TIME SKIP
.
Tap! tap! tap!
Bunyi beberapa tapak kaki orang berlari ke arah kafeteria bergema dalam stesen tersebut.
???: Aku kena bagi tahu laksamana!
Reverse yang baru keluar dari bilik Staff dengan sebuah kotak, melihat keadaan yang kecoh itu, seperti merasakan itu adalah disebabkan olehnya, mula terukir senyuman di hujung bibir Reverse.
Bang!
Pintu kafeteria dibuka luas sampai terhentak ke dinding membuatkan semua yang berada dalam kafeteria memandang ke arah orang yang buka pintu tiada adab itu.
???:Laksamana Amato! kita ada kecemasan!
Amato: Hmm kecemasan apa? sampai kau tolak pintu kafeteria dengan kasar Kaizo?
Kaizo: *tabik hormat* Maaf laksamana.. tapi kita perlu ke briefing room dahulu dan saya akan terangkan di sana.
Amato: Haa... baiklah.
Amato bangun dan beredar bersama dengan Kaizo, pada waktu itu Reverse yang baru sahaja sampai melihat Amato.
Amato hanya senyum dan mengusap kepala Reverse dan terus berlalu pergi.
Reverse: *dalam fikiran* habis rambut aku
.
.
.
.
.
Kemudian, Reverse melihat Gopal, Sai dan Shielda datang ke arah dia dengan tergesa-gesa.
Gopal: Eh Boboiboy kau tahu apa jadi?
Sheilda: Haah tak pernah nampak Kapten kaizo muka stress macam tu sekali.
Reverse: Entahlah.. ohh ya ini barang kau Sai *senyum*
Sai: Haa kau ambik lah, kotak tu untuk kau.
Reverse: Untuk... aku?...
Sheilda: Haishh ambik je laa.
Gopal: Hehehe diorang ni malu-malu pulak, ni hadiah untuk kau sebab dah kembali ke Tapops!
Mata Reverse terkebil-kebil setelah mendengar jawapan Gopal.
Sai dan Sheilda hanya memeluk tubuh sambil cover muka dengan topi dan perisai mereka.
Reverse: Ohhhh... okay terima kasih korang!!
Sai: Ehem.. sama-sama.
Shielda: Kita orang pergi dulu.
Sai dan Sheilda terus berlari meninggal Gopal dan Reverse dengan muka merah yang menahan malu.
Reverse: Umm... betul ke ni Gopal?
Reverse saja menunjukkan muka tidak percaya dan seperti tersentuh dengan pemberian mereka.
Nampaknya lakonan dia berjaya buat diorang percaya dengan dia, walaupon itu bukan sebahagian dari rancangan nya.
Gopal: Betul laa, aku dah terangkan kat diorang yang semuanya bukan salah kau, masa misi kau dengan General zayd sebelum ni.
Reverse: Ohh jadi kau dah maafkan aku laa ni?!
Gopal: Ekk ya dah, tapi kau jangan nak melebih pulak.. kau kena buat yang terbaik kalau kau nak jadi macam aku ni.
Reverse: Okay Gopal! Terima kasih sebab korang dah maafkan aku!
YOU ARE READING
EXISTENCE *BOBOIBOY*
FanfictionBOBOIBOY sedar ada kewujudan lain dalam diri nya? tetapi adakah ini akan mengubah siapa diri nya? Dan berjaya kah boboiboy untuk menguasai segalanya? "Hahaha kelakar laa kau ni Ochobot?" "Your not the boss of me!" ♡ Malay language ♡ Siblings relatio...