Bab 6

537 32 7
                                    

"Pergi masuk kereta dulu." katanya sambil menghulur kunci kereta miliknya.

"Okay cinta." balasan aku itu mendapat renungan tajam. Hehe saja bergurau. Bukan apa, aku jawab itu di kawasan terbuka. Mana tak marah cinta hati aku tu. Nasib baik tak kena smackdown.

"Jangan marah, nanti dah tak cantik." bisikku di telinganya sebelum berlalu pergi. Aku sempat mengerling semula ke belakang. Dia senyum. Tahu pun suka.

Aku lantas laju menuju ke arah belakang dewan makan, tempat cikgu Syafiza parkir keretanya pada hujung minggu. Kawasan itu paling dekat dengan blok kami, tapi tak nampak sangat sebab terlindung dengan dewan makan.

Tadi masa tengah duduk-duduk lepak dekat bilik dia, aku sengaja gedik-gedik ajak dia pergi makan cendol tepi sekolah tu. Aku ugut tak nak makan lunch kalau dia tak nak bawa. Sekali dia setuju. Fuhhh rasa terpaling kesayangan. 

Cuma aku kena ubah pemakaian jelah sikit supaya tak kantoi.

"Kenapa lambat sangat?" soalku seraya dia membuka pintu.

"Nak kena settle hal makan untuk pendaftaran esok. Dah tak boleh nak sabar ke?" balasnya pula.

"Tak ada lah. Lama sangat." cebik aku tanda merajuk.

"Biar saya bawa?" tanya aku pula dengan mata terkebil-kebil.

"No. Pindah sebelah." arahnya serius tanda tidak memberi izin.

"Kedekut." aku memberi respon.

Aku gian betul nak pegang stereng. Cuti sekolah haritu, abang saudara aku ajar aku memandu secara haram dekat kawasan rumah aku. Jadi setakat bawa kereta auto ni, celah gigi jela.

Aku kemudian melangkah je seat sebelah bagi membenarkan dia masuk di seat pemandu. Kemudian, tudung aku tanggalkan lalu mengemaskan rambut aku yang serabai.

"Hensem kan?" soal aku sambil menilik cermin.

"Hm" balasnya.

'Ya ke tidak ni?" aku berkata-kata dalam hati.

"I take it as yes." balas aku sambil mengerling ke arahnya yang tekun memandu. Kami baru sahaja melepasi gate utama sekolah.

Aku tunggu juga jawapan dia lagi, tapi tak ada. Senyap sahaja.

"Kalau diam macam ni, tak payahlah makan cendol." kata aku sesudah cikgu Syafiza menarik brek tangan.

"Ish sayang drive kan tadi." balasnya.

Aku tahu. Cinta hati aku ni memang kalau drive tak boleh bercakap. Diam je. Sampai lagu pun dia slow-kan atas sebab menganggu pemanduan dia. Aku pun tak faham. Itu yang kalau aku cerita apa-apa time dia drive, satu apa pun takkan masuk otak. Keluar balik telinga kanan.

"Kalau ye pun, bagi lah respon sikit." aku masih merajuk.

"Iyelah sorry okay?" pujuknya. Aku tersenyum. Aish cepat cair betullah kau ni.

"Tolong boleh? Isikan minyak." katanya dengan mata menggoda. Sekali lagi aku cair.

Duit kertas rm50 diambil dan aku terus membuat pembayaran di kaunter. Nozel warna kuning aku angkat dan mulakan pengisian.

"Dah." kata aku sesudah duduk dalam kereta.

"Thanks baby." balasnya kemudian meluncur laju dan masuk semula ke arah jalan raya.

"Tahu jalan tak?"

"Kiri" jawab aku apabila di simpang.

"Ha kedai ada khemah kuning. Parking tepi situ je." kata aku apabila terlihat kelibat kedai yang ingin aku tuju itu.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now