Bab 20

58 3 0
                                    

   Sebelum pelajar pasang khemah, perhimpunan dibuat untuk bagitahu apa yang patut. Macam biasa la aku kena jadi ketua. Macam tak ada orang lain dah kat sekolah ni.
   Lepas 15 minit perhimpunan, pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan dan dilepaskan untuk mereka pasang khemah sendiri. Ye la pasang sendiri la, masing-masing dah besar takkan nak harap cikgu jugak.
   Lepas semua siap pasang khemah, pelajar diberi masa bebas sampai pukul 6.30 petang untuk makan. Haaa masa tu suka hati la nak buat apa. nak mandi ke, jalan-jalan ke, berzumba ke tak kisah asalkan jangan buat perkara yang tak elok.
   Solat Maghrib dan Isyak dilakukan secara berjemaah. Untuk malam pertama Ustaz Amir jadi imam. Alhamdullilah semua bagi kerjasama.
   Untuk malam pertama, sesi ice-breaking diadakan. Dah kenal lama pun nak ice-breaking lagi. Clishe betul. Selama aktiviti dijalankan, mata aku ni tak henti asyik pandang cikgu Dania je. Sikit-sikit jeling.
   " Kot ye pun cover la sikit bro," tegur Harriss yang ada kat sebelah aku. Alamak kantoi dia nampak pulak. Malu la aku.
  Sepanjang aktiviti aku langsung tak fokus kat aktiviti sebab apa, sebab cikgu Dania jadi fokus aku. Chiaaa
   11.00 malam
   Masa untuk pelajar tidur. Pelajar tidur dalam khemah, cikgu tidur kat shalet yang ada kat situ. Cikgu kan takkan la nak tidur dalam khemah. Yang bujang boleh la. Ni kalau yang dah ada family kan susah tu. Tak apa la, tak kisah la nak tidur mana pun. Jangan tidur atas pokok sudah. Malam pertama, settle.
  

Hanya Kau Yang MampuWhere stories live. Discover now