Dalam kegelapan malam, kelihatan satu susuk tubuh manusia sedang berjalan terhendap-hendap menuju ke katil yang menempatkan Alex. Dia berdiri sejenak di sebelah katil Alex. Kedengaran deru nafas Alex yang tenang. Wajah lena Alex dipandang sejenak.
Setelah itu, dia menuju ke sebelah bahagian katil yang kosong. Dengan penuh berhati-hati dia memanjat naik kemudian berbaring di sebelah Alex. Sebelum itu, sempat dia membuka bajunya. Rimas.
Tangannya naik mengusap wajah Alex yang sedang tidur pulas. Jarinya bermain sekejap di bibir pink milik Alex. Liur ditelan. Sungguh menggoda sekali seulas bibir pink itu.
Dia ingin melarikan padangannya ke tempat lain. Namun dia tidak mampu. Bagaikan ada kuasa yang telah memukau dirinya, matanya terpaku pada bibir tersebut. Tanpa dia sedar, perlahan-lahan mukanya didekatkan dengan wajah Alex. Bibirnya dilabuhkan ke bibir pink milik Alex. Penuh berhati-hati bibir itu dipagut.
Lembut. Manis.
Tautan dilepaskan. Nafasnya sedikit tidak teratur kerana menahan debar yang menggila di dada. Jantungnya bagaikan ingin pecah. Masih terasa kelembutan bibir Alex di bibirnya. Sungguh dia nanar.
Dia ingin merasai kemanisan bibir itu sekali lagi. Namun ditahan rasa hatinya. Tidak mahu Alex terjaga dari lenanya. Sia-sia kena halau dari wad pagi-pagi buta.
Dengan penuh berhati-hati dia memeluk pinggang Alex. Wajahnya dibenamkan pada leher jinjang Alex. Nafas ditarik perlahan. Wangi. Bau yang menyebabkan di ketagih. Senyum bahagia menghiasi bibir.
''Good night my sunshine.'' ucapnya sebelum memejamkan mata.
***
Suasana dalam bilik wad yang menempatkan Alex kelihatan tenang. Cahaya mentari merobos masuk melalui celah langsir yang beralun lembut.
"Urghh, panasnya.'' keluh Alex sambil cuba mengalih 'selimut' yang membaluti tubuhnya. Namun usahanya sia-sia. Badannya tidak dapat bergerak. Seperti ada satu 'kuasa' yang menahannya daripada bergerak.
Terpisat-pisat Alex cuba membuka matanya. Buka sahaja mata, siling putih menyapa pandangan. Tangannya naik meraup muka. Separuh badannya terasa lenguh. Seperti kena hemapap sesuatu.
Perlahan-lahan kepalanya ditoleh ke kanan. Dada bidang yang tidak berpakaian menyapa mata. Terus membulat mata Alex. Tanpa perlu melihat wajah dia sudah dapat mengagak kepunyaan siapa dada bidang itu. Hayden!
''Hayden, bangun lah.'' kejut Alex sambil cuba membuka rangkulan Hayden pada pinggangnya.
''Hmmmmm'' gumam Hayden perlahan. Matanya masih terkatup rapat. Malah pelukan pada pinggang Alex semakin dieratkan.
"Hoi mangkuk, bangun lah!" Kali ini nada suara Alex sedikit kuat. Tangan Hayden yang berada di pinggangnya ditampar kuat.
"Kenapa bising pagi-pagi ni?" Tanya Hayden dengan nada kantuknya. Tangannya masih tidak berkalih dari pinggang Alex.
Gunakan peluang selagi boleh. Nanti hanya mampu tengok dari jauh.
"Kenapa kau boleh ada atas katil aku ni? Bukan kau sepatutnya tidur dekat sofa ke? Kenapa tiba-tiba ada dekat sebelah aku ni?"Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Alex. Wajah Hayden yang mamai itu dipandang tajam.
"Entah. Aku pun tak tahu." Jawab Hayden malas-malas. Sebenarnya dia masih mengantuk lagi. Sedap sungguh tidur peluk crush ni. Rasa tak nak bangun.
''Awal lagi ni. Tidur tidur.'' Hayden menepuk perlahan tepi pinggang Alex. Makin ya kau Hayden.
Alex yang menahan geram dari tadi terus mencubit lengan Hayden kuat.
"Aduhhhhh."
Terus segar bugar mata Hayden.
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomanceCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...