CHAPTER 18 | CONFESSION

1.4K 146 38
                                    

Alex memeluk 'bantal peluknya' erat. Entah mengapa bantal peluknya kali ini rasa lain. Rasa lagi best.Rasa macam bentuk manusia pun ada. Bentuk manusia?!

Alex tersentak lalu membuka matanya luas. Terpampang dada bidang di depan matanya. Dada siapa pulak ni? Perlahan-lahan pandangannya dialihkan ke atas. Matanya makin membulat wajah yang begitu dikenali menyapa pandangannya.

"Hayden?! Asal Hayden boleh ada dalam bilik aku ni?" Getusnya dalam hati. Cepat-cepat dia melepaskan pelukan di badan Hayden. Patutlah syok sangat tidur malam tadi, terpeluk anak teruna orang rupanya.

"Ohh God. Lupa, aku pergi camping." Sambung Alex lagi dalam hati setelah dia memerhati keadaan sekeliling. Dahi ditepuk perlahan.

Tangan Hayden yang turut melilit badannya cuba dilepaskan dengan berhati-hati. Takut Hayden yang masih lena itu terjaga. Namun, usahanya sia-sia. Pelukan Hayden terlalu kemas.

"Mamat ni belajar membelit dari sotong ke? Susah betul nak rungkaikan dia punya tangan." Omel Alex dalam hati.

Alex segera memejamkan matanya kembali, berpura-pura tidur apabila terasa pergerakan daripada Hayden.

Hayden membukanya matanya perlahan. Pelukan di badan Alex dieratkan. Wajah Alex yang masih lena di dalam pelukannya itu ditatap sayang. Alangkah indahnya, kalau hari-hari macam ni. Celik sahaja mata, wajah kesayangan menyapa pandangan terlebih dahulu.

"Mamat ni tak sedar lagi ke?" Bisik Alex dalam hati setelah dia merasakan Hayden mengeratkan lagi pelukan. Nak sekodeng, takut Hayden perasan pula dia sudah bangun.

Tangan Hayden mengelus pipi Alex lembut. Comel betul wajah lena Alex. Rasa nak cium-cium saja wajah Alex. Kemudian, bibirnya didekatkan ke telinga Alex. Haruman rambut Alex menusuk hidung Hayden. Fuhh, wangi siot.

Alex cuba menahan geli di telinga akibat deru nafas Hayden. "Apa pulak mamat ni nak buat? Kalau dia buat benda pelik, aku terajang dia" Getus Alex dalam hati.

"Alex,I'm not gay. But I think I like you." Bisik Hayden lembut di telinga Alex.

"No. I definitely love you." Sambung Hayden lagi. Kemudian dahi Alex dikucup sekilas.

Alex terkaku mendengar luahan dan perbuatan Hayden. Namun, matanya masih terpejam rapat, berpura-pura tidur.

Wajah Alex ditatapnya semula buat seketika sebelum dia melepaskan pelukan. Kalau boleh, Hayden ingin moment ini kekal buat selamanya. Namun, Hayden tahu benda itu tidak akan terjadi. Dia tidak sanggup memusnahkan hubungan persahabatan mereka disebabkan perasaan cintanya terhadap Alex. Dia tidak ingin Alex menjauhkan diri daripadanya apabila Alex tahu akan perasaanya itu. Badannya dibawa keluar dari khemah.

Alex membuka matanya kembali setelah bunyi derap langkah Hayden sudah tidak kedengaran. Tangannya naik memegang dahinya yang dikucup Hayden sebentar tadi. Masih terasa kehangatan bibir Hayden di dahinya.

Otaknya ligat mencerna apa yang diperkatakan Hayden sebentar tadi. Sungguh dia tidak menyangka yang selama ini Hayden ada menyimpan perasaan terhadapnya. Betul lah tekaan Sara sebelum ini. Adakah dia terlalu buta sampai tidak menyedari hal tersebut? Macam mana dia hendak berdepan dengan Hayden selepas ini?

***

"Alex!" Panggil Hayden sambil melambai ke arah Alex yang duduk di bawah pohon yang tidak jauh dari sungai tempatnya bermandi-manda itu.

"Apa?" Tanya Alex sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Jom lah mandi sekali." Ajak Hayden yang sudah berendam di dalam sungai bersama rakannya yang lain.

OG | HE OR SHE? Where stories live. Discover now