Bab 32

389 28 18
                                    

Habis sahaja movie, aku ajak Yura balik. Tangga yang gelap itu kami daki bersama-sama. Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa pergelangan tangan aku seperti dipaut.

"Kenapa? Kau takut ke?" soal aku sambil perhati Yura di sebelah. Muka dia nampak ketakutan dan seperti ragu-ragu untuk naik atas.

"Takpelah, aku ada." balas aku pula. Aku letakkan lengan aku di bahunya kemudian sambung mendaki tangga.

Sampai di aras 1, Yura tiba-tiba bersuara.

"Nak tidur dorm 4 boleh tak?" soalnya yang sudah memberhentikan langkah.

Muka aku dah berkerut. Macam aku cakap, aku tak nak dia fly dorm. Tapi kali ni muka dia takut betul. Aku rasa serba salah pula sebab ajak dia tengok sampai lewat malam macam ni.

"Hmmmm... Okay, sekali ni je eh? Esok lepas subuh, kau kena terus balik dorm." kata aku pula.

"Okay." jawabnya sambil tersenyum.

'Kreeeeekkk' bunyi pintu terbuka.

Perlahan-lahan aku nampak seseorang menjenguk kami di tepi tangga itu.

"Koooorraang bbbuuuuattt aapppaaaa niii?" soal seseorang. Aku rasa dia mamai ni dengan rambut mengerbangnya. Barangkali nak pergi tandas.

Aku dengan Yura dah panik. Kami kemudian dengan lajunya berlari naik ke aras dua. 

"Fuhhh penat" kata Yura yang sudah seperti kehilangan nafas.

"Engkau okay tak ni?" soalku. Risau.

"Huhh okay je. Saya memang cepat semput sikit. Tak boleh lari sangat. Asma."

Aku cuma mengangguk tanda faham.

"Kau tidur la sini. Aku tidur katil sebelah." kata aku seraya kami sampai di katil aku.

Katil sebelah aku kosong, sebab memang setiap dorm ada 12 katil, tapi penghuni ada yang tak cukup. Cumanya katil tu tak bercadar, so sengaja aku offer Yura guna katil aku je. Biar aku tidur yang tak ada cadar punya.

"Eh tak apa ke?" soalnya pula. Mungkin serba salah sebab aku kena let go katil aku.

"Tak apa lah. Kau kan tetamu." balas aku pula.

"Tetamu je? Wasn't me more than that?" soalnya tiba-tiba.

"What do you mean?" soal aku.

Budak ni banyak berkias la. Aku tak gemar sangat nak kena teka-teka.

"What am I to you?" soalnya pula. Kali ni kami dua-dua dah duduk menghadap. Suara kami perlahan sahaja seakan berbisik. Risau yang lain terjaga dan dengar perbualan kami.

"Err... Junior?" jawabku jujur.

Yura seakan tersentak.

"You have no feelings towards me?" Yura menyoal lagi.

Aku ragu-ragu nak geleng. Sejujurnya aku sendiri keliru pasal ni.

"Aku anggap kau macam adik je. Aku nak protect kau. Aku tak nak kau jadi macam aku dulu." jujur aku.

Aku nak tambah yang 'aku dah ada someone', tapi aku kuburkan dulu kata-kata itu.

"Oh." respon Yura.

"Maybe I just not yet try harder to be your favourite. Goodnight." balas Yura perlahan kemudian dia mula mengambil posisi pembaringannya.

Aku diam. Maksud dia apa ni? Tengok Yura seperti sudah mahu tidur, aku turut sama baring dan menutup mata. Esok jelah fikir.  

Esoknya, aku bangun pagi-pagi dan tengok Yura masih di sebelah. Nampak nyenyak je dia tidur, malas nak kacau. Aku terus bangun dan segera ke toilet untuk mandi. Balik mandi baru aku kejut Yura. 

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now