Bab 22

51 1 0
                                    

   "Bukan cikgu ke yang masak ni?" Soal aku bingung.
   "Sapa kata saya yang masak. Saya tolong kacau je. Tolong extra sikit tolong rasa." selamba dia balas.
   Aku hanya jeling dia. Dengan confident aku puji dia tadi. Buat malu betul. Nak merajuk la macam ni. Tiber.
   Tapi ada satu perkara yang dah cuit hati aku. Dia selamba je ambil sudu yang aku guna untuk dia pulak yang guna. Aku terkesima jugak sebenarnya ni. Apakah ini tandanya, cewah. Jangan nak fikir bukan2 la Imran, dia cuma malas nak ambil sudu lain la tu. Tak pun sudu habis. Darurat kan.
   "Dah boleh tutup api ni. Boleh la nak makan." katanya lagi. Selamba. Dia ni tak tahu ke yang dia dah buat aku malu? 😒

*******
   Lepas makan, solat apa semua aktiviti seterusnya dijalankan. Jungle trekking. Aku pelik la aku datang sini sebagai student ke sebagai cikgu ni? Mostly kerja cikgu aku yang buat. Termasuk kena jaga student. Aku pun tak tidur dalam khemah sebenarnya. Bukan memilih. Cuma cikgu yang suruh. Cikgu Khai suruh teman dia. Dia bujang. Haa..
   Setelah student dibahagi kepada kumpulan masing2, perjalanan dimulakan. Aku? Aku pilih untuk jalan dibelakang Cikgu Dania. Risau takut jadi apa2. Ececehhh

Hanya Kau Yang MampuWhere stories live. Discover now