlalu dambakan merit. Tagih sanjungan orang dan cikgu-cikgu sampaikan anak-anak buah ni dikerah jadi lurus macam orang bodoh. Aku pun tak faham. Benda sekolah je, bukan kem tentera atau penjara. Enjoy je lah.

"Kau diam!" aku dijerkah. Tak guna.

Aku pandang tak puas hati ke arahnya. Dada aku turun naik melihat dia yang hanya berani asbab jawatan dan kuasa. 

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now