EINS

975 47 46
                                    

Seminggu telah berlalu sejak kekalahan Retakka di bumi, kaum cendawa telah kembali ke planet mereke kerana TEMPUR-A telah membaik pulih planet mereka sebaik mungkin disebabkan Retakka telah berjaya menyedut kuasa balak dari planet mereka. Walaupun tidak same seperti dulu, mereka perlu terima dengan hati terbuka.

 Boboiboy dirawat di markas TEMPUR-A sementara disebabkan stesen TAPOS masih lagi di baiki. Setelah sembuh dari berlawan dengan Retakka, Boboiboy kembali ke bumi bersama Gopal dan Papa zola, mereka semua di beri masa untuk berehat sebulan kecuali Boboiboy kerana dia telah di berhenti kan sementara dari misi TAPOPS. Ochobot pula tidak dibenarkan ikut pulang ke bumi kerana mereka tidak percaya kan Boboiboy.

Bila Boboiboy boleh mulakan misi? itu masih lagi tidak diketahui ianya masih lagi dipertimbangkan oleh general Maskmana dan general Mechamato. Sejak kehilangan ahli TAPOPS iaitu Komander Kokoci, Admiral Tarung, Fang, Yaya, Ying dan semua ahli yang terlibat di stesen itu. Mereka tidak dapat memberi keputusan untuk Boboiboy terus menjadi cadet ataupon dibuang dari TAPOPS.

Kegagalan Boboiboy di dalam keputusan nya sebagai ketua pasukan telah membuat mereka hilang kepercayaan kepadanya. Walaupun Boboiboy berjaya mengalahkan Retakka dengan bantuan Tok kasa penguasa asal kuasa elementals kristal tetapi banyak nyawa yang telah terkorban termasuklah Tok kasa.

General Mechamato iaitu ayah Boboiboy rasa sedih dengan apa yang terjadi dan kecewa dengan tindakan Boboiboy tidak mendengar arahan yang diberikan Komander Kokoci yang menyebabkan kematian ahli-ahli TAPOPS dan kawan-kawannya. Boboiboy rasa serba salah dan menyesal tidak mendengar arahan Komander Kokoci, kalau lah dia dengar mungkin semua ini tak akan terjadi.

.

SELEPAS SEMINGGU BALIK KE BUMI

DI BILIK BOBOIBOY RUMAH TOK ABA

.

BOBOIBOY: Urghh... *tengok jam* Ochobot kenapa tak kejutkan aku...

Boboiboy bagun tengok sekeliling bilik senyap sunyi dan dia teringat semula.

BOBOIBOY: Oohh... *sedih* Ochobot.... kan tak ada...

Boboiboy pon bangun dengan tiada semangat pergi mandi siap-siap nak ke sekolah. Sebelum meninggalkan bilik nya dia pandang tempat cas tenaga Ochobot kemudian menutup pintu bilik dan turun ke bawah untuk sarapan. Tok aba sedang sediakan sarapan dan perasan Boboiboy turun.

TOK ABA: Ohh bangun dah cucu atok, meh sini sarapan dulu. Atok dah masak nasi goreng ni.

Boboiboy hanya memandang atoknya dengan perasaan berbelah bagi, Tok aba cuba untuk bagi semangat pada Boboiboy tetapi Boboiboy tahu Tok aba ada rasa sedih dengan apa yang terjadi. Boboiboy duduk di meja dan melihat Tok aba.

BOBOIBOY: Tok aba... terima kasih untuk sarapan pagi ni! *suap nasi dalam mulut* emmm sedap... *senyum*sambung makan*

Tok aba hanya senyum dan menepuk belakang Boboiboy perlahan. Tok aba tahu ini adalah salah satu dugaan yang perlu Boboiboy lalui dan hanya Boboiboy yang boleh menentukan masa hadapannya.

TOK ABA: Makan slow-slow tercekik pulak nanti.... nah air...

Boboiboy minum air yang diberikan Tok aba, beberapa minit kemudian Boboiboy telah habis sarapan. Bunyi ketukan di pintu depan dan ada suara anak pakcik kumar. Boboiboy salam tangan Tok aba dan terus pergi membuka pintu.

GOPAL: dey cepat laa! kita dah lambat ke sekolah ni!

BOBOIBOY: okay.. okay! Bye Tok aba... Boboiboy pergi dulu...

TOK ABA: Ya... hati-hati tau... *dalam hati* jaga diri Boboiboy... uhukkk...*terbatuk*

.

Boboiboy pergi sekolah seperti biasa tetapi kali ni tiada sahabatnya yang akan menulis nama jika lambat, yang akan berlawan markah ujian setiap kali peperiksaan dan juga yang akan lawan populariti nya. Nampaknya suasana sekolah telah berubah sepenuhnya bagi Boboiboy.

EXISTENCE *BOBOIBOY*Where stories live. Discover now