Prolog

242 16 1
                                    

" Ish...mana rumah ni? Betul ke jalan ni? Dari tadi aku lalu macam sama je! Aku sesat ke?" Omel Dania sambil memandu dan matanya seperti mencari sesuatu.
Memang Dania sudah sesat. Sudah lima kali dia lalu jalan yg sama. Orang yg tinggal berhampiran rasa pelik melihatkan asyik kereta yg sama sahaja yang lalu. Macam tak ada kereta lain.
Dania dah naik fed-up. Dia berhenti berhampiran seorang makcik yg sedang menyapu. Tak tahu la sapu apa..nampak macam xde sampah pun.
" Assalamualaikum, makcik. Tumpang tanya boleh?" Dania Memulakan bicara.
" Waalaikumsalam. Ya, ada apa ya nak?" Amboi dah macam cerita melayu klasik. Makcik tu kelihatan ramah sekali. Muka pun nampak baik.
" Macam ni makcik, saya cari alamat ni. Dah lama saya pusing2 tak jumpa pun, makcik tahu tak kat mana?" Dania bertanya seraya menghulurkan sekeping kertas kpd makcik yg tak tahu apa ke namanya tu.
" Laa...anak ni makcik perasan dah lima kali lalu sini tak jumpa2 jugak?" Makcik tu ketawa. Dania pelik. Dah kenapa makcik ni? Sawan?
" Kalau saya dah jumpa saya tak tanya dah makcik, hehe." Dania menggaru kepalanya yg bertudung litup itu.
" Macam ni, alamat ni tak jauh pun sebenarnya. Dekat sangat. Ni, anak pandang jari makcik ni ye, " Kata makcik itu setelah penat ketawa sambil mengangkat jari telunjuknya dan kemudian menunjuk ke arah sebuah rumah yang bersebelahan dgn rumahnya.
" Haaa...itulah rumahnya. Anak ni cari rumah tapi tak tgk nombor rumahnya, haha. " Amboi makcik gelak sakan nampak.
Dania menepuk dahinya. Adui. Careless betul. Menghabiskan minyak kereta je. Apa pun tak boleh.
" Laa..ye ke makcik? Alahai..cuai betul saya ni, sekejap ye makcik saya pergi parking kereta sekejap, " Dania meletakkan keretanya di hadapan rumah yang baru dijumpainya tu. Dania keluar dari perut kereta dan berjalan kearah makcik tadi.
" Terima kasih sangat2 makcik. Kalau saya tak tanya makcik tadi, entah berapa ribu kali saya pusing kat sini aje, hehe. " Dania malu akan kecuaiannya.
"Sama2. Tak apalah nak. Lain kali jangan cuai lagi ya..bahaya. Ha...setahu makcik rumah tu kosong. Anak nak cari siapa kat situ?" Tanya makcik yang masih belum diketahui namanya itu.
" Ouh, saya menyewa kat rumah tu makcik. Saya baru pindah ke sini. Tu yang tak tahu jalan tu." Dania membalas sambil berperwatakan seramah yg mungkin.
" Laa...jadi anak ni la yg menyewa kat sini ya. Nampaknya kita berjiran la ni yek. Selamat datang. Agak2 ada masa mari la ke rumah makcik. Sebelah ni je haaa, " pelawa makcik ni. Rumah dia rupanya. Patut la pakaian pun dah nampak macam makcik tuan rumah. Jiran sebelah rupanya.
" InsyaAllah makcik, kalau saya ada masa saya datang ye," senyuman ikhlas aku bagi.
" Haa..bagus la tu. Nanti boleh la makcik kenalkan dekat anak lelaki makcik," eh eh makcik ni.
" Haa..ye lah. Hmmm...tak pe lah makcik, saya nak masuk rumah dulu ni. Nak kemas mana yang patut,"
" Kalau ada apa2 panggi je makcik ye..kat sebelah je haaa, " makcik ni tawarkan khidmatnya sebagai seorang jiran yang baik.

Hanya Kau Yang MampuWhere stories live. Discover now