Part 25

26 0 0
                                    

      Ok la, terpaksa cliche. Tapi sikit je la.
      Esoknya, lepas sahaja sarapan pagi, aktiviti mencari harta karun dijalankan. Dah macam budak sekolah rendah pulak main cari harta karun bagai. Sebenarnya tujuan jungle trekking semalam bukan sahaja sebagai senaman tapi sebenarnya nak biasakan pelajar dengan kawasan hutan sebab hutan tu jugak laluan untuk aktiviti treasure hunt tu. Jadi, bila dah pernah lalu mesti pelajar akan tahu jalan mana nak lalu. Sudah semestinya akan ada cikgu dan fasilitator yang akan jaga. Nak biar diorang jalan sendiri haa kang benda lain yang jadi. Tahu la kan budak- budak baru nak up.
      Pelajar dibahagikan dengan kumpulan yang sama macam jungle trekking semalam. Jadi, masing-masing dah kenal. Nak dipendekkan cerita, masa aktiviti dijalankan tu, ada seorang pelajar tercedera jatuh sebab tergelincir. Kaki dia terseliuh. Dan pelajar itu adalah Imran.
Dia terus dibawa keluar dari kawasan hutan dan dirawat di bilik rawatan yang ada di kem ini.
Tahu la kan bila orang kenamaan dalam kesusahan ramai la yang kononnya ambil berat, termasuklah aku. Eh tapi aku bukan konon tau. Aku ni sebab tugas. Aku cikgu dan tugas aku adalah untuk menjaga keselamatan pelajar selama mereka di    sini.
Imran diberi rehat. Manakala pelajar lain teruskan aktiviti. Aku? Of course ada dengan Imran. Eh bukan sebab aku gedik eh tapi sebab aku ni tak berapa banyak kerja pun. Jadi cikgu lain suruh aku jaga Imran.
"Cikgu Dania." Panggil Imran.
" Ha kenapa Imran? " Aku pergi mendekati dia.
" Boleh tak kalau saya nak minum air? Saya dahaga."
" Ouh dahaga. Sekejap cikgu ambil air. " Aku terus pergi ambil air dan hulurkan kepada Imran. Dia ambil dan minum.
"Awak rasa macam mana? Masih sakit?" Tanyaku sambil sambut cawan yang dihulur.
"Okay dah sikit cuma rasa berdenyut je. " Jawab dia.
"Doktor kata awak akan rasa sakit dalam masa seminggu ni. Sebab nampak macam teruk jugak terseliuh tu. Awak nak balik ke?" Aku tanya. Tapi tak ada jawapan. Dia pandang aku lebih tepat tenung aku. Eh budak ni dah kenapa? Aku segan jugak bila ada orang tenung macam tu. Nak-nak handsome, nervous rasa.
"Imran?" Aku panggil dia lagi sekali lagi. Terus dia tersedar. Terus dia larikan pandangan dia ke tempat lain. Apa yang difikirkan la budak ni.
" Saya tanya ni, awak nak balik tak? Kalau awak nak balik saya akan uruskan dengan cikgu-cikgu lain." Belum sempat dia jawab, telefon aku berdering.
Tunang aku telefon.   

Hanya Kau Yang MampuWhere stories live. Discover now