Alex menuju ke port yang selalu didudukinya,row paling belakang dan paling tepi. Matanya mengerli ke arah pintu kelas kemudian jam ditangan dibelek. Mana pulak mamat ni?
Headphone yang tergantung di leher di pakai seperti biasa. Layan One Piece dulu sementara menunggu ketibaan Hayden.
Sedang Alex khusyuk menonton One Piece, kedengaran seseorang menyapanya dari tepi.
"Hai"
Alex, menoleh ke apa gerangan yang menyapanya. Terpampang wajah Hayden yang sedang tersenyum memandangnya. Spoil betul orang tengah nak tengok One Piece.
Alex hanya mengangguk kepala membalas sapaan Hayden. Matanya kembali tertacap ke arah anime One Piece yang ditontonnya tadi. Namun, kepalanya ditolehkan semula ke arah Hayden setelah teringat akan sesuatu.
Sehelai kertas pink yang dilipat kemas membentuk origami love Alex serahkan kepada Hayden.
"Nah."
Hayden memandang Alex kebingungan.
Mamat ni kunyit ke? Getus Hayden dalam hati.
"Ni, ada orang suruh aku bagi dekat kau" terang Alex apabila melihat muka kebingungan Hayden.
"Ohh" jeda Hayden sebelum menggapai kertas pink yang dihulurkan oleh Alex.
"Ingatkan kau punya surat cinta nak bagi dekat aku tadi" seloroh Hayden sambil ketawa kecil. Namun tawanya perlahan-lahan mati apabila melihat muka kosong Alex. No respond.
"By the way, macam mana kau tahu orang yang dia nak bagi tu aku?" Tanya Hayden curious. Dah lah dia tak tahu nama mamat muka kosong ni apa.
"Siapa je tak kenal kau dekat Royal ni?" Balas Alex sinis. Banyak tanya pulak si Hayden ni. Dah lah dia nak sambung tengok One Piece.
"Ohh, hahaha." Hayden tersenyum malu sambil menggosok belakang kepalanya.
"By the way,nama kau apa? Pelik pulak rasanya sembang tak tahu nama ni" Sambung Hayden.
"Alex" jawab Alex sepatah. Matanya kembali terarah ke screen phonenya. Hayden yang kelihatan ingin bertanyakan lagi soalan itu Alex abaikan. Janji kerja dia sudah settle. Boleh tuntut deal dengan Sara nanti.
❄️❄️❄️
"So Alex, you dah passkan ke kertas tu?" Tanya Sara sejurus sahaja dia sampai di depan Alex.
"Dah" jawab Alex malas.
"Yeah, thanks babe" balas Sara teruja lalu memeluk tubuh Alex.
"Alex, I ada something nak bagita- " belum sempat Sara menghabiskan ayatnya, kedengaran deringan dari phone milik Alex tanda ada panggilan masuk.
Alex mengangkat panggilan tanpa melihat terlebih dahulu siapa pemanggil.
"Hello? Ni Alex kan?" Sapa suara di talian.
"Yes. Why?" Tanya Alex dengan muka berkerut. Siapa pulak ni?
"I, Catrine. I ada something nak bagitahu you. Boleh tak kita jumpa dekat belakang bangunan Art department around pukul 4? I tunggu you dekat situ. Bye" Belum sempat Alex, menjawab, pemanggil itu telah mematikan panggilan terlebih dahulu.
Alex memandang phone di tangannya dengan bengang. Memandai je perempuan ni.
"Siapa call?" Tanya Sara curious apabila melihat muka kelat Alex.
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomanceCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...