Bab 19

458 24 6
                                    

Selepas sahaja selesai gotong-royong dorm, aku bergegas ke lounge Syahbandar untuk meeting house. Tahun ni setiap ahad akan ada perjumpaan. Tapi sebab ahad ni outing, jadi tukar ke hari sabtu. Aku tak suka sangat perjumpaan house ni sebab kena bersesak-sesak daripada form 1 sampai form 5. dekat lounge. Tak ada lah besar mana lounge ni pun sebenarnya.

Kedudukan di hujung almari belakang aku ambil. Saja nak bersandar. Meeting house ni sekali buat bukannya sekejap-sekejap. Makan jam juga ni. Silap hari bulan extend sampai lunch hour. Nak skip tak boleh. Muka aku dah wanted dah ni. Lagi-lagi dapat KR yang ada je benda tak puas hati dengan aku.

"Assalamualaikum semua. Kita mulakan perjumpaan kita pagi ni dengan umul kitab al-Fatihah." Husna selaku ketua rumah memulakan perjumpaan. 

Serentak itu semua orang menadah tangan dan melafazkan surah tersebut secara bersendirian. Tak lama selepas itu, masing-masing menyapu muka dengan tangan yang ditadah tadi. Ah cliche.

Aku kemudian memeluk tubuh. Segenap ruang aku perhati. Setiap wajah aku amati. Ada muka happy sebab dapat lepak dengan member. Ada juga muka mengantuk sebab kena paksa bangun seawal ini sedangkan hujung minggu lah waktu paling best untuk qada tidur. Tak lupa juga ada wajah dalam ketakutan dengan suara lantang si pemegang jawatan.

Tak payah takut lah dik. Dorang ni manusia juga. Dulu pun semua perangai hauk, bukan malaikat pun. Kau hadap je macam biasa. Senior tak senior, manusia tetap kena hormat manusia.

"Hai kak" tegur salah seorang budak. Gaya macam baru sampai. Keras kau dik turun lambat. Husna nak dekat 15 minit dah tu membebel.

"Boleh saya duduk sini?" tanyanya lantas terus duduk. Ada aku kata boleh? Aku lempar muka kosong.

"Kau asal lambat?" soalku senada. Berlagak senior jap.

"Saya ada kerja tadi. Kak Husna dah tahu." balasnya kerek.

"Akak nama apa? Dorm mana?" soalnya pula. Mungkin cuba untuk bermesra.

"Sibuk lah kau. Duduk je diam-diam." marah aku.

Aku palau dia sepanjang meeting berlangsung. Tak ada apa yang penting pun meeting kali ni, banyak bebel pasal keceriaan, disiplin dan merentas desa nanti. Malas nak layan. Aku senyap-senyap memasang wayar yang bersambung dengan mp3 di telinga sebelah kanan aku. Sorry la, aku memang suka rebel sikit. Sikit? Banyak sebenarnya.

"Hari ni akan ada dua perkara penting kita akan buat. Pertama, kita akan umumkan barisan hicom house dan exco-exco yang telah pun dilantik. Kemudian, akan ada pembahagian adik angkat kepada semua pelajar yang terlibat. Form 5 akan ada beberapa yang tak akan dapat lagi, tapi nanti form 4 new intake masuk, dia akan dapat juga. Dan kalau form 4 ramai, akan ada yang dapat dua ya." jelas Husna panjang lebar. 

Dalam pada itu, ramai juga yang membuat bunyi-bunyi yang tak sepatutnya. Biasalah, ada yang suka, ada yang tak. Dan pastinya, aku tak suka. Aku harap aku tergolong dalam yang tak dapat tu.

Sesi perkenalan hicom dan exco dimulakan terlebih dahulu. Yang famous disorak, yang tak disukai dijeling. Haahhaha biasalah sekolah perempuan, drama.

"Ni, duduk sebelah akak ni." ujar Husna yang sedang pimpin sorang budak baru. Aku rasa dia ni lah adik angkat aku.

Aku mengeluh dan hanya memandang budak itu tanpa sebarang reaksi.

Macam yang sudah dipesan, aku terpaksa datang perjumpaan pagi ni. Dan macam yang diperdebatkan sebelum ini, tak nak jadi exco sahsiah, maka terpaksa la aku jadi seorang kakak angkat yang tak bertauliah. Siot, bahu aku terasa berat nak pikul tanggungjawab ni.

"Hai akak. Salam?" tegurnya.

Aku cuma menghulur tangan. Awkward ya. Aku mana pernah ada adik, tiber nak kena entertain adik angkat pula.

"Berkenalan la bongok. Kau diam kenapa?" Aida yang berada di sebelah kanan tiba-tiba menegur.

"Ish sabar la." balas aku yang sebenarnya memang tak tahu nak kena buat apa.

"Err... Aku Damia Nazihah. Tapi panggil aku Jiah je. Kau?" soal aku pula.

"Saya Suhana. Panggil Cuna pun boleh. Lagi mesra gitu." balasnya ceria. Mesra alam betul budak ni.

"Oh okay. Dorm?" soalku lagi. Weh aku sumpah awkward. Tak tahu nak sembang apa. Biasa orang yang mulakan conversation.

"Dorm 2." balasnya.

"Bagus-bagus. Dorm tu baik-baik. Kau ada kawan tak dekat sini?" aku mula bertanya soalan-soalan basic.

"So far dormmates, classmates dengan... akak." balasnya. Naif. Baik sangat engkau ni. Serba salah pula aku kalau nak ajak tengok movie lewat malam.

"Ouhh so far study okay?" soalan lain pula. Memandangkan junior form 1 ni sebenarnya dah berminggu-minggu dekat sini, maka tak jadi masalah pun sebenarnya. Just baru dapat kakak angkat je yang aku tak pasti fungsi utama dia.

"Okay je kak. Tapi kak, saya tak stay lama sini tau. Next week saya pindah sekolah lama balik" Suhana mula bercerita.

"Lahh kenapa? Sekejap jelah kita kenal" kata aku. Dalam hati sebenarnya aku dah happy tak payah layan adik berangkat-angkat ni.

"Homesick la hehe" balasnya sambil tersengih.

Aku cuma menggeleng. Kami kemudian terus bersembang sehingga slot berbual mesra tamat. Banyak juga aib zaman dulu yang dah aku buka. Alang-alang dia pun dah nak blah, apa salahnya dia kenal sisi jahat aku.

"Uish bestnya. Saya teringin lah nak rasa cendol tu. Dengar akak cerita macam sedap." dalam banyak-banyak cerita, cendol juga yang budak ni tertarik. Nasib baik dia tak kata nak outing Ipoh esok. Mana mahu aku repeat sana dah. Trauma!

"Nak pergi kejap lagi?" bisik aku perlahan.

"Onz!" balasnya bersemangat.

Engkau nak blah boleh lah sembang berani ek?

"Satu syarat je. Kalau kantoi, jangan petik nama aku." pesan aku.

Suhana kemudian membuat isyarat jari OK.

Habis sahaja perjumpaan, kami semua bersurai. Aku dah tak tegur adik angkat aku tu. Kitorang berpisah di situ. Aku harap dia datang la dorm aku pukul 3 seperti yang dah dijanjikan. Kalau dia ubah fikiran pun aku tak kisah, boleh aku tidur.

"Comel do adik kau Jiah. Bolehler aku buat jambu." Suhaina, budak dorm 3 tiba-tiba tegur. Tak pernah-pernah dia bercakap dengan aku. Yang pelik tu, tahu pula nama aku?

"Apa benda jambu-jambu? Ko ingat buah? Tapi elok lah engkau dua-dua. Nama pun nak dekat sama." respon aku. Yelah, Suhaina dengan Suhana. Kan dekat tu.

"Oh ye eh? Haiiiiii" Suhaina lambai kepada Suhana yang dah sedikit menjauh.

"Eeee mengadanya. Budak ni nak keluar dah. Melepas lah kau." sambung aku lagi.

"Keluar asal?" Suhaina menyoal.

"Mana aku tahu. Tanyalah dia." aku membalas kemudian berlalu pergi.

Fuh banyak peminat. Tapi aku mengaku la, budak Cuna ni boleh tahan comel juga. Mata dia bulat. Kening tebal sikit. Dah macam mix Arab. Nasiblah engkau nak keluar dah dik, tak ada lah ramai minta izin aku nak kau jadi jambu dorang.

"Eh sekejap. Nama-nama ni jumpa saya dekat belakang sana jap. Fatin Haziqah dorm 1, Suhaina dorm 3, Nuriyah dorm 2, Ros dorm 2 dan Damia Nazihah dorm 4." Husna tiba-tiba bersuara.

"Apehal aku siot?" aku bermonolog. Entah orang lain dengar ke tidak aku tak tahu lah.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now