Suasana hening. Cahaya matahari merobos masuk melalui celahan tirai menerangi bilik yang agak suram itu. Kelihatan tubuh Hayden dan Alex yang masih lena berpelukan di atas katil bersaiz queen yang terletak di tengah bilik mewah tersebut.
Alex merapatkan lagi dirinya ke badan Hayden. Pelukan semakin dieratkan. "Best nya bantal peluk aku." puji Alex dalam hati. Tangannya meraba-raba 'bantal peluk' miliknya. "Sejak bila bantal peluk aku ada six pack ni?" Dahi Alex berkerut. Matanya yang masih mengantuk itu cuba dibuka. Ingin melihat kenapa 'bantal peluknya' ada six pack.
Dada bidang menyapa pandangan Alex. Matanya perlahan-lahan memandang ke atas. Dari dada bidang,naik ke leher, kemudian naik ke muka. Membulat mata Alex apabila melihat wajah yang begitu dikenalinya.
"HAYDEN!" jerit Alex dalam hati. "Macam mana pulak boleh tertidur dengan Hayden ni?" Alex segera memandang badannya sendiri.
Alex menghembus nafas kelegaan selepas melihat baju yang dipakainya semalam masih tersarung kemas di badan. "Sebelum Hayden sedar, baik aku blah dulu. Tak sanggup aku nak hadap Hayden dengan keadaan macam ni."
Tangannya cuba mengalih tangan Hayden melingkar di pinggangnya. "Uishh, beratnya tangan mamat ni. Berat dosa ke apa?" Menyempat pula dia kutuk Hayden. Setelah beberapa kali percubaan,akhirnya Alex berjaya mengalih tangan Hayden.
Alex menuju ke bilik air. Cuci muka dulu. Takkan nak keluar dengan muka basi. Jatuh saham dia nanti.
Tidak lama selepas Alex keluar, Hayden membuka matanya. Sebenarnya, dia tersedar semasa Alex meraba badannya. Tapi, dia berpura-pura masih tidur.
Tanpa sedar, tawa kecil terlepas.
❄️❄️❄️
"Hi my Prince." Sapa Alex bersama senyuman manis.
"My baby girl!! " jerit lelaki yang duduk di atas katil itu dengan teruja. Tergopoh-gapah dia bangkit dari katil menuju ke arah Alex.
Alex memeluk erat tubuh Xander.
"I miss you so much Xander," ujar Alex.
"I miss you too my baby girl," ujar jejaka yang bernama Xander itu. Pelukan dileraikan. Wajah Alex, Xander usap sayang.
Setelah selesai sesi melepas rindu, mereka duduk santai di sofa.
"Kata nak datang minggu depan, kenapa tetiba datang harini?" Tanya Xander pelik.
"Xandra rindu sangat dekat Xander. Sebab tu datang harini. Kenapa? Xander tak suka ke?" Mukanya dibuat sedih. Tapi sebenarnya, dia ingin mengelak daripada berjumpa Hayden. Dia belum bersedia untuk berjumpa dengan Hayden. Perasaan malu masih menebal di dalam diri. Sebab itu dia datang jumpa Xander harini.
"Mana ada. Xander suka lah."
"So, macam mana college? Okey?" Sambung Xander lagi.
"Okey je. Cuma minggu depan ada tournament volleyball antara college. So, Xandra busy lah sikit dengan latihan."
"Ohh, good luck baby girl. I know you can do it. "
"Thanks my prince." Alex memeluk tubuh Xander dari tepi. Kepalanya dilentokkan ke bahu Xander.
Tangan Xander naik mengusap kepala Alex. Hanya dengan dia dan Puan Dianne Alex akan menunjukkan perangai manjanya. Matanya tidak lepas memandang Alex. Hatinya sayu kerana Xandra terpaksa menggalas tanggungjawab yang sepatutnya miliknya. "Xander janji, Xander akan segera pulih dan pikul tanggungjawab Xander. Xandra tak perlu lagi sengsara. Xandra tak perlu lagi berpura-pura menjadi Xander." Janji Xander dengan dirinya.
❄️❄️❄️
"Alex! "Jerit Hayden dari kejauhan. Langkah kakinya dipercepatkan. Ingin segera sampai ke sisi pujaan hati.
"Ada apa?" Tanya Alex sebaik sahaja Hayden sampai di depannya.
"Tak ada apa. Cuma aku rindu kau." Ujar Hayden dengan nada berseloroh.
"Euwww" muka geli Alex tayang. Meremang bulu roma. "Sorry, aku straight." Kata Alex dengan laju.
"Auchhh, aku di reject dengan kejam." Hayden memegang dadanya. Mukanya dibuat sayu. Seakan akan sedih teramat kerana dj reject oleh Alex.
"Dah lah kau. Malas aku nak layan biul engkau ni. " Kata Alex sambil menjulingkan matanya ke atas.
Pelajar yang lalu lalang sudah tertoleh-toleh memandang gelagat mereka berdua yang berdrama di tengah jalan.
"Hehe. By the way, kau pergi mana semalam? Asal tak datang kelas?" Tanya Hayden curious. Mereka berdua berjalan bergandingan menuju ke kelas.
"Semalam aku pergi dating." Jawab Alex selamba.
"Siapa girlfriend kau? Aku kenal ke? Budak department mana?" Tanya Hayden bertubi-tubi.
"Adalah. Yang pasti, kau tak kenal dia." Jawab Alex tanpa menyedari riak wajah Hayden yang sudah berubah kelat.
"Siapa pulak girlfriend Alex ni? Asal aku tak tahu dia ada girlfriend?" Getus Hayden dalam hati. Otaknya ligat berfikir siapakah gerangan kekasih Alex.
❄️❄️❄️
"Alex, weekend ni kau free tak? Aku ingat nak pergi vacay. Short vacation gitu." Tanya Hayden sambil menyandar lelah di kerusi. Tepu otak dia mendengar penerangan Puan Victoria sebentar tadi.
"Free kot. Nak vacay dekat mana?" Tangan Alex ligat mengemas buku dan alat tulis yang berselerak di atas meja. Hayden punya kerja lah ni, bosan dengar kuliah Puan Victoria, dia selongkar barang Alex. Lepasnitu, tak reti nak kemas semula. Sabar saja lah.
"Ermm, aku rasa aku nak pergi pulau. Okey tak?"
"Okey. Aku pun dah lama tak pergi pulau."
"Nais. Petang Jumaat kita gerak. Kita kelas pagi je kan hari Jumaat?"
"Haah."
Hayden tersengih-sengih. Tidak sabar dia ingin pergi bercuti berdua dengan Alex. Yuhuu, boleh luangkan masa dengan Alex.
"Sengih apa setan?" Sergah Alex mematikan lamunan indah Hayden.
"Tak ada apa." Jawab Hayden masih lagi tersengih.
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomanceCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...