CHAPTER 5 |DAVIES

1.4K 163 28
                                    

Hayden memandang wajah kekasih pujaan hatinya yang sedang ralit bermain phone di tangan.

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga apa yang diperkata oleh Alex semalam. 'Betul ke Catrine dan Eric ada hubungan di belakang dia?'

"Biy, you ok tak ni?" Tanya Catrine memecahkan lamunan Hayden. Catrine mengelus lembut tangan Hayden yang berada di atas meja, sebelah lagi tangannya memegang pipi Hayden.

"I ok je lah sayang." Balas Hayden tersenyum nipis.

Matanya mengerli sekilas ke arah screen phone milik Catrine. Ternampak satu nama yang begitu dikenalinya terpapar di dada screen tersebut. Matanya tertacap semula ke arah Catrine.

"Sayang I nak tanya sikit boleh?" Hayden membuka mulut setelah dian seketika.

"Tanyalah." Jawab Catrine dengan selamba.

"Sayang dah lama ke kenal Eric?" Tanya Hayden sambil memandang tepat ke dalam mata Catrine.

"Lama lah jugak. Before I kenal biy lagi. Kenapa?" Jawab Catrine tanpa rasa curiga.

"Ohh. Patut lah sayang rapat dengan Eric."

"Jom I hantar you balik. Petang ni I terpaksa ikut my dad pergi meeting so tak boleh nak teman kan you," sambung Hayden lagi.

Mereka melangkah bergandingan menuju ke kereta Bugatti La Voiture Noire milik Hayden.

Selesai menghantar Catrine, Hayden menuju ke penthouse miliknya.

Hayden merehatkan badannya di atas sofa hitam terletak di ruang tamu rumahnya. Keluhan dilepaskan sebelum tangannya ligat menekan screen phone untuk membuat panggilan.

"Hello Black. Aku nak korang ekori pergerakan Catrine dengan Eric. Inform aku segala pergerakan dorang," arah Hayden kepada orang ditalian.

"Baik bos. Ada apa-apa lagi?" Tanya lelaki yang dipanggil Black itu.

Hayden terdiam sejenak sebelum memberikan jawapan.

"Perhatikan pergerakan lelaki bernama Alex jugak," sambung Hayden dengan suara perlahan sebelum mematikan panggilan.

Hayden mencampakkan phonenya ke atas meja.

Dari hari pertama dia berjumpa dengan Alex, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan jejaka itu. Setiap kali dia berhadapan dengan Alex, mesti jantung dia berdegup tidak menentu.

🍁🍁🍁

Alex melangkah perlahan melewati stor sukan menuju ke tempat parking motosikal sambil menggalas beg di bahu. Hari ini dia balik agak lewat akibat latihan bola tampar.

Tiba-tiba badannya ditarik masuk ke dalam stor sukan yang gelap itu. Namun, Alex tidak menunjukkan sebarang riak panik.

"Hi Alex, long time no see," ujar satu suara yang sangat dikenali boleh Alex.

"Bukan kau baru jumpa aku ke haritu Eric? Kejap betul kau dah rindukan aku," kata Alex sakarstik.

"Shut up Alex," tengking Eric.

"Kau nak apa Eric? Aku nak balik ni," ujar Alex dengan nada malas. Rasa tak sabar nak balik rumah sebab nak mandi.

"Aku nak bagi warning dekat kau, jangan nak bermimpi kau akan dapat 'DAVIES'," ugut Eric sambil menarik kolar baju Alex.

"Oh yeah, kita tengok siapa yang akan dapat 'DAVIES' nanti," cabar Alex dengan senyum sinis. Tangan Eric yang masih menarik kolar bajunya ditepis kuat.

Alex berlalu keluar dari stor meninggalkan Eric yang sedang menahan kemarahan.

Perlahan-lahan senyum sinis yang menghiasi bibir Alex hilang diganti dengan wajah beku. Pandangannya berubah tajam. Dia tak akan biarkan DAVIES jatuh ke tangan Eric walaupun dia terpaksa guna cara kotor.

🍁🍁🍁

"Alex, left!" Jerit Vincent.

Alex berlari ke bahagian kiri kemudian melakukan lompatan. Bola yang melayang ke arahnya di spike dengan bergaya menuju ke seberang jaring, ke arah pihak lawan.

"Bamm" bunyi bola menghentak lantai.

"One more point!! " jerit teammates Alex penuh semangat. Berbeza dengan pihak lawan yang seperti hilang arah.

"Nice service" jerit mereka memberi semangat kepada Carl yang bakal melalukan service.

Carl menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan. Bola dilambung setelah beberapa saat wisel ditiup. Carl melompat kemudian menampar bola yang masih diudara.

Bola melayang laju menuju ke pihak lawan. Namun nasib pihak lawan agak baik apabila libero mereka yang berada di belakang dapat menangkap hantaran tersebut.

"Our chance" jerit pihak lawan.

Setter pihak membaling bola kearah Ace kumpulan mereka sebelum Ace itu melakukan spike. Nasib baik tidak menyebelahi mereka lagi apabila bola itu dapat di block boleh blocker Royal yang tinggi lampai.

Bola tersebut melantun semula ke arah kawasan lantai pihak lawan tanpa sempat ahli yang lain menahannya.

"Yeahhhh!!" Sorak ahli kumpulan volleyball Royal apabila pengadil meniupkan wisel tanda tamat permain.

Alex, melagakan penumbuk dengan Eric dan ahli volleyball yang lain.

"Congrats Alex!!" Jerit Sara sebaik sahaja pasukan Royal selesai bersalaman dengan pasukan pihak lawan.

"Congrats dekat Alex sorang je ke?" Usik Vincent. Carl yang berada di sebelahnya sudah tersengih-sengih. Happy lah tu, dapat jumpa Sara, Queen of Design Department.

Sara hanya mengabaikan usikan Vincent itu. Perhatiannya ditumpukan kepada Alex. Dah lali sangat dengan usikan mereka itu.

"Hi Sara. Ingatkan tak datang. By the way, thanks." Ucap Alex berserta senyuman nipis.

"Hey, I pernah tak datang sekali je kot. Match you yang lain, semua I datang, ok?" Kata Sara bangga sambil bercekak pinggang.

"And nasib baik lecturer I kasi I keluar awal tadi tau. Kalau tak, tak sempat I tengok match you," sambung Sara lagi. Itu pun setelah puas dipujuk rayu oleh Sara, baru lepas.

"You cakap apa dekat lecturer you? Tanya Alex sambil mengangkat sebelah keningnya.

"I cakap I ada hal family." Jawab Sara sambil tersengih-sengih. Kalau bab kelentong ni, bagi saja dekat dia.

"Hmm,dah agak dah" balas Alex.

"Disebabkan you menang harini, jom teman I shopping weekend ni," ajak Sara sambil memaut lengan Alex. Wajah Alex dipandang dengan muka kesian.

Alex yang malas hendak menolak itu hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

"Yeayy!" Sorak Sara keriangan. Lengan Alex yang dipautnya dipeluk ketat tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Suka hati dia lah nak peluk lengan member dia? Bukan nya pakwe korang pun. Alex hanya pasrah diperlakukan seperti itu oleh Sara.








Hi guys, ok or ko chapter ni? Aku nak terangkan secara ringkas pasal setter, Ace and libero kepada korang.

Ace ni penyerang dalam permainan volleyball. Setter pulak orang yang akan buat set untuk penyerang sebelum penyerang spike. Libero pulak pertahanan bahagian belakang. Dia yang akan memastikan supaya bola tak terkena lantai. Blocker pulak macam nama dia, kerja dia block bola yang dihantar oleh penyerang. Mereka akan melompat sambil mengangkat tangan ke atas untuk mengelakkan bola tembus ke kawasan mereka.Kedudukan blocker di depan net or jaring supaya mereka senang nak block.

Ok tu je. Kalau ada yang salah, mohon betulkan. Itu semua aku tahu sebab tengok Haikyuu. Hahaha. Happy reading guys.

OG | HE OR SHE? Where stories live. Discover now