Bab 51

561 38 9
                                    

"- I love you." ucapku. Mata kami bertaut.

Tiada jawapan.

Cikgu Syafiza malah  melarikan kontak matanya daripada aku. Dia tiba-tiba busy cari channel radio pula. Seakan-akan sengaja tidak mahu terlibat dalam perbualan tadi. Tak lama selepas itu pula, dia menukar gear dari P kepada D. Nak gerak dah ke ni? Aku ada salah cakap ke?

Kereta kemudian mula bergerak keluar dari tempat parkir itu. Kami menuju ke... entah, aku pun tak tahu.

Step 5 : Words of Affirmation

"Kalau saya boleh delete 2 minggu tanpa KITA tu, saya delete dah sayang. Saya menyesal." aku mulakan kata-kata. Aku rasa ini waktu paling sesuai untuk aku cakap pasal ni.

"Damia, I'm driving" katanya pula.

Macam biasa, kalau dia driiving memang tak boleh kacau. Tapi aku baru nak guna taktik baru, biar dia tak boleh lari melainkan hanya dengar.

"Nak cakap juga." balas aku. Saja nak mengada.

"We go dinner. Then you talk." balasnya.

"Tak nak" aku masih bertegas. Dinner nanti sibuk makan. Nak ke dia dengar aku?

"Damia." ujarnya serius.

Aku diam. Tak boleh menang kali ni. Nak lawan lagi risau pula mengeruhkan lagi situasi. Kereta terus laju meluncur dalam kesenyapan. Sampai sahaja di suatu tempat, dia ajak aku turun. Nampak macam sunyi je tempat dia parkir kereta ni. Mungkin restorannya agak jauh ke dalam kot. Kena jalan kaki sikit. Aku cuma mengekor dia dari belakang. Tak ada mood  nak bersuara. Dia pun diam sahaja.

"Table for 2 please." ujar cikgu Syafiza seraya kami sampai di pintu masuk sebuah restoran.

Wahh hidden gem. Jalan masuk punyalah gelap, siapa sangka hujung belakang ni ada sebuah restorang yang tersergam indah. Bagi aku restoran yang dia bawa ni agak fancy juga. Habislah, kalau mahal sangat, tak mampu aku nak bayar kali ni.

"Order madam." kata seorang waiter selepas sahaja kami duduk. Waiter ini juga yang mengiringi kami masuk ke tempat ini. Waiter tersebut datang bersama-sama dua set menu di tangannya. Menu tersebut kemudian diletak di hadapan kami. Cikgu Syafiza satu, aku satu.

Aku belek-belek menu yang ada. Banyak juga pilihan. Harga pun boleh tahan.

"I would like to order 1 black pepper steak, make it well done. And... 1 Aromatic chicken wings with fries." cikgu Syafiza tiba-tiba membuat pesanan. Tanpa tunggu aku. Apakah?

"Drinks?" waiter itu tanya lagi.

"2 mineral water please. Thank you." kata cikgu Syafiza lagi.

Waiter itu mencatat semua order kami kemudian berlalu ke bahagian belakang. Barangkali dia pergi sampaikan order pada tukang masak.

"Now talk." katanya. Kali ni dia betul-betul fokus pada aku.

Tapi aku tak suka situasi macam ni. Seolah-olah dia tunggu setiap bait perkataan yang akan keluar dari mulut aku. Aku jadi nervous. Lama juga aku diam. Serius aku betul-betul tak tahu nak mula macam mana. Minda aku mula menerawang mencari ayat yang paling tepat untuk aku ungkapkan.

"Damia..." dia memanggil.

Aku yang mengelamun tadi terus pandang anak mata dia.

"I love you more." ucapnya tiba-tiba. Perlahan dan lembut. Diletaknya jeda di antara setiap perkataan.

Aku tersentak. Dia cakap apa?

"Pardon?" soalku.

"Tiada siaran ulangan." balasnya selamba. Ahh her sarcasm.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now