Bab 2 ( Dania's POV )

132 12 1
                                    

     "Cikgu sesat ya? Jom saya tunjukkan jalan. " Katanya dgn senyuman sinis sambil tangan dia menarik tangan tangan aku..ih kurang ajarnya budak ni!
     "Ish, lepaslah! Apa pegang2 ni! "Aku cuba melepaskan tangan tapi pegangannya kuat. Sakit tangan aku dibuatnya.
     "Jomlah ikut saya. Saya tunjukkan jalan ke bilik guru," aduh dia senyum sinis lagi. Muka je hensem tapi perangai tak hensem langsung!  Puihhhh! Ya Allah bantulah hambamu.
     "Mirza!!!" Jerit seseorang dari arah belakang aku. Macam kenal suara ni. Semua orang berhenti. Tangan aku dilepaskan.
     Aku pandang budak yg berani pegang tangan aku tadi. Aku nampak dia senyum sinis kearah orang yg menjerit tadi. Ya Allah, jahatnya muka. Dia angkat tangan tanda menyerah sambil buat muka sinis dia tu..tak tahu takut ke budak ni?
     "Kita jumpa lagi nanti, cikgu cantik." dia kenyit mata pulak..eihhh sape nak jumpa orang macam kau hah?!
     Kumpulan budak nakal tu berlalu dari situ.
     Aku masih berdiri tegak. Rasa takut pulak nak toleh belakang.
     "Cik, are you okay?" Makin dekat pulak suara ni. Seriously, mcm kenal je suara ni. Lagi2 bila dia sebut 'cik'.
     Aku toleh belakang and guess what? Aku terpana. OMG! Mamat korea tadi! Kali ni dia pakai uniform sekolah. Siap berblazer bagai. Kemasnya! Nampak smart. Pakaian dia lain sangat dgn budak2 tadi. Tapi, dia pelajar kat sini ke?
     Tanpa sedar pandangan kami bertaut lagi.
     "Awak lagi? Awak buat apa kat sini? Ada hal apa kat sini? Ada masalah ke? Boleh saya bantu?" Amboi banyaknya tanya. Tapi soalan last tu aku suka. Memang aku perlukan seseorang untuk bantu ni.
     "Ya, memang saya ada masalah dan memang saya perlukan bantuan. Tolong tunjukkkan saya ke bilik guru boleh?" Aku terus straight to the point. Jap, kenapa aku tak rasa ragu2 pun nak mintak tolong dia?
     Dia tak jawab apa2. Sebaliknya terus berlalu pergi. Eihhh dia ni! Tinggalkan aku macam tu aje!
     Lebih kurang dalam 20 langkah dia berhenti dan toleh belakang. Aku pulak....masih berdiri tegak.
     "Tadi kata nak ke bilik guru. Bilik guru bukan kat sini," katanya. Amboi perli nampak.
     Aku terpinga-pinga. Haihhh..lain kali bagi la respon. Ni tak, macam orang xde perasaan langsung!
     Aku hanya berjalan di belakang dia. Dah tak tahu jalan mesti la jalan belakang kan..jangan nak buat tahu pulak.
     Sambil berjalan, aku perhatikan dia. Orangnya kemas. Nampak macam orang bandar. Orangnya tinggi. Aku terpaksa mendongakkan kepala aku kalau nak pandang muka dia. Tapi seriously tak tahu la kenapa aku tak berani nak tatap muka dia. Ada feeling lain macam je. Hati ni laju je berdegup. Aigoo~~
     Lagi satu, aku tengok gaya dia  ni tak padan dengan umur.  Nampak matang.
     Orangnya hensem tapi sayangnya aku tak pernah nampak dia senyum. Xde reaction. Dingin je. Mungkin urat senyum dia dah putus. Mungkin la. Tapi secara kesimpulan setakat ni dia nampak cool. Even dia nampak macam tak friendly dengan orang tapi dia ada aura yg tersendiri. Aura yg membuatkan orang nak rapat dgn dia. Lebih2 lagi perempuan. Aku memang 100% yakin yg perempuan2 kat dunia ni memang akan cair bila jumpa dia ni....dan aku salah seorang daripada perempuan2 tu. Aigoo~~~
     Sekian lama berjalan, aku nampak dia berhenti. Kenapa berhenti? Then,  dia bukakkan pintu pulak.  Aigoo~~ sweetnya budak ni.  Jap, kat mana ni? Aku pandang sekeliling dan terbaca signboard bilik guru.
     "Tak nak masuk ke?" tegurnya.
     "Ingat kerja saya ni bukakkan pintu untuk awak ke?" Sambungnya lagi. Eihhh orang tak mintak pun dia bukakkan pintu.
     "Ouh,  dah sampai ya. Terima kasih ye," kataku sambil beri senyuman semanis mungkin. Dia xde respon dan berlalu pergi. Jap, aku terlupa sesuatu!
     "Hei, awak!" Oo God. Kuatnya aku jerit. Dia berhenti dan toleh belakang. Aku berjalan ke arah dia.
     "Thanks sangat2 pasal tadi. Kalau awak tak datang, tak tahu la apa jadi kat saya. Okay?" dia takde respon dan terus berlalu pergi. Again! Tinggalkan aku macam tu je. Tapi takpelah..yg penting aku dah ucap terima kasih.
    

Hanya Kau Yang MampuWhere stories live. Discover now