Bab 10

475 26 3
                                    

"Duduk jap." arah aku sambil menepuk-nepuk jubin di sebelah.

Yura kemudian duduk di sebelah aku tanpa banyak bunyi. Dia turut sama bersandar di dinding sama seperti aku. Masing-masing menghadap ke arah tangga tengah, tangga yang menghubungkan aras atas dengan lounge.

"So far okay ke?" soal aku tanpa memandangnya. Asal kau caring pula ni Jiah?

"Okay je kak Jiah." balasnya.

Ahhh dia ingat lagi nama aku? Fuhh tenang Jiah tenang.

"Akak?" soalnya pula. Mungkin saja berbasa-basi.

"Hahhahaha asal aku pula? Engkau tu yang budak baru." aku tergelak sambil menjawab.

"Saja tanya. Yelah musim-musim jerebu ni mana tahu tak sihat." sambungnya pula.

"Ahh tak lah. Aku kuat kot." aku berlagak lagi. 

"Akak tak okay ke dengan senior-senior lain?" soalnya tiba-tiba.

Aku terkejut dengan soalan spontan itu. Lagi observer budah ni dari aku.

"Kenapa cakap macam tu?" soalku serius. Sengaja nak tengok sejauh mana dia dapat analisis keadaan sekeliling ni.

"Hm tak ada lah. Tengok akak tak bercakap pun dengan yang lain. Lepas tu masa akak bising tadi, tengok yang lain macam pandang lain macam je. Especially form 5" jelasnya berhati-hati. Mungkin mahu menjaga hati.

"Yang lain tu siapa?" soalku tegas. Nak uji keberanian dia.

"Err..." dia menggaru belakang kepala beberapa kali.

"Hahaha tak apa. Aku tak kisah pun. Dah biasa." balasku sambil melemparkan senyuman.

Dia juga tersenyum. Tapi kelat.

Kami bersembang lagi sementara keadaan lounge masih hiruk-pikuk dengan beberapa perjumpaan sampingan. Biasalah, lepas meeting macam-macam nak jumpa. Nak bayar yuran rumah la apa la.

"Yura, balik dorm sekarang. Nak Al-Mulk dah ni." Husna tiba-tiba menegur. Dia pandang tajam ke arah aku. Aku cuma mendongak melihat Yura akur dan pergi.

"Kau kalau tak nak bagi pengaruh yang baik, baik tak payah dekat dengan dia. Ni mana kau sembunyi phone kau?" kata Husna. Aku agak dah dia buat spotcheck tu sebab aku.

"Apa masalah kau eh?" aku beranikan diri bersuara walaupun masih ada pelajar lain di lounge.

"Masalah aku? Kau tu yang bermasalah." Husna membalas. 

Ah minah dah kenapa tuduh aku bermasalah? Dia nak ajak gusti ke? 

"Bukan. Sekarang ni kau yang selalu tak puas hati dengan aku kenapa? Dari last year lagi. Tak ada pula dalam ingatan aku, aku ada problem dengan kau. Aku jumpa dengan kau pun tak pernah tau." aku cuba konfrontasi. Kali ini aku dah sama-sama berdiri depan Husna.

Husna ni sebenarnya puak-puak ketua rumah Syahbandar dulu. Kira geng dengan senior la. Sebab tu kot dia boleh naik jadi ketua rumah juga. Dan sebab itu juga kot  dia tak puas hati dengan aku. Tahu jelah geng senior mana berkenan dengan batch kitorang, so bila aku rapat dengan kak Izzah, kak Piqa, kak Sha, kak Syu dengan kak Lekha dulu, banyak la mulut berkata-kata. Maybe dekat sini juga Husna simpan persepsi negatif dekat aku. Dah kena brainwash agaknya, itu yang macam anti gila dengan aku. Padahal duduk sembang dengan aku pun tak pernah.

"Kau tak ada jawapan kan? Dah tu? Benci aku tanpa sebab?" provok aku lagi. Aku sumpah bengang kalau-kalau betul dia benci aku hanya ikutkan cakap senior lepas. Dah form 5 kot, dah cukup mumayyiz dah.

"Dah kenapa ni?" cikgu Syafiza tiba-tiba muncul di tangga.

Ish dia ni selalu wrong timing tau. Aku dah nak berjaya provok dah tadi. Kalau boleh nak settle harini, tapi nampaknya aku kena mengalah dulu malam ni.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now