Part 24 (Dania)

25 0 0
                                    

Kem Rehat Minda. Satu program yang dikatakan wajiblah bila melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 5. Kalau nak ikutkan jalan cerita cliche, akan ada orang yang sesat tapi tak! Ni bukan cerita cliche. Tak ada siapa pun yang sesat. Semua jumpa jalan balik. Dengan muka toya masing-masing bergegas untuk membersihkan diri kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Aktiviti seterusnya adalah macam biasa apabila tiba waktu maghrib iaitu solat berjemaah.
     Tapi bila difikirkan balik, kesian aku tengok si tengku tu. Habis merah-merah badan dia akibat dari gigitan nyamuk. Macam kulit baby. Nampak sangat tak pernah masuk hutan. Well, aku pun sama sebenarnya. Siapa yang nak masuk tempat banyak nyamuk tu! Aku respect la siapa yang suka jungle trekking ni.
     Lepas sahaja solat isyak pelajar boleh berehat di khemah masing2. Tapi tidak boleh merayau. Ye la..malam kan. Nanti jadi apa2 susah pulak.
    Aku? Lepak bilik. Eh tak la. Aku bukannya anti sosial. Mesti la aku lepak dengan cikgu pengiring lain. Kami borak-borak. Adakala kami pergi meronda. Macam YB pun ada gayanya.
     Malam itu tak ada aktiviti apa-apa. Pelajar hanya diberi masa rehat. Ye lah penat kan masuk hutan siang tadi.
    

Hanya Kau Yang MampuWhere stories live. Discover now